Renew Insurans: Beli Dulu, Bayar Kemudian di Bjak!

Bjak kini melancarkan kaedah pembayaran beli dahulu bayar kemudian (BNPL) untuk insurans kereta dan motosikal bermula 1 November 2021.

Insurans Kereta

Written by:

Platform insurans utama Bjak telah melancarkan kaedah pembayaran beli dulu bayar kemudian (BNPL) untuk pembaharuan insurans kereta dan motosikal yang pertama di Malaysia. Pilihan ini tersedia bagi 15 jenama insurans di Malaysia bermula 1 November ini.

Pemilik kereta dan motosikal dibenarkan untuk membuat pembayaran sebanyak tiga kali, tanpa dikenakan sebarang faedah. Pengguna hanya perlu pergi ke laman web rasmi Bjak untuk memilih kaedah pembayaran BNPL bagi pembaharuan insurans dan cukai jalan mereka tanpa sebarang jumlah minimum atau dokumen sokongan yang diperlukan. 

Cara pembayaran kaedah BNPL

Bayaran pertama akan dikenakan ketika pelanggan membeli insurans menggunakan kad debit atau kredit yang dikeluarkan oleh mana-mana bank. Dua pembayaran seterusnya akan dikenakan selepas 30 hari dan 60 hari secara automatik tanpa sebarang caj atau faedah. 

Pengguna boleh memilih untuk membahagikan bayaran kepada tiga bulan. Pilihan untuk tempoh 6 bulan dan 12 bulan akan disediakan pada pelancaran yang seterusnya.

Cara pembayaran Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL) untuk pembaharuan insurans kereta dan motosikal

Pembayaran lebih fleksibel dan mesra pengguna

Bjak menjalinkan kerjasama dengan Atome, penyedia BNPL terkemuka di Asia Tenggara untuk memperkenalkan pilihan pembayaran yang selamat dan fleksibel kepada para pelanggan. Kerjasama ini bertujuan untuk menjadikan pembaharuan insurans kenderaan lebih mudah diakses oleh orang ramai terutamanya ketika tempoh pasca pandemik.

Selain daripada pilihan pembayaran beli dahulu bayar kemudian, Bjak turut menawarkan lima kaedah pembayaran lain di platformnya, termasuk kad debit, kad kredit, perbankan atas talian, bayaran secara tunai di 7-eleven dan pelan ansuran kad kredit.

Pemilik kenderaan boleh mula mendapatkan sebut harga secara percuma untuk kaedah pembayaran baru BNPL di laman web Bjak bermula 1 November.

Soalan lazim berkaitan BNPL

Apakah maksud Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL)?

BNPL adalah pembayaran jangka pendek yang membenarkan individu untuk membeli terlebih dahulu dan membuat pembayaran kemudian tanpa sebarang faedah atau caj servis dikenakan.

Apakah kaedah pembayaran yang diterima?

Kad debit atau kredit yang dikeluarkan oleh mana-mana bank.

Apakah pilihan tempoh bayaran ansuran yang ada?

3 bulan

Berapakah jumlah bayaran maksimum?

Kad debit: RM1,500

Kad kredit: RM5,000

Bagaimanakah cara pembayaran?

  1. Pilih Beli Dulu Bayar Kemudian
  2. Masukkan kad debit atau kad kredit
  3. Bill anda akan dibahagikan kepada 3 kali pembayaran. Anda akan membuat pembayaran pertama semasa pembelian.
  4. Pembayaran kedua dan ketiga akan dicaj secara automatik selepas 30 hari dan 60 hari.

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh terus menghubungi Bjak melalui aplikasi Whatsapp atau rujuk soalan lazim rasmi di laman web Atome

Apakah perbezaan antara BNPL dan Easy Payment Plan (EPP)

Terdapat beberapa perbezaan antara BNPL dan EPP daripada segi cara pembayaran, iaitu:

Cara pembayaran

  • EPP: Menerima kad kredit sahaja
  • BNPL: Menerima kad kredit dan debit

Penggunaan bank

  • EPP: Hanya diterima bank tertentu
  • BNPL: Diterima semua jenis bank

Tempoh bayaran ansuran

  • EPP: 6 bulan atau 12 bulan
  • BNPL: 3 bulan

Jumlah nilai minimum

  • EPP: Jumlah minimum sebanyak RM600
  • BNPL: Tiada jumlah minimum

Promosi November bagi pengguna aplikasi Atome

Atome mengadakan promosi khusus bagi pengguna yang perbaharui insurans kereta di Bjak melalui applikasi Atome sendiri. Anda cuma perlu muat turun aplikasi Atome sahaja untuk menikmati pengurangan harga sebanyak RM30 sepanjang November ini.

1/11 – 28/11

  • Pengguna Baharu Atome – Diskaun RM25 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM100 *Pemberian automatik
  • Semua Pengguna Atome (Baharu + Berulang) – Pengurangan diskaun sebanyak 11% dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM100 *Jumlah had boleh dituntut adalah RM22

8/11 – 14/11 (Istimewa 11/11)

  • Semua Pengguna Atome (Baharu + Berulang) – Diskaun RM30 dengan perbelanjaan minimum berjumlah RM250 *Tebuskan di App

22/11 – 28/11 (Black Friday)

  • Semua Pengguna Atome (Baharu + Berulang) – Diskaun sebanyak RM30 dengan perbelanjaan minimum berjumlah RM250 *Tebuskan di App

Renew Sekarang, Bayar Kemudian di Bjak

Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengumumkan pelanjutan roadtax sehingga 31 Disember 2021 tetapi insurans kenderaan haruslah sah sepanjang masa.

Insurans hampir tamat tempoh tetapi belum renew? Kini insurans kenderaan lebih mudah dengan Bjak.

Jom renew sekarang dan bayar kemudian di Bjak!