Skip to content
Home » Bolehkah Anda Batalkan Polisi Insurans Kereta Selepas Membelinya?

Bolehkah Anda Batalkan Polisi Insurans Kereta Selepas Membelinya?

    polisi insurans batal

    Salah satu perkara yang wajib dilakukan oleh setiap pemilik kereta yang berdaftar di Malaysia pada setiap tahun adalah memperbaharui polisi insurans kereta mereka. 

    Namun setelah renew insurans kereta, mungkin ada kalanya anda ingin membatalkannya semula. Persoalannya di sini, adakah ia boleh dibatalkan dalam ketika polisi itu masih aktif?

    Ayuh ketahui dengan lebih lanjut mengenainya menerusi perkongsian di bawah ini. 

    Bolehkah anda batalkan polisi insurans kenderaan anda?

    Setiap syarikat insurans mungkin menyediakan polisi yang sama, namun manfaat yang ditawarkan adalah berbeza-beza. Anda mungkin boleh mendapat towing percuma sehingga 300km daripada syarikat insurans A, manakala syarikat insurans B mungkin hanya memberikan khidmat towing percuma sehingga 50km sahaja, dan pelbagai lagi.

    Manfaat-manfaat yang ditawarkan oleh syarikat insurans ini boleh anda ketahui apabila membuat perbandingan sebelum memperbaharui insurans kenderaan anda.

    Setelah membuat penilaian, anda memutuskan untuk mengambil/ membeli polisi insurans daripada syarikat insurans pilihan anda bagi pembaharuan kali ini.

    Bagaimanapun, anda kemudiannya berhasrat untuk membatalkan polisi insurans anda itu, dalam ketika polisi tersebut masih belum tamat tempoh.

    Adakah ia dibenarkan?

    Jawapannya adalah ya, dibolehkan. Anda boleh membatalkan insurans untuk beberapa tujuan tertentu seperti:

    • Ingin menjual kereta tersebut
    • Ingin menukar syarikat insurans atas sebab tertentu
    • Tersalah hidupkan insurans (Contoh: Berhasrat untuk memperbaharui dengan insurans komprehensif (1st party), tetapi telah renew insurans pihak ketiga (3rd party)

    Bagaimana cara untuk anda batalkan polisi insurans kereta?

    Sekiranya anda memilih untuk membuat pembatalan polisi insurans sendiri, iaitu tanpa menggunakan khidmat ejen, maka cara atau proses yang perlu dilalui adalah berbeza mengikut setiap syarikat insurans atau pengendali takaful. 

    Rujuk khidmat pelanggan 

    Untuk ketahui dengan lebih mudah tentang bagaimana polisi insurans sedia ada anda boleh dibatalkan, anda dinasihatkan untuk menghubungi pasukan khidmat pelanggan syarikat insurans bagi mendapatkan keterangan lanjut. 

    Buat sahaja carian di Google untuk mendapatkan nombor telefon hotline syarikat insurans anda, dan minta penjelasan daripada mereka mengenai apa yang perlu dilakukan oleh anda bagi proses pembatalan itu.

    Batalkan dulu roadtax jika ia sudah diperbaharui

    Roadtax perlu dibatalkan terlebih dahulu sebelum ingin membatalkan polisi insurans

    Sekiranya roadtax kereta anda telah dihidupkan, maka anda wajib melalui proses ini terlebih dahulu iaitu dengan membuat pembatalan roadtax di mana-mana cawangan JPJ terdekat. 

    Sila bawa bersama roadtax tersebut ke JPJ. Tanpa roadtax tersebut, proses untuk pembatalan roadtax anda tidak boleh dilakukan. Selesai membatalkan roadtax, anda kemudiannya boleh meneruskan urusan untuk membatalkan polisi insurans kereta di mana-mana cawangan syarikat insurans anda. 

    Mohon terus dengan syarikat insurans jika roadtax belum diperbaharui

    Anda boleh terus memberikan sahaja notis bertulis kepada syarikat insurans anda untuk membatalkan polisi insurans jika roadtax belum diperbaharui. Majoriti syarikat insurans menetapkan tempoh selama tujuh hari untuk anda membuat pembatalan dengan turut menyerahkan sijil insurans asal kepada syarikat insurans atau menyediakan satu akuan berkanun jika sijil berkenaan hilang atau musnah.

    Pemulangan wang

    Selepas pembatalan dibuat, anda layak mendapat bayaran balik premium berdasarkan kadar jangka masa pendek yang ditetapkan (berbeza mengikut syarikat insurans). Duit bayaran balik (refund) pada kebiasaannya akan dimasukkan ke dalam akaun anda dalam masa 2 hingga 4 minggu.

    Pilih perlindungan dan polisi insurans dengan cermat

    Meskipun pembatalan insurans adalah dibenarkan, namun anda digalakkan untuk memilih insurans dengan baik dan cermat sebelum memperbaharui dengan mana-mana polisi atau syarikat insurans.

    Lakukan dahulu perbandingan dengan beberapa syarikat insurans dan buatlah penilaian yang teliti sebelum membelinya. Ini bagi mengelakkan anda untuk membuat pembatalan selepas menganggap insurans sedia anda tidak memberikan perlindungan yang mencukupi. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: