Skip to content
Home » Jangan Lakukan Perkara Ini Selepas Kemalangan Jika Anda Tak Nak Rugi

Jangan Lakukan Perkara Ini Selepas Kemalangan Jika Anda Tak Nak Rugi

    jangan lari selepas kemalangan

    Sesiapa sahaja pastinya akan panik apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya, baik yang melanggar ataupun yang dilanggar. Disebabkan kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu, kita pastinya akan mudah melakukan perkara yang tidak sepatutnya yang mana tanpa sedar boleh menyebabkan kita kerugian.

    Jika ada di pihak pertama (pihak yang melanggar), anda perlu ingat untuk tidak melakukan beberapa perkara ini. Apakah ia? Jom teruskan membaca perkongsian ini.

    Lari dari tempat kejadian 

    Panik? Takut kerana telah melanggar kenderaan lain sehingga menyebabkan kenderaan anda dan pihak tersebut rosak? Anda pula tidak berhenti bahkan terus memecut laju tanpa memeriksa kenderaan anda dan pihak berkenaan.

    Sikap tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja akan menyusahkan pihak terbabit bahkan juga diri anda sendiri. Silalah jangan sesekali lari dari tempat kejadian walaupun kemalangan itu tidak begitu teruk.

    Bukan sahaja tuntutan anda nanti boleh ditolak, anda juga boleh didakwa kerana langgar lari yang boleh menyebabkan anda dikenakan hukuman penjara.

    Terima penyelesaian 

    Terima penyelasaian dengan mudah

    Ini antara perkara yang selalu dilakukan oleh ramai pemilik kenderaan terutamanya jika kemalangan tersebut tidak terlalu serius.

    Jangan buat begitu ya!

    Tolong jangan terima sebarang penyelesaian lisan dan segera di tempat kejadian kerana ini mungkin akan merugikan anda. Pihak ketiga mungkin menawarkan penyelesaian kos rendah kepada anda jika kemalangan itu bukan salah anda.

    Penyelesaian terbaik? Maklumkan segera kepada syarikat insurans anda kerana mereka lebih mengetahui kos sebenar kerosakan kenderaan anda.

    Terima khidmat tunda yang tidak sah

    Perasan atau tidak, apabila kemalangan berlaku, tiba-tiba banyak je khidmat trak tunda yang ada di tempat kejadian kemalangan, kan?

    Jangan terlalu cepat membuat keputusan ya dan sila berfikir dengan rasional. 

    Elak terpedaya dengan perkhidmatan trak tunda tidak sah yang menawarkan bantuan kepada anda selepas kemalangan. Kenapa? Mereka mungkin cuba menekan anda untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Perkhidmatan mereka boleh menelan kos sehingga RM500 bergantung pada jarak dan masa.

    Ya, ia mahal, jadi berhati-hati.

    Perlu anda tahu, kebanyakan penyedia insurans menyediakan khidmat tunda percuma untuk pemegang polisi komprehensif. Jika anda adalah pemegang polisi komprehensif, sila guna manfaat tersebut ya bagi mengelakkan anda kerugian. 

    Hubungi sahaja hotline syarikat insurans anda untuk dapatkan bantuan segera.

    Jadi rasional, buat keputusan dengan berhati-hati

    Meskipun anda mungkin sedang panik, silalah kawal perasaan anda itu dan cuba bertenang bagi mengelakkan anda membuat keputusan melulu. 

    Anda boleh dapatkan bantuan daripada syarikat insurans jika anda buntu apa yang perlu dilakukan. Ingat, kemalangan itu tidak disengajakan dan ia boleh diselesaikan jika anda tahu cara yang sebetulnya. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: