Skip to content
Home » 5 Kesalahan Trafik Ini Tidak Benar Dikompaun, Perlu Selesai di Mahkamah

5 Kesalahan Trafik Ini Tidak Benar Dikompaun, Perlu Selesai di Mahkamah

    kesalahan trafik tidak benar dikompaun

    Kementerian Pengangkutan melaluinya menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong baru-baru ini memaklumkan bahawa terdapat beberapa kesalahan trafik yang tidak boleh dikompaun sepanjang Operasi Bersepadu sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

    Kesalahan-kesalahan tersebut termasuklah memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, gagal mematuhi isyarat lampu merah, memotong barisan, dan memandu melebihi had laju.

    Wee berkata pesalah sebaliknya perlu hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan kesalahan trafik terbabit.

    Perkara itu dimaklumkan beliau ketika melancarkan kempen keselamatan jalan raya dan Ops Bersepadu sempena Hari Raya Aidilfitri.

    Beliau berkata kenderaan berat turut dilarang pada waktu dan hari tertentu pada Hari Raya Aidilfitri, iaitu dari 30 April hingga 2 Mei, serta 7 & 8 Mei. 

    “Larangan ini bertujuan untuk mengelakkan risiko berlakunya nahas di jalan raya akibat percampuran aliran trafik bersama kenderaan berat dan juga kenderaan ringan lain,” katanya.

    Seramai 2,200 orang anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terlibat dalam Ops Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Ia sebagai usaha untuk mengurangkan kadar nahas di jalan raya. Kaedah penyamaran sebagai penumpang bas akan dilakukan selain pemantauan melalui Enforcement Based Station (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya akan turut dijalankan.

    Wee turut memaklumkan bahawa JPJ juga akan menjalankan pra Ops Hari Raya Aidilfitri bermula 25 hingga 28 April ini. Ia melibatkan pemeriksaan bas ekspres di 75 depoh dan 28 terminal bas utama bagi memastikan kondisi bas sentiasa berada dalam keadaan selamat.

    5 kesalahan trafik yang tidak boleh dikompaun

    Pandu selamat, elak lakukan kesalahan lalu lintas

    Plus Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan jumlah trafik daripada 1.6 juta kepada 2 juta kenderaan ketika tempoh perayaan Aidilfitri bermula 29 April hingga 9 Mei ini. Jadi sila pastikan anda pandu kenderaan anda dengan selamat dan ikut segala peraturan yang ditetapkan.

    Dalam pada itu, pastikan juga kenderaan anda memiliki perlindungan insurans serta roadtax yang sah. Kegagalan anda untuk memperbaharuinya sebelum tamat tempoh boleh membawa masalah kepada anda terutama di sekatan jalan raya. Saman akan dikenakan kerana anda dianggap memandu secara haram di jalan raya tanpa insurans dan roadtax yang sah.

    Layari sahaja Bjak untuk memperbaharui roadtax dan insurans kereta sekali gus. Terdapat lebih daripada 10 jenama insurans terkemuka untuk anda pilih. Terima sebut harga dalam masa 3 minit sahaja sekarang.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: