Cara Sanitasi dan Disinfeksi Kenderaan

Berada di dalam kenderaan yang bersih juga mampu mengurangkan risiko jangkitan virus.

Ini cara sanitasi dan disinfeksi kenderaan sebagai panduan.

Info

Written by:

Selain kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, sanitasi dan disinfeksi permukaan yang kerap disentuh juga merupakan cara melindungi diri daripada jangkitan virus. Sanitasi dan disinfeksi bukan sahaja patut dilakukan di tempat tinggal bahkan juga di dalam kenderaan anda. Oleh itu, kami kongsikan di sini cara sanitasi dan disinfeksi kenderaan sebagai panduan.

Ambil langkah keselamatan sebelum sanitasi dan disinfeksi kenderaan

Sebelum memulakan proses sanistasi dan disinfeksi kenderaan, anda mesti mengambil langkah-langkah keselamatan untuk melindungi diri anda serta bahagian sensitif ruang dalam kenderaan anda. Berikut dikongsikan langkah-langkah keselamatan yang disarankan:

1. Pakai sarung tangan pakai buang serta pelitup muka

Pastikan anda memakai sarung tangan pakai buang serta pelitup muka sepanjang proses sanitasi dan disinfeksi. Tindakan ini penting untuk melindungi anda daripada risiko jangkitan.

Memakai sarung tangan pakai buang serta pelitup muka

2. Buka tingkap serta pintu kenderaan

Pastikan juga pintu dan tingkap kenderaan anda terbuka sepanjang masa untuk mengelakkan anda daripada terhidu bahan kimia produk pencuci secara berlebihan dan sesak nafas.

Membuka tingkap serta pintu kenderaan

3. Baca label serta uji produk pencuci

Sebelum membeli dan menggunakan sebarang produk pencuci, pastikan anda membaca dahulu label produk berkenaan untuk memastikan bahan tersebut selamat digunakan ke atas permukaan dalaman atau luaran kenderaan anda.

Selain itu, anda juga disarankan untuk menguji produk pencuci pada bahagian yang tersembunyi untuk memastikan tiada risiko kerosakan seperti pelunturan warna.

Membaca label serta menguji produk pencuci

4. Gunakan cecair disinfeksi berasaskan alkohol

Anda disarankan untuk menggunakan cecair disinfeksi yang mengandungi lebih daripada 70% alkohol bagi lebih keberkesanan.

Menggunakan cecair disinfeksi berasaskan alkohol

5. Gunakan kain mikrofiber

Untuk melindungi permukaan kereta anda, anda digalakkan untuk menggunakan kain mikrofiber kerana kain jenis ini lebih lembut lalu tidak mencalarkan permukaan lembut atau cermin kenderaan anda. Selain lebih lembut, kain mikrofiber juga berkesan dalam memerangkap debu dan kotoran. 

Menggunakan kain mikrofiber

Kenal pasti permukaan untuk sanitasi dan disinfeksi

Setelah mengambil langkah-langkah keselamatan seperti yang disebutkan, anda perlu mengenal pasti permukaan kenderaan untuk sanitasi dan disinfeksi.

Antara permukaan yang anda boleh fokuskan untuk sanitasi dan disinfeksi adalah:

1. Pemegang pintu luar dan dalam

2. Tombol gear atau brek parkir

3. Konsol tengah

4. Cermin pandang belakang

5. Stereng

6. Komponen butang kawalan dan suis kenderaan termasuk butang penghidup enjin, suis tingkap, signal dan wiper, lampu kabin serta penyaman udara

7. Alas tangan (Arm rest)

8. Papan pemuka (Dashboard)

9. Kunci kereta

10. Bahagian pelapik lantai kereta

Pilih bahan yang sesuai untuk sanitasi dan disinfeksi

Sanitasi dan disinfeksi pada kenderaan tidak boleh dilakukan dengan sembarangan bahan.

Berikut adalah bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan:

1. Sabun dan air

Sabun dan air adalah selamat untuk digunakan pada bahagian dalaman kereta terutamanya pada bahagian fabrik dan kulit. Ia bagi mengelakkan permukaan dalaman kenderaan anda daripada rosak.

2. Tisu basah

Anda disarankan untuk menggunakan tisu basah pembasmi kuman yang mengandungi antara 45-95% alkohol bagi lebih keberkesanan. Untuk pengetahuan anda, tisu basah bayi atau baby wipes tidak sesuai digunakan untuk menghapuskan virus kerana tisu basah jenis ini hanyalah bersifat antiseptik atau antibakteria.

3. Pembersih pelbagai guna (Multi-purpose cleaner)

Gunakan pembersih yang mengandungi benzalkonium chlorides atau benzyl ammonium chlorides. Bahan tersebut mampu membunuh kuman dengan lebih berkesan selain sesuai digunakan untuk permukaan dalaman kereta anda.

4. Perapi kulit bahagian dalaman kenderaan

Selain sabun dan air, anda juga boleh menggunakan perapi kulit untuk mencuci mana-mana permukaan kulit dalam kenderaan anda. Berbanding peluntur, perapi kulit adalah lebih disyorkan kerana boleh mengelakkan kerosakan pada permukaan kulit bahagian dalaman kenderaan.

5. Semburan disinfeksi (Disinfectant spray)

Semburan disinfeksi atau semburan aerosol penghilang bau yang mengandungi triethylene glycol sesuai digunakan kerana berkesan dalam membunuh bakteria dan virus berbahaya dalam udara. Semburan aerosol penghilang bau ini biasanya sesuai digunakan pada pelbagai jenis permukaan.

Sila baca arahan penggunaan pada produk serta pastikan anda mencuci dahulu permukaan yang ingin disinfeksi menggunakan sabun dan air untuk lebih keberkesanan.

Anda turut disarankan untuk melakukan semburan pada corong penyaman udara semasa penyaman udara dihidupkan lalu mengosongkan kenderaan anda.

Utamakan kebersihan serta keselamatan 

Di samping menjaga luaran kereta anda, anda perlu memastikan kebersihan dalaman kereta anda dengan mengikuti cara-cara sanitasi dan disinfeksi kenderaan seperti yang telah dikongsikan di atas. Ingat, meskipun bakteria dan virus tidak dapat dilihat dengan mata kasar, sanitasi dan disinfeksi ini penting agar kenderaan anda bebas daripada sebarang virus berbahaya.

Selain menjaga kebersihan kenderaan untuk keselamatan anda dan penumpang, anda juga perlu mendapatkan perlindungan insurans kenderaan yang sesuai. Sekiranya insurans kenderaan anda telah atau hampir tamat tempoh, renew insurans kereta anda dengan segera untuk mendapatkan perlindungan. Sebelum itu, bandingkan dahulu polisi insurans di Bjak secara online. Layari Bjak.my untuk mendapatkan sehingga 15 sebut harga insurans kereta percuma secara online dalam hanya 3 minit serta renew insurans kereta anda dalam hanya 5 minit.