Skip to content
Home » 7 Fakta Mengenai Insurans Perjalanan Yang Mungkin Anda Perlu Tahu

7 Fakta Mengenai Insurans Perjalanan Yang Mungkin Anda Perlu Tahu

    Fakta mengenai insurans perjalanan

    Ketika sedang bercuti, banyak kemungkinan buruk boleh berlaku justeru disebabkan itu kita digalakkan untuk mendapatkan insurans perjalanan.

    Meskipun ada yang mungkin menganggap ia adalah hal remeh sahaja dan memilih mana-mana pelan yang paling murah, anda perlu ingat bahawa insurans perjalanan terbaik mampu membantu kita menerima pampasan dan dilindungi sekiranya berlaku sesuatu yang diluar kawalan. 

    Agak mendukacitakan apabila rata-rata pelancong tidak begitu memahami dengan sepenuhnya mengenai terma dalam polisi insurans perjalanan mereka sehingga menyebabkan mereka tidak tahu apa yang dilindungi dan apa yang tidak dilindungi oleh pihak insurans sewaktu sedang bercuti. Akhirnya, berlaku salah faham di antara pemegang polisi dengan pihak insurans apabila tuntutan ingin dibuat. 

    Justeru itu, berikut merupakan 7 fakta mengenai insurans perjalanan yang anda patut tahu dan fahami bagi kepentingan anda sendiri:

    Perlindungan bermula dari hari anda membeli polisi insurans

    Tahukah anda, meskipun tarikh perjalanan anda mungkin hanya berlaku dalam tempoh 1 bulan lagi, namun sebaik sahaja anda membeli insurans perjalanan, anda telah dilindungi ya. 

    Contoh, jika penerbangan anda dibatalkan atas sebab-sebab yang munasabah, termasuklah berlakunya hal kecemasan seperti anda sakit atau sebagainya, maka anda layak untuk membuat tuntutan bagi mendapatkan semula sebahagian daripada ganti rugi. 

    Selain itu, anda juga layak untuk mendapatkan pampasan sekiranya percutian anda dibatalkan akibat bencana alam seperti gempa bumi atau letusan gunung berapi. Jika ia sudah dilaporkan kepada media dan anda baru berhasrat untuk membeli insurans perjalanan, maka ia sebenarnya sudah tiada gunanya lagi kerana anda tidak akan boleh mendapatkan tuntutan. Jadi, lebih baik anda beli insurans lebih awal ya. 

    Fahami perkara mengenai insurans perjalanan

    Penerbangan terlepas

    Anda terlepas penerbangan atas kesilapan diri sendiri? Maaf, anda tidak layak untuk membuat tuntutan atas kesalahan itu. Namun, bagaimana pula jika anda terlepas penerbangan akibat masalah teknikal, lebihan tempahan ataupun pesawat diselenggara? Maka, anda boleh membuat tuntutan kepada insurans bagi mendapatkan ganti rugi. Ini bukan kesalahan anda dan ia adalah tanggungjawab syarikat penerbangan itu. 

    Bagasi hilang? Anda layak dilindungi, namun…

    Ini mungkin pernah terjadi kepada anda, ataupun tidak. Jika bagasi atau barangan peribadi anda hilang akibat dicuri ketika anda bercuti, maka anda layak untuk dilindungi oleh pihak insurans.

    Bagaimanapun, lain ceritanya jika kehilangan barangan tersebut berlaku disebabkan oleh kecuaian anda sendiri. Jika begitu, tuntutan anda pastinya akan ditolak. Contohnya tertinggal di dalam teksi, bas atau di tempat pemunggahan bagasi. 

    Jadi, sila jaga barangan peribadi anda dengan baik ya!

    Nak insurans barangan berharga? Boleh, tapi ada hadnya

    Anda mungkin gemar untuk membawa banyak barang berharga ketika sedang melancong jadi anda pun mengisuranskan barang berharga itu secara berasingan bersama dengan polisi perjalanan anda. 

    Namun anda perlu tahu bahawa setiap barang yang diinsuranskan itu mempunyai had tertentu (dari segi jumlah pampasan yang diterima). Jadi, sila semak dulu dengan syarikat insurans bagi memastikan anda tahu berapa jumlah perlindungan yang anda layak peroleh sekiranya barangan berharga yang diinsuranskan telah hilang. 

    Jika anda berkeras untuk bawa barangan berharga seperti beg berjenama, cincin berlian atau lain-lain yang terlalu mahal harganya, jadi sila insuranskannya di bawah polisi anda ya bagi mengelakkan kerugian melampau.

    Tahu segala butiran dalam polisi

    Setiap syarikat insurans mungkin menawarkan pelan yang agak serupa namun manfaat yang diberikan adalah berbeza. Jadi, sangat penting untuk anda semak, teliti dan bandingkan terlebih dahulu sebelum mendapatkan sesuatu pelan insurans perjalanan. 

    Perlu anda tahu bahawa insurans perjalanan biasa (asas) hanya melindungi pemegang polisi dari aspek perubatan sahaja. Jadi, jika anda mahukan perlindungan yang lebih luas termasuklah daripada segi kehilangan barangan peribadi dan lain-lain, sila dapatkan pelan yang mengikut keperluan anda itu.

    Usia

    Jika ada dalam kalangan ahli keluarga anda yang sakit atau meninggal dunia ketika sedang berada di luar negara, anda perlu tahu bahawa pelan insurans perjalanan komprehensif akan melindungi kos perjalanan balik ke negara anda. Namun, biasanya ia juga tertakluk kepada usia seseorang itu. Biasanya jika sudah melepasi had umur tertentu contohnya 80 tahun, syarikat insurans tidak akan membayar perlindungan. Jadi sila semak dahulu dengan syarikat insurans.

    Gemar lakukan aktiviti ekstrem? Dapatkan insurans tambahan

    Bercuti ke luar negara mungkin akan membuatkan kita gemar untuk mencabar diri kita dengan mencuba aktiviti ekstrem yang ada di negara itu kan? Boleh, namun ingat tidak semua aktiviti berisiko tinggi ini akan dilindungi insurans. Jadi, jika anda bercadang untuk lakukan aktiviti/ sukan merbahaya tertentu ketika melancong, sila beli perlindungan tambahan yang akan melindungi aktiviti anda itu ya. 

    Dapatkan pelan terbaik

    Semoga perkongsian ini membantu anda. Sila pastikan anda faham beberapa fakta mengenai insurans perjalanan di atas dan dapatkan pelan terbaik bagi manfaat anda. Untuk lebih mudah, anda juga boleh mendapatkan insurans perjalanan menerusi platform Bjak. Ada 15 jenama insurans yang diiktiraf untuk dibandingkan dan pastinya ada 1 yang akan mengikut keperluan anda. 


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.

    Baca juga: