Skip to content
Home » Cara untuk Membatalkan Polisi Insurans

Cara untuk Membatalkan Polisi Insurans

    Tahukah anda bahawa peratusan rakyat Malaysia yang telah mendapatkan perlindungan insurans atau takaful adalah masih sedikit iaitu pada kadar 40% sahaja yang mana ia jauh lebih rendah berbanding negara serantau yang lain.

    Memiliki insurans nyawa mahupun perubatan diketahui amat penting sebagai persediaan untuk sebarang risiko pada masa akan datang tetapi tidak semua orang yang telah memiliki insurans ini berpuas hati dengan polisi insurans sedia ada mereka.

    Ada yang memilih untuk membatalkan polisi

    Dalam kelompok 40% peratus itu, pasti ada segelintir yang sudah atau mempunyai hasrat untuk membatalkan polisi insurans mereka.

    Langkah itu sebenarnya tidaklah digalakkan namun difahami terdapat beberapa faktor atau alasan yang menyebabkan sebilangan individu berhasrat untuk membatalkan polisi insurans mereka.

    Ia termasuklah:

    1. Batalkan polisi kerana ingin menukar ke pelan yang lebih baik

    Ya, pembatalan polisi insurans sedia ada mungkin disebabkan kerana mereka ingin mendapatkan perlindungan berserta pelan yang lebih baik. 

    (a) Jumlah perlindungan sedia ada tidak mencukupi

    Sesetengah individu memilih untuk membatalkan polisi dan menukar polisi insurans lain kerana merasakan bahawa jumlah perlindungan sedia ada tidak mencukupi bagi menanggung risiko yang akan berlaku pada masa akan datang. 

    Antara salah satu faktornya adalah disebabkan status yang telah berubah:

    Contoh: 

    Faiz telah mengambil pelan lengkap insurans nyawa dan perubatan dari seawal usia 22 tahun dengan jumlah perlindungan sebanyak RM50,000. Selepas lapan tahun berlalu, Faiz mengambil keputusan untuk membatalkan polisi insuransnya kerana dia telah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

    Dengan jumlah perlindungan RM50,000 sebelum ini, Faiz merasakan ia tidak cukup untuk melindungi keluarganya pada masa akan datang. Justeru dia memilih untuk membatalkannya dan menukar ke polisi insurans baru yang bakal memberikan jumlah perlindungan yang lebih tinggi berserta manfaat yang lebih menarik buat diri dan keluarga.

    (b) Pengalaman buruk dengan syarikat insurans sekarang

    Ada yang memilih untuk membatalkan polisi sedia ada dan memilih polisi insurans lain kerana mereka kurang berpuas hati dengan tahap perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat insurans sekarang.

    Antaranya adalah kesukaran untuk membuat tuntutan insurans dan lambat memberi maklum balas terhadap sesuatu perkara yang ingin diketahui oleh mereka sebagai pemegang polisi. 

    2. Batalkan polisi insurans kerana tidak lagi berkemampuan

    Ya, ini mungkin menjadi salah satu daripada punca utama bagi individu yang telah mempunyai insurans untuk membatalkan polisi mereka.

    Dengan faktor ekonomi yang kurang mengizinkan terutamanya pada ketika ini, ada dalam kalangan mereka yang ‘terpaksa’ untuk mengambil langkah sedemikian bagi mengurangkan beban dan menumpukan perhatian pada komitmen lain yang lebih penting seperti bayaran sewa rumah dan ansuran kereta.

    Namun tahukah anda, berbanding terus membatalkan polisi, anda dinasihatkan untuk berbincang dengan ejen atau syarikat insurans anda bagi mengetahui langkah lain yang terbaik boleh dilakukan apabila tidak lagi berkemampuan untuk membayar premium.

    Ejen atau syarikat insurans anda mungkin boleh membantu dengan memberi pilihan untuk anda merendahkan bayaran premium bagi memastikan diri anda terus dilindungi oleh insurans. 

    Cara betul untuk membatalkan polisi insurans

    Di sini kami akan terangkan langkah atau prosedur yang anda perlu lalui untuk membatalkan polisi insurans sedia ada anda.

    Teruskan membaca untuk mengetahui cara-caranya.

    1. Semak dulu polisi insurans sedia ada anda

    Sebelum mengambil keputusan untuk membatalkan polisi insurans anda, sila pastikan anda menyemak semula polisi insurans sedia ada bagi melihat perkara apa yang perlu ada dan ikuti bagi membatalkan polisi.

    Meskipun pembatalan polisi boleh dibuat mengikut kehendak anda, namun pastikan ia mengikut cara atau prosedur yang telah ditetapkan oleh syarikat insurans bagi mengelak daripada berlaku sebarang masalah pada masa akan datang.

    1. Hubungi khidmat pelanggan

    Sekiranya anda masih memutuskan untuk membatalkan polisi insurans anda, silalah hubungi bahagian khidmat pelanggan syarikat insurans terkini anda bagi mengenal pasti lebih lanjut tentang langkah yang anda perlu ikuti bagi membatalkan polisi insurans anda. 

    Proses pembatalan insurans mungkin berbeza-beza di antara satu syarikat dengan syarikat lain. Ini kerana ada sesetengah syarikat insurans yang mungkin memerlukan anda mengisi borang pembatalan polisi.

    1. Sediakan surat pembatalan polisi

    Pastikan anda mempersiapkan diri dengan surat pembatalan polisi insurans berserta segala maklumat peribadi yang diperlukan. 

    Namun, sesetengah syarikat mungkin hanya memerlukan anda untuk menghantar e-mel borang pembatalan sahaja berbanding surat. Jadi, sama ada anda memerlukan surat atau tidak, dapatkan dahulu kepastian melalui syarikat insurans atau ejen anda. 

    1. Hantar surat melalui kiriman surat berdaftar

    1. Buat follow-up

    Pastikan anda membuat follow-up bagi melihat serta memastikan bahawa polisi insurans anda sudah dalam proses untuk dibatalkan. Hubungi pasukan khidmat pelanggan insurans anda bagi mengetahui status terkini dan anggaran tempoh masa yang diperlukan bagi proses pembatalan selesai sepenuhnya. 

    1. Dapatkan surat pengesahan pembatalan insurans

    Pastikan anda mendapat surat pengesahan daripada syarikat insurans mengenai pembatalan polisi anda. 

    1. Dapatkan pengesahan dari pihak bank

    Adakah premium anda selama ni dibayar secara auto-debit?

     Jika ya, maka  ini adalah langkah penting untuk dilakukan.  Setelah semua proses di atas selesai, anda perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak bank mengenai pembatalan polisi anda. Ini bagi memastikan bahawa akaun bank anda tidak lagi melakukan penolakan bagi premium insurans seperti sebelum ini.

    Nota: Sekiranya premium insurans yang dibayar oleh anda sebelum ini dibuat secara manual, maka anda boleh mengabaikan langkah terakhir ini.

    Semoga dengan panduan ini dapat membantu anda secara jelas mengenai cara yang betul untuk membatalkan polisi insurans anda.

    Bagaimanapun anda perlu tahu, pembatalan polisi ini baik jika anda memilih untuk mendapatkan perlindungan lain yang lebih menguntungkan . Namun, jika anda memutuskan untuk membatalkan polisi tanpa mempunyai perancangan untuk mendapatkan pelan lain, ia bukanlah satu langkah yang tepat kerana anda mungkin bakal berdepan dengan risiko yang tidak diduga kelak. 

    Semak dulu dengan ejen anda

    Mula dengan cara baik, akhirkan juga dengan cara baik. Begitulah juga situasinya sekiranya anda ingin membuat pembatalan pada polisi insurans sedia ada anda. 

    Seeloknya, berbincang dan semaklah terlebih dahulu dengan ejen insurans anda supaya mereka dapat mengenal pasti masalah yang anda sedang hadapi sehingga anda mengambil keputusan untuk membatalkan polisi insurans. 

    Malah, mana tahu, mereka juga mungkin boleh membantu anda untuk mendapatkan pelan perlindungan yang lebih baik mengikut keperluan dan keinginan anda selepas ini. 

    Yang terakhir, jika anda sememangnya nekad untuk membatalkan polisi, diingatkan lagi sekali untuk tidak lupa melakukan follow-up dengan ejen atau syarikat insurans anda bagi memastikan polisi insurans sudah dibatalkan. 

    Untuk mengetahui sebarang perkara mengenai insurans, anda juga boleh berhubung dengan ejen tanpa komisen Bjak pada bila-bila masa yang anda mahu tanpa keraguan. Jaminan tiada cadangan berat sebelah untuk anda.

    Rujukan:

    Sumber 1

    Sumber 2