Skip to content
Home » Fahami ‘Aquaplaning’ – Punca Pemandu Boleh Terbabas Ketika Hujan

Fahami ‘Aquaplaning’ – Punca Pemandu Boleh Terbabas Ketika Hujan

    Aquaplaning ketika memandu dalam hujan

    Memandu kenderaan ketika hujan sememangnya agak kurang digemari oleh rata-rata pemandu. Dengan jarak penglihatan yang terhad, memandu ketika hujan juga sebenarnya agak merbahaya kerana lebih berisiko.

    Ketika sedang memandu dalam cuaca hujan, adakah anda pernah mengalami masalah di mana kenderaan anda secara tiba-tiba sukar untuk dikawal dan tergelincir keluar dari laluan anda? Jika ya, situasi tersebut dikenali sebagai aquaplaning atau hyroplane. Fenomena itu berlaku apabila tayar hilang cengkaman yang disebabkan oleh kehadiran lapisan air antara tayar dengan permukaan jalan.

    Ia membuatkan kenderaan anda rasa terapung dan seterusnya tayar gagal mengikut input pemandu termasuklah kawalan stereng ketika membelok, berada di jalan yang lurus ataupun ketika sedang membrek.

    Disebabkan fenomena atau situasi itulah, ia turut menyumbang kepada berlakunya nahas kemalangan jalan raya ketika hujan.

    Apakah tanda kereta mengalami aquaplaning?

    Anda boleh mengesan kereta anda mengalami fenomena aquaplaning apabila:

    • Enjin kereta mengeluarkan bunyi yang kuat
    • Stereng menjadi ringan dan sukar dikawal
    • Meter RPM melonjak tinggi
    • Kereta terbabas ke arah lain
    • Bahagian belakang kereta tiba-tiba menggelincir seperti sedang mendrift

    Punca berlakunya aquaplaning

    Punca menyebabkan berlakunya aquaplaning

    Berikut beberapa punca berlakunya aquaplaning ketika sedang memandu:

    Permukaan jalan

    Permukaan jalan yang berlekuk atau berlopak dalam boleh menyebabkan aquaplaning berlaku kerana komposisi air yang dalam.

    Jadi, sangat penting untuk anda sentiasa memeriksa tayar kereta anda sebelum memandu dan pastikan anda memandu dengan perlahan ketika dalam cuaca hujan. Elak menekan brek atau memusingkan stereng secara tiba-tiba kerana kereta akan lebih mudah terbabas. 

    Memandu dengan laju

    Ketika hujan, anda pastinya sudah tahu sangat penting untuk memandu pada kelajuan yang sederhana dan tidak terlalu laju. Apabila kenderaan dipandu dengan terlalu laju, risiko untuk kereta terangkat adalah lebih tinggi hingga menyebabkan tekanan permukaan tayar pada lopak air berkurangan.

    Tayar tidak berada dalam keadaan baik

    Tayar kereta perlu kerap diperiksa. Sentiasa pastikan ketebalan tayar bunga dan tekanan angin tayar berada di tahap yang memuaskan. Apabila tekanan angin pada tayar kurang, tayar akan menjadi lembik dan seterusnya menyebabkan kenderaan lebih mudah menggelincir. Dalam pada itu, tayar lebar juga lebih mudah mengalami aquaplaning berbanding tayar kurang lebar.

    Kereta terlalu ringan, tidak seimbang

    Kenderaan dengan berat yang tidak seimbang juga akan lebih mudah mengalami aquaplaning. Contohnya, kenderaan pacuan empat roda (4×4) atau trak pikap lebih berat di depan, sebaliknya lebih ringan di belakang.

    Berhati-hati memandu ketika cuaca hujan

    Yang penting, pastikan anda memandu dengan berhati-hati ketika dalam hujan. Jangan memandu dengan laju, jaga jarak antara kenderaan dan pastikan wiper kereta anda berada dalam keadaan yang baik supaya tidak mengganggu penglihatan. 


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: