Adakah Tabiat Memandu Anda Akan Memberi Kesan Kepada Premium Insurans?

Tabiat memandu yang buruk akan menyebabkan premium insurans seseorang menjadi lebih mahal kerana dianggap sebagai pemandu berisiko tinggi oleh syarikat insurans.

Insurans Kereta

Written by:

Selepas pelaksanaan langkah Liberalisasi Tarif Insurans Motor oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak 1 Julai 2017, kadar premium bagi perlindungan jenis Komprehensif dan polisi Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian Motor telah diliberalisasikan di mana harga premium ditentukan oleh penanggung insurans dan pengendali takaful masing-masing.

Ini bermakna, kerajaan (Bank Negara Malaysia) tidak lagi mengawal selia cara syarikat insurans mengenakan bayaran premium mereka. 

Susulan daripada langkah liberalisasi ini juga, lebih banyak faktor yang akan diambil kira bagi menentukan premium insurans kenderaan oleh syarikat insurans dan pengendali Takaful. Ia termasuklah profil risiko pemandu – yang pada dasarnya mengambil kira risiko kemalangan serta kecurian yang mungkin ditimbulkan pemandu/ pemilik kenderaan.

Adakah tabiat memandu akan mempengaruhi premium insurans anda?

Tabiat memandu yang tidak berhemah boleh menaikkan kadar premium

Secara ringkasnya, ya, tabiat memandu anda akan mempengaruhi premium yang akan ditetapkan oleh syarikat insurans. Seperti yang dinyatakan tadi, faktor yang akan diambil kira oleh penyedia insurans dalam penentuan premium individu adalah profil risiko pemandu. Ini bermakna, semakin berisiko seseorang itu, semakin tinggi premium yang akan dikenakan. 

Jadi, meskipun anda dan individu B mempunyai model kereta yang sama dan memilih untuk menginsuranskannya dengan nilai/ jumlah perlindungan yang sama, premium yang perlu dibayar oleh anda dan individu B tetap berbeza. 

Ini kerana, dalam proses penentuan premium insurans, anda akan diadili berdasarkan beberapa faktor, termasuklah cara pemanduan anda.

  • Rekod tuntutan pemandu

Jika anda kerap terlibat dalam kemalangan dan sering membuat tuntutan insurans pada tahun-tahun sebelum ini, maka anda mungkin akan dikenakan premium yang lebih tinggi kerana anda dianggap sebagai pemandu yang berisiko tinggi oleh syarikat insurans. 

  • Rekod kesalahan lalu lintas

Sekiranya anda dikesan kerap melakukan kesalahan lalu lintas dan mempunyai rekod saman yang banyak, maka premium insurans yang dikenakan akan lebih tinggi. Ini kerana anda terdedah dengan lebih risiko yang disebabkan kecuaian/ sikap diri sendiri, berbanding pemandu lain yang memandu dengan berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya. 

Jadi apa yang perlu dilakukan?

Satu jawapan yang pasti adalah dengan menjaga tabiat memandu anda. Jika anda kerap memandu dengan gopoh, tidak berhati-hati sehingga kerap terbabit dalam kemalangan baik kemalangan kecil atau besar, sila ubah tabiat tersebut. Jadi seorang pemandu berhemah. Ia bukan sahaja boleh membantu anda dikategorikan sebagai pemandu berisiko rendah dan seterusnya mendapatkan premium yang lebih rendah, bahkan ia juga membantu menyelamatkan nyawa anda dan orang lain.

Sudah tentu, kemalangan tidak dapat dijangka. Kadang-kala kita sudah berhati-hati, namun akibat kecuaian orang lain kita yang menjadi mangsa. Namun, jika bukan kesalahan anda tidak mengapa, anda boleh sahaja membuat tuntutan insurans tanpa menjejaskan profil anda. 

Tolak tepi dulu perkara itu, dan ubah sahaja tabiat pemanduan anda sendiri supaya anda lebih selamat di atas jalan.  


Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: