5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membuat Tuntutan Insurans

Terdapat beberapa faktor penting yang pemilik kenderaan perlu ingat dan tahu apabila ingin membuat tuntutan insurans bagi melancarkan proses tuntutan.

Insurans Kereta

Written by:

Setiap pemilik kenderaan pastinya akan berasa lega sekiranya boleh membuat tuntutan insurans apabila terbabit dalam kemalangan – ‘insurans adalah penyelamatku’. Mana tidaknya, dengan membuat tuntutan insurans, anda tidak perlu lagi pening kepala memikirkan soal wang bagi kerugian yang dialami.

Proses tuntutan insurans kereta akan menjadi mudah dan lancar sekiranya anda memfailkan tuntutan dengan cara yang betul dan lengkap. Malah, terdapat beberapa elemen penting yang perlu anda ketahui dahulu supaya tuntutan anda tidak ditolak oleh syarikat insurans.

Di bawah ini, kami senaraikan elemen-elemen atau faktor penting yang perlu anda perlu ingat apabila membuat tuntutan insurans supaya dapat mengurangkan kemungkinan tuntutan anda ditolak oleh syarikat insurans. 

5 perkara yang perlu anda ingat

Jenis perlindungan atau polisi yang dimiliki

Ingat ya, tidak semestinya anda ada insurans, anda boleh membuat tuntutan untuk segalanya. 

Contohnya jika anda hanya memiliki polisi pihak ketiga, anda tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan jika kemalangan tersebut berpunca daripada anda. Polisi anda itu hanya akan membolehkan pihak ketiga (pihak yang dilanggar) oleh anda sahaja untuk memfailkan tuntutan. Bermakna, kos untuk kerosakan bagi kereta anda perlu ditanggung oleh anda sendiri, manakala kos bagi kerosakan atau kecederaan pihak yang dilanggar oleh anda itu akan ditanggung oleh syarikat insurans anda

Begitu juga jika anda adalah pemegang polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian (TPFT). Anda perlu tahu bahawa polisi tersebut tidak akan melindungi kerosakan kereta anda yang disebabkan oleh kecuaian sendiri. Bermakna, kos bagi pembaikan kereta perlu dtanggung menggunakan wang anda. Bagaimanapun jika kereta anda dicuri atau terbakar (tidak disengajakan), maka tuntutan boleh dibuat.

Dalam pada itu, meskipun anda memiliki perlindungan komprehensif, ia juga bukan bermakna anda boleh membuat tuntutan untuk segalanya. Contoh perkara yang tidak dilindungi atau pengecualian dalam tuntutan adalah:

  • Kerosakan total
  • Kecederaan atau kematian diri akibat kemalangan yang berpunca dari diri sendiri
  • Kehilangan aksesori kereta
  • Kerosakan kereta akibat rusuhan
  • Kerosakan kereta akibat bencana alam

Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya menerusi artikel ini: 5 Situasi Ini Tidak Dilindungi Insurans Kereta

Untuk mengetahui tentang mengenai bentuk-bentuk perlindungan yang diberikan syarikat insurans bagi tiga jenis polisi insurans yang ada di pasaran, sila rujuk artikel kami ini: Fahami Jenis-jenis polisi insurans kereta.

Masalah laporan polis dan insurans

laporan polis selepas terbabit kemalangan perlu dilakukan bagi membuat tuntutan insurans

Kelajuan adalah kunci utama ketika anda ingin membuat tuntutan insurans. Anda wajib untuk membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas terbabit dalam kemalangan, dan melaporkan kepada syarikat insurans dalam tempoh 7 hari selepas mengalami kemalangan. 

Syarikat insurans amat menyarankan anda untuk memaklumkan kepada mereka mengenai kerosakan yang dialami oleh kenderaan anda sebaik sahaja kerosakan-kerosakan dikesan. Berikut merupakan ketetapan masa yang disarankan:

ProsedurJangka masa
Memaklumkan kepada syarikat insurans mengenai kerosakan24 jam dari tempoh masa anda mengesan kerosakan atau kemalangan
Membuat laporan polis mengenai kemalangan24 jam dari tempoh masa anda mengesan kerosakan atau kemalangan
Memfailkan tuntutan insurans jika anda tidak dimasukkan ke dalam wad hospital7 hari dari tempoh masa anda mengesan kerosakan atau kemalangan
Memfailkan tuntutan insurans jika anda dimasukkan ke dalam wad hospital30 hari dari tempoh masa anda mengesan kerosakan atau kemalangan

Perlu anda tahu, satu-satunya situasi yang membenarkan anda untuk menangguhkan pemfailan tuntutan insurans adalah jika anda dimasukkan ke dalam wad selepas mengalami kecederaan akibat kemalangan.

Jika anda lewat memfailkan tuntutan insurans (melebihi tempoh yang ditetapkan) tanpa alasan yang munasabah, maka terdapat kemungkinan bahawa tuntutan anda akan ditolak.

Pemandu tidak dinamakan

Kebanyakan syarikat insurans akan membenarkan anda untuk meletakkan dua nama pemandu tambahan (selain anda) di dalam polisi. Ini bagi membolehkan anda untuk membuat tuntutan insurans tanpa sebarang denda sekiranya kereta anda mengalami kemalangan yang disebabkan oleh pemandu lain. 

Bagaimanapun, sesetengah polisi membenarkan anda untuk meletakkan lebih daripada dua nama pemandu tambahan di dalam polisi, contohnya syarikat Etiqa Takaful.

Perlu anda tahu, jika kereta anda terlibat dalam kemalangan disebabkan oleh pemandu lain yang tidak dinamakan, maka ekses wajib atau denda sebanyak RM400 akan dikenakan kepada pemilik kenderaan apabila membuat tuntutan insurans, atau terdapat juga kemungkinan tuntutan anda ditolak. 

Jadi, pastikan anda meletakkan nama-nama pemandu lain yang kerap memandu kenderaan anda ya bagi mengelakkan sebarang masalah ketika membuat tuntutan. 

Situasi kemalangan

rekodkan situasi kemalangan sebagai persediaan untuk membuat tuntutan insurans

Tidak semua situasi kemalangan akan membolehkan anda untuk membuat tuntutan insurans. Contohnya jika anda terlibat kemalangan membabitkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol. 

Di Malaysia, memandu di bawah pengaruh alkohol adalah pengecualian umum untuk insurans kereta. 

Syarikat insurans tidak akan melindungi kerosakan kenderaan atau harta benda anda akibat pemanduan di bawah pengaruh alkohol. Namun, syarikat insurans akan membayar kos kecederaan dan juga kerosakan yang dialami oleh pihak ketiga. Penting untuk anda tahu, syarikat insurans juga masih berhak untuk membuat tuntutan balik ke atas apa yang diinsuranskan ya.

Selepas kemalangan itu, polisi insurans anda mungkin akan terbatal atau anda perlu membayar dua kali ganda untuk insurans kenderaan setelah mengakibatkan kemalangan.

Dokumen yang diperlukan

Ketika memfailkan tuntutan insurans, salah satu faktor atau elemen yang sangat penting dan perlu anda ingat adalah dokumen-dokumen yang diperlukan bagi menyokong tuntutan anda itu.

Kegagalan anda memberikan dokumen yang lengkap akan menyebabkan proses tuntutan insurans anda tidak berjalan dengan lancar, bahkan mungkin ditolak.

Berikut merupakan senarai dokumen yang perlu dikemukan apabila ingin mengemukakan tuntutan insurans:

  • Salinan asal laporan polis
  • Polisi insurans
  • Salinan kad pengenalan
  • Lesen memandu (salinan)
  • Gambar kerosakan kenderaan (kenderaan anda dan pihak lain yang terbabit)
  • Gambaran situasi kemalangan
  • Sijil pemilikan kereta
  • Salinan bil atau invoice pembaikan kereta

Bagaimanapun, senarai dokumen yang diperlukan mungkin lebih atau kurang, bergantung kepada syarikat insurans.


Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: