Skip to content
Home » Aksesori Kereta Dicuri, Bolehkah Claim Insurans?

Aksesori Kereta Dicuri, Bolehkah Claim Insurans?

    claim insurans aksesori kereta

    “Aku baru tukar sport rim kereta, last-last senang je orang curi!”

    Siapa pernah alami situasi macam ni? Yelah, duit dah keluarkan ribuan ringgit, tapi dalam sekelip mata sahaja hilang. Confirm stress kan?!

    Nak claim insurans, tak tahu boleh atau tak. Nak beli baru, duit kena keluar lagi… Jadi apa perlu buat?

    Artikel kali ini akan menjelaskan kepada anda sama ada jika situasi sedemikian berlaku kepada anda, bolehkah tuntutan insurans dibuat? Dengan kata lain, jika aksesori kereta anda dicuri, boleh atau tak anda claim insurans.

    Jom baca penjelasan dalam artikel ini untuk tahu lebih lanjut.

    Apakah aksesori kereta yang dilindungi insurans?

    Aksesori kereta yang dilindungi hanyalah aksesori standard kereta yang telah dipasang di kilang

    Tidak semua aksesori kereta akan mendapat perlindungan insurans. Untuk pengetahuan anda, aksesori kereta yang dilindungi hanyalah aksesori atau alat-alat standard kereta yang telah dipasang di kilang. Contohnya radio, rim tayar asal, air-cond dan lain-lain yang sememangnya ada di dalam/pada kereta ketika anda membeli kereta baharu.

    Jadi jika anda adalah pemegang polisi komprehensif, yang juga dikenali sebagai insurans kereta 1st party, maka anda boleh membuat tuntutan insurans bagi menggantikan semula alat-alat atau aksesori yang dicuri. Namun diingatkan lagi sekali, aksesori tersebut hanyalah aksesori asal yang dipasang di kilang ya.

    Sport rim baru tukar, tapi dicuri. Bolehkah claim?

    Sport rim yang baru ditukar atau diubah suai tidak layak buat claim insurans aksesori kereta.

    Situasi:

    Zaidi seorang individu yang gemar mengubahsuai keretanya. Dia kemudiannya bertindak menukar sport rim asal kepada sport rim baru pada kereta miliknya. Malang buat Zaidi, sport rim barunya itu menarik minat penjenayah dan dicuri ketika dia memarkirkan keretanya di sebuah kawasan ketika membeli barang. 

    Berdasarkan situasi yang berlaku pada Zaidi, adakah dia boleh membuat tuntutan insurans untuk menggantikan sport rim keretanya yang telah hilang itu?

    Jawapannya TIDAK.

    Ini kerana, sport rim tersebut bukanlah sport rim asal yang dipasang oleh kilang kereta seperti ketika dia baru membelinya. Sebaliknya, sport rim yang dicuri itu adalah sport rim baru yang telah digantikan oleh Zaidi. Meskipun Zaidi memiliki perlindungan insurans komprehensif, namun pihak insurans tidak akan melayan tuntutan yang ingin dibuat Zaidi.

    Apakah yang boleh dilakukan Zaidi bagi membolehkan dirinya membuat tuntutan insurans atas kehilangan sport rim itu?

    Bagi situasi tersebut, Zaidi sebenarnya boleh terselamat atau membuat tuntutan jika dia mempunyai perlindungan tambahan aksesori kereta untuk sport rim tersebut di bawah polisinya. Bermakna begini:

    Selepas menukar sport rim baru, Zaidi ada membeli perlindungan tambahan aksesori kereta khas bagi sport rim tersebut ketika dia memperbaharui insurans dengan insurans kereta 1st party. Jadi Zaidi boleh membuat tuntutan insurans atas kecurian tersebut.

    Sebaliknya, jika ketika kecurian itu, Zaidi tidak mempunyai perlindungan tambahan aksesori kereta untuk sport rim yang telah dicuri, maka claim insurans tidak boleh dibuat.

    Aksesori baharu/bukan dari kilang tidak layak claim insurans

    Selain daripada sport rim baharu, segala aksesori lain yang dipasang atau ditukar oleh anda sendiri selepas memiliki kereta tidak layak untuk membuat tuntutan insurans melainkan anda menambah perlindungan tambahan aksesori kereta untuk setiap aksesori tersebut.

    Antara aksesori-aksesori yang sering dipasang pada kereta adalah:

    i) Dash cam

    ii) Upgrade sistem audio

    iii) Menukar ke kerusi kulit

    iv) Menukar tombol gear standard

    v) Menukar tayar ke saiz yang lebih besar, dan banyak lagi.

    Nak ubah suai kereta? Pastikan ikut garis panduan JPJ

    Bagi segelintir pemilik kereta, ubah suai kenderaan mungkin dianggap sebagai suatu keperluan dan hobi bagi menambahkan seri dan ‘memantapkan’ lagi fungsi kereta tersebut.

    Namun, Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya. Jika anda gagal mematuhinya, maka tindakan saman boleh dikenakan terhadap anda sekiranya didapati bersalah. 

    Untuk mengetahui Garis Panduan Ubah Suai kereta yang telah ditetapkan JPJ, sila rujuk kepada artikel yang pernah dikongsikan Bjak sebelum ini.

    Dapatkan perlindungan tambahan aksesori kereta

    Jika anda adalah seorang yang gemar mengubah suai kereta, maka anda disarankan untuk membeli perlindungan tambahan aksesori kereta untuk aksesori yang ditukar atau ditambah oleh anda. 

    Pada kebiasaannya, premium atau harga untuk perlindungan aksesori kereta adalah sekitar 15% daripada nilai aksesori tersebut. Ini sebenarnya lebih berbaloi berbanding jika anda kehilangannya suatu hari nanti dan terpaksa membeli yang baru untuk kereta anda. 

    Untuk mendapatkan perlindungan tambahan ini tidak susah. Anda tambah sahaja ketika memperbaharui insurans dengan pelan komprehensif. Selain pelan komprehensif, anda tidak boleh membeli perlindungan tambahan ini ya. Untuk lebih mudah, kami syorkan anda untuk renew insurans kereta secara online di Bjak. Anda boleh menambah perlindungan aksesori kereta dengan mudah secara online 100%.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: