Skip to content
Home » 3 Cara Mudah Betulkan Tingkap Kereta Bermasalah

3 Cara Mudah Betulkan Tingkap Kereta Bermasalah

    Cara betulkan tingkap kereta

    Antara bahagian dalaman kereta yang kurang berisiko (namun boleh) untuk rosak adalah tingkap di pintu kereta. Kerosakan pada bahagian tingkap kereta ini boleh berlaku dengan sangat tiba-tiba, dalam sekelip mata sahaja.

    Masalah biasa yang sering berlaku adalah apabila pemilik kenderaan tidak boleh menaikkannya semula selepas menurunkan tingkap, atau gagal menurunkan tingkap terus. Bukan itu sahaja, tingkap kereta juga boleh dikategorikan sebagai sudah rosak apabila ia tersekat di tengah bingkai dan tidak lancar seperti kebiasaan.

    Selalunya, kerosakan tingkap kereta adalah kerana komponen dalaman kereta yang sudah haus atau uzur, kereta sudah lama atau kerap digunakan.

    Justeru pada artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda 3 cara atau langkah yang boleh anda cuba untuk membetulkan semula tingkap kereta anda itu.

    Periksa fius

    Kerosakan pada fius boleh menyebabkan seluruh tingkap kuasa tidak berfungsi seperti biasa

    Pertama sekali, cuba periksa dahulu bahagian fius. Pada kebiasaannya, masalah tingkap rosak atau tersekat berpunca daripada fius. Gantikan fius yang sudah lama dengan fius yang baharu untuk lihat sama ada tingkap anda sudah elok atau tidak. 

    Sekiranya fius yang baharu sudah digantikan namun ia masih rosak, jadi anda boleh periksa bahagian lain. Ada kemungkinan berlaku litar pintas. 

    Untuk makluman anda, fungsi fius adalah memutuskan arus elektrik bagi meminimumkan kesan litar pintas (terbakar). Kerosakan pada fius boleh menyebabkan seluruh tingkap kuasa tidak berfungsi seperti biasa.

    Periksa voltan elektrik dan suis tingkap

     Suis mungkin rosak akibat daripada litar pintas sehingga membuatkan suis tingkap kereta anda terbakar

    Jika sudah tukar fius baharu pun ‘tidak jalan’ dan tingkap masih bermasalah, maka anda boleh cuba periksa bahagian sistem elektrik pada tingkap kuasa kenderaan anda. Jika mendapati bahawa arusnya tidak normal namun voltan bateri dalam keadaan elok, maka terdapat kemungkinan bahawa suis tersebut perlu digantikan dengan yang baharu.

    Ini kerana mungkin suis tersebut rosak akibat daripada litar pintas sehingga membuatkan suis tingkap kenderaan anda terbakar.

    Motor & regulator

    Gigi regulator yang haus, atau penyambung posisi cermin yang terlepas membuatkan tingkap kuasa tidak dapat dinaik atau diturunkan

    Jika kedua-dua perkara di atas sudah diperiksa namun tingkap kereta anda masih belum elok, maka besar kemungkinan ia berpunca daripada motor atau regulator tingkap kereta anda. Terdapat kemungkinan bahawa komponen tersebut sudah lemah atau kehausan.

    Penyelesaiannya, tukar motor tersebut dengan yang baharu. Regulator berfungsi untuk menggerakkan cermin tingkap yang dihubungkan menerusi motor tingkap kuasa. Ini bermakna jika regulator bermasalah, itulah sebabnya cermin kereta anda rosak.

    Gigi regulator yang haus, atau penyambung posisi cermin yang terlepas membuatkan tingkap kuasa tidak dapat dinaik atau diturunkan.

    Buat pemeriksaan di bengkel

    Di atas merupakan antara cara-cara yang boleh anda lakukan atau periksa jika tingkap kereta anda mengalami masalah. Walaupun begitu, jika cara-cara tersebut masih tidak berjaya membaiki tingkap kereta anda, sila bawa kereta anda terus ke bengkel untuk membaikinya. Ini bagi mengelakkan ia daripada terus mengalami kerosakan dan memberi kesukaran kepada anda ketika sedang menggunakan kereta.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: