Skip to content
Home » Rugi Ke Hidupkan Roadtax Awal Dari Tarikh Expired?

Rugi Ke Hidupkan Roadtax Awal Dari Tarikh Expired?

    renew roadtax awal

    Bila tiba waktu nak hidupkan roadtax, mungkin masih ramai yang berkira-kira dan hanya memperbaharuinya apabila ia hampir atau telah tamat tempoh. Persoalannya di sini, rugi ke jika anda renew roadtax terlalu awal?  Adakah ia akan memberi kesan kepada tarikh tamat tempoh roadtax di tahun berikutnya? 

    Jom kami jawab persoalan anda itu menerusi artikel ini.

    Rugi ke hidupkan roadtax awal?

    Sebenarnya, tidak rugi pun jika anda ingin renew roadtax awal sebelum ia tamat tempoh. Ini kerana, tarikh yang tercetak pada roadtax anda itu nanti merupakan sambungan daripada tarikh luput roadtax anda.

    Fahaminya menerusi contoh ini:

    Roadtax Nora akan tamat tempoh pada 6/7/2023 dan Nora menghidupkannya dua bulan lebih awal iaitu pada 6/5/2023. Meskipun Nora perbaharui roadtaxnya dua bulan sebelum ia expired, namun tarikh tamat tempoh bagi roadtax barunya itu tetap akan jatuh pada 6/7/2024. Maknanya di sini, tarikhnya bermula selepas roadtax lama mati walaupun kita hidupkannya lebih awal.

    Bilakah tempoh paling awal anda boleh hidupkan roadtax?

    Anda hanya boleh memperbaharui roadtax seawal dua bulan sebelum ia tamat tempoh.

    Berdasarkan contoh situasi di atas, jika roadtax anda tamat tempoh 6/7/2023, maka tempoh paling awal anda boleh renew roadtax adalah pada 6/5/2023. 

    Namun begitu, anda tetap perlu memastikan bahawa insurans anda telah diaktifkan juga terlebih dahulu bagi membolehkan anda memperbaharui roadtax. Ini kerana tanpa insurans yang sah, proses pembaharuan roadtax anda juga tidak akan dapat diproses baik secara online mahupun offline.

    Adakah anda hanya boleh hidupkan roadtax untuk tempoh 1 tahun sahaja?

    Sebenarnya, ramai yang mungkin masih belum mengetahui bahawa mereka mempunyai dua pilihan tempoh untuk renew roadtax, iaitu sama ada bagi tempoh masa 6 bulan atau 1 tahun. 

    Kedua-duanya boleh diperbaharui dengan cara yang sama dan tidak mempunyai sebarang perbezaan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes yang mungkin menyebabkan anda hanya boleh memperbaharui roadtax dalam salah satu tempoh yang diberikan itu.

    Contohnya adalah pembaharuan roadtax bagi pemilik kenderaan yang sudah meninggal dunia. Dalam kes ini, anda hanya boleh memperbaharui roadtax bagi tempoh 6 bulan sahaja. Jadi bermakna dalam masa setahun, ada perlu memperbaharui roadtax kereta sebanyak dua kali. 

    Namun begitu, selain daripada kes/ individu yang diwajibkan untuk renew roadtax bagi tempoh 6 bulan sahaja, maka pemilik kereta boleh memilih sama ada untuk renew roadtax kereta mereka bagi tempoh 6 bulan atau 1 tahun secara sukarela.

    Renew roadtax sebelum tamat tempoh!

    Pastikan anda perbaharui roadtax anda sebelum tamat tempoh ya. Ia bagi memastikan kenderaan anda dipandu secara sah di atas jalan raya sepanjang masa dan seterusnya mengelakkan anda daripada dikenakan tindakan saman oleh pihak berkuasa jika dikesan memandu kenderaan dengan roadtax yang sudah tamat tempoh. 

    Untuk renew roadtax, pastikan insurans anda sudah diperbaharui terlebih dahulu. Jika ingin lebih mudah, anda boleh menggunakan platform Bjak agar kedua-dua insurans dan roadtax anda dapat diperbaharui sekaligus. Pastinya lebih mudah, cepat dan selamat di Bjak!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: