Skip to content
Home » Cara Elak Kecederaan Kritikal Akibat Beg Udara

Cara Elak Kecederaan Kritikal Akibat Beg Udara

    beg udara

    Beg udara adalah salah satu inovasi keselamatan yang paling penting sejak beberapa dekad ini. Ia direka khas untuk melindungi individu di dalam kereta daripada kecederaan akibat kemalangan.

    Beg udara berfungsi apabila berlaku hentakan kuat yang dikesan pada sensor kereta sebelum signal dihantar supaya ia mengembung. Gas nitrogen akan mengembungkan beg udara sebelum ia mengempis sendiri perlahan-lahan. Secara amnya, beg udara akan melindungi bahagian utama tubuh iaitu kepala, leher dan dada. 

    Meskipun beg udara bertujuan untuk melindungi anda sekiranya berlaku kemalangan, namun sila ketahui bahawa beg udara juga boleh menjadi punca berlakunya banyak kecederaan kritikal.

    Jenis kecederaan biasa berlaku akibat beg udara

    Beg udara menggunakan banyak daya apabila ia digunakan dalam kemalangan. Ia boleh menyebabkan pelbagai kecederaan pada bahagian badan yang berbeza seperti di kepala, leher, lengan dan badan anda.

    Beberapa kecederaan yang paling biasa berlaku disebabkan oleh beg udara termasuklah:

    • Luka, melecet dan kesan melecur
    • Serangan asma
    • Komplikasi pulmonal dan jantung
    • Patah tulang rusuk atau patah tulang pada sternum, tengkorak, hidung, soket mata, siku, pergelangan tangan atau jari
    • Pendarahan dalaman
    • Kehilangan pendengaran
    • Lebam pada muka
    • Ketegangan atau trauma pada leher atau belakang
    • Kerosakan pada organ dalaman
    • Kecederaan pada janin jika mangsa adalah wanita hamil

    Cara mengelakkan kecederaan akibat beg udara

    Memandangkan beg udara juga agak merbahaya, justeru penting untuk anda sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko kecederaan beg udara jika terbabit dalam kemalangan.

    Posisi tempat duduk yang betul

    Duduk pada posisi yang betul

    Posisi duduk yang betul membolehkan beg udara mempunyai ruang yang cukup untuk dipasang tanpa mencederakan anda. Anda dinasihatkan untuk menjaga jarak selamat dari beg udara pada stereng.

    Pakar mencadangkan agar pemandu menggelosor tempat duduk mereka ke belakang sehingga mempunyai jarak sekurang-kurangnya 10 inci di antara bahagian dada dengan stereng. Jika kedudukan ini menghalang anda daripada mencapai stereng atau pedal minyak dan brek, maka selepas menggelongsorkan tempat duduk anda ke belakang sejauh mungkin, condongkan tempat duduk anda. 

    Elak mencondongkan tempat duduk secara berlebihan kerana tali pinggang keledar boleh menyebabkan anda tercedera jika terbabit dalam kemalangan.

    Pakai tali pinggang keselamatan

    Pakai tali pinggang keselamatan

    Beg udara bukan bertujuan untuk menggantikan tali pinggang keledar. Ia direka untuk berfungsi bersama tali pinggang keledar, dan bukan menggantikannya bagi mengurangkan kecederaan dan risiko kematian.

    Tali pinggang keselamatan akan menahan badan anda dan memastikan anda berada pada kedudukan yang betul sekiranya beg udara mengembung. Anda mungkin mengalami kecederaan yang lebih teruk jika anda tidak memakai tali pinggang keselamatan.

    Jika anda hamil, sila elakkan memandu jika boleh. Terdapat risiko kecederaan pada janin dari beg udara dan tiang stereng.

    Alihkan aksesori pada dashboard

    Jangan letak apa-apa benda di atas dashboard

    Sila jangan letakkan sebarang aksesori pada dashboard kereta anda yang menutupi beg udara penumpang. Aksesori tersebut boleh menghalang proses penggunaan beg udara, seperti yang sepatutnya.

    Contohnya patung, soft toys, dan pelbagai lagi.

    Tempat duduk kanak-kanak 

    Beg udara boleh menyelamatkan nyawa dan merupakan ciri keselamatan kereta yang penting, tetapi ia juga boleh menjadi sangat berbahaya untuk kanak-kanak.

    Kanak-kanak yang duduk di bahagian tempat duduk hadapan berisiko untuk mengalami kecederaan serius atau kematian jika beg udara dipasang.

    Oleh itu, lebih baik meletakkan anak kecil anda di dalam tempat duduk kanak-kanak di bahagian tempat duduk belakang. Pastikan ia dipasang dengan betul!

    Posisi tangan

    Memandu pada kedudukan tangan yang betul

    Posisi atau kedudukan tangan anda juga memainkan peranan dalam menjamin keselamatan anda.

    Anda dinasihatkan untuk memegang stereng pada kedudukan jam 9 dan 3 atau 8 dan 4. Ini menghalang pergelangan tangan atau lengan anda daripada patah atau terpukul muka anda apabila beg udara dipasang.

    Ambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan akibat beg udara

    Kami pastinya berharap kejadian malang seperti ini tidak berlaku kepada anda.

    Jadi sila berhati-hati dan ikuti tips keselamatan untuk mengelakkan sebarang kecederaan akibat beg udara. Kekal selamat.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: