Skip to content
Home » Bolehkah Anda Gunakan Kenderaan Persendirian yang Diinsuranskan untuk Perkhidmatan E-Hailing?

Bolehkah Anda Gunakan Kenderaan Persendirian yang Diinsuranskan untuk Perkhidmatan E-Hailing?

    kenderaan untuk perkhidmatan e-hailing

    Situasi: Sitham membeli kereta baharu dan dilengkapi dengan insurans kereta 1st party untuk perlindungan yang lebih menyeluruh. Tiga bulan kemudian, dia memutuskan untuk mendaftar sebagai pemandu e-hailing. Bolehkah dia menggunakan polisi sedia ada atau perlukah dia membeli tambahan insurans dengan mendapatkan perlindungan tambahan e-hailing?

    Merujuk kepada situasi tersebut, bolehkah Sitham menggunakan keretanya untuk tujuan komersial seperti perkhidmatan e-hailing? Adakah terdapat sebarang jenis perlindungan yang melindungi pemandu e-hailing? Baca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan e-hailing dan perlindungan insurans yang diperlukan.

    Bolehkah Anda Menggunakan Kenderaan Persendirian yang Diinsuranskan untuk Perkhidmatan E-Hailing?

    insurans untuk kereta melakukan perkhidmatan e-hailing

    Jawapannya adalah tidak. Anda tidak boleh menggunakan kenderaan persendirian yang telah diinsuranskan bagi tujuan komersial.

    Untuk pengetahuan anda, insurans kereta persendirian hanya menyediakan perlindungan apabila kereta tersebut digunakan untuk urusan peribadi pemegang polisi sahaja. Menggunakan kenderaan anda untuk apa-apa selain daripada kegunaan peribadi adalah dilarang.

    Insurans kereta persendirian anda tidak melindungi sebarang penggunaan lain termasuklah bagi tujuan komersial seperti perkhidmatan e-hailing. Jika anda terlibat dalam kemalangan semasa menggunakan kenderaan anda untuk tujuan komersial, tuntutan anda tidak akan diterima dan akan ditolak kerana melanggar polisi insurans kereta persendirian anda.

    Tambahan e-hailing untuk kereta persendirian

    Menurut Kementerian Pengangkutan, pemandu e-hailing mesti mendapatkan lesen PSV serta insurans E-hailing apabila mereka menggunakan kenderaan mereka untuk perkhidmatan e-hailing. Peraturan ini telah berkuat kuasa pada 2019.

    Apabila anda membeli insurans atau Takaful kereta anda, anda boleh menambah perlindungan e-Hailing bagi melindungi anda semasa bekerja sebagai pemandu bagi perkhidmatan tersebut.

    E-hailing ialah insurans tambahan yang boleh anda beli untuk memberi perlindungan apabila menjalankan perkhidmatan sedemikian. Perlindungan tambahan ini akan membantu pemandu untuk meminimumkan risiko undang-undang dan kewangan yang mungkin mereka hadapi. Terdapat beberapa syarikat insurans yang menyediakan insurans untuk e-hailing.

    Apakah yang dilindungi dalam insurans tambahan e-hailing?

    Perlindungan yang ditawarkan dalam insurans e-hailing berbeza-beza bergantung kepada syarikat insurans. Secara umumnya, anda akan mendapat perlindungan ini apabila kereta anda sedang ‘menjalankan tugas’ dan mengangkut penumpang di dalam kereta anda:

    • Kehilangan atau Kerosakan pada kereta anda sendiri

    Melindungi kerugian atau kerosakan pada kereta anda sekiranya berlaku kemalangan, kebakaran atau kecurian.

    • Liabiliti kepada Pihak Ketiga

    Perlindungan untuk kerugian atau kerosakan harta pihak ketiga atau kecederaan mahupun kematian yang disebabkan oleh kemalangan akibat penggunaan kereta anda.

    • Liabiliti Undang-undang kepada Penumpang yang Membayar Tambang

    Lindungi sebarang liabiliti yang ditanggung oleh penumpang anda (semasa ingin masuk kereta, sudah masuk atau keluar dari kereta anda) termasuk kematian atau kecederaan badan.

    Walau bagaimanapun, syarikat insurans anda mungkin tidak membayar pampasan dengan sepenuhnya jika bilangan penumpang di dalam kenderaan pada masa kemalangan melebihi had undang-undang. Anda perlu menyemak dengan syarikat pilihan anda. Syarikat  insurans anda akan memberi pampasan kepada anda berdasarkan formula di bawah:

    formula untuk pampasan
    • Liabiliti Undang-undang Penumpang atas Perbuatan Cuai

    Perlindungan untuk liabiliti undang-undang jika mana-mana penumpang anda terlibat dalam kemalangan yang melibatkan pihak ketiga.

    Penanggung insurans anda akan melindungi anda jika penumpang menerima saman undang-undang akibat kelakuan cuai semasa menaiki kereta anda.

    • Kecederaan atau kematian pemandu e-hailing yang dibenarkan akibat kemalangan

    Perlindungan untuk kematian atau kecederaan anda akibat kemalangan. Anda layak menuntut pampasan berikut (contoh):

    kadar pampasan

    *Nota: Amaun pampasan mungkin berbeza mengikut syarikat insurans

    Pastikan anda dilindungi semasa mendaftar untuk perkhidmatan e-hailing

    Sila ambil perhatian bahawa tidak semua syarikat insurans menawarkan insurans tambahan e-hailing untuk kereta persendirian. Beberapa syarikat insurans yang menyediakan perlindungan ini dan boleh anda pertimbangkan adalah syarikat insurans MSIG, Allianz dan Etiqa Takaful.

    Perlindungan tambahan ini mungkin agak mahal sedikit memandangkan kereta sentiasa berada di jalan raya. Justeru, risiko untuk mengalami kemalangan adalah lebih lebih tinggi.

    Namun, jangan sesekali mengambil risiko dan memandu dengan insurans kereta persendirian biasa. Pastikan anda menerima perlindungan yang diperlukan.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: