Skip to content
Home » JPJ KL Keluar 6,130 Saman, Saman Tiada Insurans & Cukai Jalan Paling Banyak!

JPJ KL Keluar 6,130 Saman, Saman Tiada Insurans & Cukai Jalan Paling Banyak!

    Operasi sempena Tahun Baru Cina

    Kesalahan tidak memiliki perlindungan insurans dan cukai jalan yang sah nampaknya masih dilakukan ramai pemandu.

    Buktinya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur memaklumkan bahawa majoriti saman yang dikeluarkan dalam operasi sepanjang Tahun Baru Cina bermula 25 Januari hingga 6 Februari lalu adalah berkaitan kesalahan tiada cukai jalan dan insurans kenderaan.

    Hampir separuh daripada saman berkaitan ketiadaan cukai jalan dan insurans

    Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan JPJ seperti memetik laporan, sebanyak 6,130 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dalam operasi itu dengan 3,250 daripada saman dikesan tiada cukai jalan dan insurans.

    Manakala, 2,150 saman kerana tiada lesen memandu, 458 kes berkaitan nombor pendaftaran, 25 lampu isyarat dan lain-lain.

    JPJ memaklumkan, sepanjang operasi itu berlangsung, sebanyak 18,435 buah kenderaan telah diperiksa dengan 2,919 daripadanya telah diambil tindakan sepanjang tempoh tersebut. 

    “Daripada jumlah itu sebanyak 55 kenderaan telah disita atas pelbagai kesalahan,” katanya. 

    Apa akibat bila anda tidak renew insurans kenderaan & cukai jalan?

    Sebagai pemilik kenderaan, anda pasti tahu bahawa perlindungan insurans dan cukai jalan yang sah diperlukan untuk kenderaan anda digunakan di atas jalan raya.

    Tindakan anda memandu tanpa memiliki insurans dan cukai jalan yang sah bakal meletakkan anda sebagai pemandu dan kenderaan dalam risiko seperti:

    Disaman pihak berkuasa

    Tindakan saman bakal dikenakan jika anda didapati menggunakan kenderaaan tanpa insurans dan roadtax yang sah

    Seperti laporan yang dikongsikan di atas, inilah akibat paling utama dan sering berlaku jika anda tidak memiliki cukai jalan dan insurans yang sah. Anda pasti akan dikenakan saman oleh pihak berkuasa sekiranya dikesan melakukan kesalahan ini. 

    Berbanding mengeluarkan wang untuk membayar saman, sebaiknya anda perbaharui insurans kenderaan anda yang pastinya akan lebih selamat dan terjamin.

    Kadar NCD berkurang

    Kadar NCD akan berkurangan semakin lama anda tidak perbaharui insurans

    Penting untuk anda tahu!

    Setiap NCD hanya boleh bertahan untuk tempoh selama setahun sahaja. Jika anda lewat untuk memperbaharui insurans dalam tempoh yang sepatutnya (melebihi setahun), ia akan menyebabkan kadar NCD kereta anda berkurang sedikit demi sedikit mengikut tahun anda tidak memperbaharui insurans kereta. 

    Contohnya mudah, jika sebelum ini NCD kereta anda sudah mencapai 55%, selepas setahun anda tidak menghidupkan insurans, maka NCD anda akan menurun kepada 45% dan seterusnya selagi anda tidak memperbaharuinya.

    Berisiko terdedah dengan beban kewangan 

    Jika berlaku kerosakan tanpa perlindungan insurans, maka anda perlu mengeluarkan wang sendiri

    Apabila anda tidak memperbaharui insurans, ini bermakna anda tidak dilindungi oleh sebarang perlindungan insurans. Jika berlaku kerosakan kepada kenderaan anda akibat kemalangan contohnya, maka anda perlu menanggung segala kos untuk membaiki kenderaan menggunakan wang anda sendiri. Ingat, kosnya mungkin boleh jadi lebih mahal daripada premium insurans anda.

    Lupa nak renew insurans, terpaksa buat last minute?

    Boleh jadi, anda tidak ada niat pun untuk tidak renew insurans dan cukai jalan, tetapi terlupa dan hanya menyedarinya di saat-saat akhir.

    Situasi itu sememangnya boleh difahami, dan ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja terutamanya dalam kesibukan sekarang.

    Jadi, jika ia berlaku kepada anda, langkah terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan menghidupkan semula insurans anda secara online

    Antara platform terbaik yang anda boleh gunakan adalah melalui Bjak. Di Bjak, anda boleh melakukan perbandingan secara terus dengan lebih 10 buah syarikat insurans. Ia secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan tenaga anda. 

    Jika anda tidak pasti cara untuk memperbaharui insurans kereta, sila baca perkongsian yang telah dibuat sebelum ini. 

    Pastikan kenderaan anda memiliki perlindungan insurans dan roadtax yang sah

    Untuk mengelakkan anda terlupa memperbaharui insurans dan cukai jalan, sebaiknya anda setkan tarikh di dalam kalendar di telefon bimbit anda. Ingat, insurans penting untuk melindungi kenderaan tidak kiralah jika anda jarang gunakan kereta tersebut. 

    Dalam pada itu, jika anda terpaksa renew insurans last minute, pastikan anda teliti dulu beberapa kriteria penting. Ia termasuklah membuat perbandingan harga, ketahui proses tuntutan dan lain-lain untuk kemudahan dan keselamatan anda. 

    Untuk jaminan yang lebih selamat, renew sahaja di Bjak yang pastinya lebih mudah, pantas dan selamat. Buat perbandingan dan pilih satu perlindungan terbaik untuk insurans anda.