Skip to content
Home » Perlukah Anda Beli Insurans Perjalanan Walaupun Sudah Miliki Insurans Perubatan?

Perlukah Anda Beli Insurans Perjalanan Walaupun Sudah Miliki Insurans Perubatan?

    insurans perjalanan vs insurans perubatan

    Tidak semua orang mampu untuk membeli insurans kerana komitmennya boleh dikatakan agak tinggi. Ada yang hanya membeli insurans nyawa sahaja, ada yang mendapatkan insurans perubatan kerana lebih murah, dan ada juga yang sekadar memiliki insurans apabila rasa diperlukan, contohnya insurans perjalanan sebelum ingin melancong. 

    Sebenarnya, kesemua jenis insurans ini adalah penting bagi memastikan kita dilindungi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan, disahkan menghidapi penyakit dan lain-lain. Namun, fungsi bagi setiap insurans ini adalah berbeza-beza.

    Untuk yang sudah memiliki insurans perubatan, mungkin ada yang tertanya-tanya adakah insurans perjalanan masih diperlukan sekiranya ingin pergi melancong ke luar negara. Mana tidaknya, insurans perubatan akan membolehkan kita untuk membuat tuntutan bagi kos perubatan di hospital, begitu juga dengan insurans perjalanan.

    Namun, jangan salah faham. Kedua-dua insurans ini tetap berbeza. Jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya. 

    Dah ada insurans perubatan, perlu ke beli insurans perjalanan?

    Pada dasarnya, insurans perjalanan dan insurans perubatan menawarkan manfaatnya yang tersendiri. Meskipun insurans perubatan turut menawarkan perlindungan di luar negara, namun ianya agak terhad dan hanya memberikan perlindungan asas sahaja. 

    Berbanding dengan insurans perjalanan, ia pula menawarkan lebih banyak perlindungan kepada pemegang polisi, termasuklah risiko-risiko yang lazimnya berlaku ketika sedang bercuti terutamanya di luar negara seperti:

    • Kemalangan diri ketika sedang bercuti
    • Perbelanjaan perubatan hospital
    • Pembatalan atau penerbangan ditunda 
    • Bagasi hilang atau lewat sampai kepada anda
    • Kehilangan wang, kad bank, passport atau dokumen penting lain
    • Penghantaran pulang jenazah
    • Perlindungan Coovid-19 (bergantung pada polisi); dan lain-lain manfaat (mengikut syarikat insurans).

    Jika ditanya sama ada anda masih perlu membeli insurans perjalanan sebelum bercuti ke luar negara sedangkan sudah memiliki insurans perubatan, jawapannya mungkin ya.

    Ini kerana, anda tidak boleh sekadar memikirkan risiko jika kemalangan atau sakit ketika sedang bercuti sahaja. Ambil kira juga risiko-risiko lain seperti kemungkinan dokumen penting anda hilang, bagasi tidak sampai kepada anda, pembatalan penerbangan, dan lain-lain yang biasanya sering berlaku kepada pelancong.

    Tanpa insurans perjalanan, anda perlu menanggungnya sendiri tanpa bantuan pihak lain. Ia semestinya akan membebankan anda dan mungkin membuatkan anda hilang arah tuju ketika berada di negara orang.

    Insurans perjalanan adalah pembiayaan untuk risiko

    Insurans perjalanan adalah pembiayaan untuk risiko yang mungkin berlaku ketika bercuti

    Berbanding insurans perubatan atau nyawa yang perlu dibayar pada setiap bulan untuk tempoh yang panjang, insurans perjalanan pula hanya perlu dibayar sekali sahaja, iaitu sebelum anda ingin pergi melancong ke sesuatu destinasi. Jumlah yang perlu dibayar juga tidaklah begitu mahal, berbanding dengan jumlah wang yang perlu anda keluarkan sendiri sekiranya berlaku sesuatu ketika sedang bercuti. 

    Boleh dikatakan, insurans perjalanan ini bukanlah satu bentuk pelaburan, namun merupakan satu pembiayaan bagi risiko-risiko yang mungkin terjadi ketika sedang melancong. 

    “Tapi nanti dah beli insurans, tak ada apa pun yang jadi time melancong. Rugi je, bukan boleh dapat balik pun wang tu.”

    Baguslah jika tiada apa-apa yang berlaku pada anda ketika sedang bercuti. Seperti yang dinyatakan di atas tadi, ia adalah sebagai persediaan atau pembiayaan bagi sebarang risiko yang mungkin berlaku. 

    Meskipun wang tidak akan dikembalikan, anda sekuranya-kurangnya tak perlu bimbang jika berlaku apa-apa ketika sedang bercuti apabila memiliki insurans ini.

    Bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan dan salah faham pada masa akan datang khususnya ketika ingin membuat tuntutan insurans, anda digalakkan untuk membaca dan memahami dulu kandungan polisi anda ketika ingin membeli insurans.  

    Untuk lebih mudah, anda juga boleh mendapatkan bantuan pasukan khidmat pelanggan Bjak bagi mendapatkan penerangan dan pelan terbaik bagi insurans perjalanan. Ada 15 jenama insurans yang boleh anda bandingkan, dan belilah mengikut bajet serta keperluan anda.  


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.

    Baca juga: