Cara Berdepan Dengan Pembuli Jalan Raya

Kes buli di jalan raya masih berlaku hingga ke hari ini. Berikut tips untuk anda menghadapi pembuli jalan raya dengan betul.

Info

Written by:

Kes buli di jalan raya sememangnya sudah banyak berlaku, bahkan masih berlaku hingga ke hari ini. Sebagai pemandu dan pengguna jalan raya, kita juga boleh berdepan dengan situasi ini pada bila-bila masa, tanpa dijangka.

Jika anda menjadi mangsa buli di jalan raya suatu hari nanti, apakah yang perlu anda lakukan seterusnya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya.

Kenapa berlakunya kes buli jalan raya?

Menurut pakar seperti memetik laporan sebuah portal, kes buli jalan raya yang kian meningkat kini lebih banyak dipengaruhi personaliti pelaku berbanding faktor kesihatan mental.

“Sebenarnya kes-kes melibatkan individu disebabkan personaliti mereka…wujud sama ada kerana dorongan tekanan dan gagal mengendalikannya dengan baik. Ada juga kes berkaitan unsur genetik. Mereka yang biasanya terdedah kepada masalah keganasan termasuk buli jalan raya,” kata pakar psikologi Prof Dr Mohamad Hussain Habil.

Akibat berlakunya buli ini, ada mangsa yang mengalami kerosakan teruk pada kenderaan bahkan juga mengalami kecederaan pada badan. Selain itu, situasi ini juga menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya dan menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Tindakan yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan pembuli jalan raya

Justeru, berikut merupakan garis panduan mengenai apa tindakan yang perlu dilakukan sekiranya anda berhadapan dengan pembuli jalan raya seperti yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ):

1. Beri ruang atau jalan kepada pemandu kenderaan tersebut sekiranya ingin memotong kenderaan anda.

2. Kekal bertenang. Sila jaga emosi anda dan elakkan daripada membalas pandangan mata atau melakukan pergerakan tangan tidak elok.

3. Jaga jarak kenderaan dan jangan mengekori kenderaan tersebut dengan jarak yang berdekatan. 

4. Buat laporan polis dengan membawa bukti seperti rakaman dash cam (rakaman video berkenaan).

Jadi pengguna jalan raya yang bertanggungjawab

Ingat, bukan hanya kita seorang sahaja yang menggunakan jalan raya. Seeloknya, bertimbang rasalah di antara satu sama lain dan elak mencetuskan provokasi sesama pengguna jalan raya lain. Selain dapat mengelakkan kesesakan jalan raya, ia juga bagi memastikan keselamatan diri anda selamat.


Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: