Skip to content
Home » Kabin Kereta Panas Macam Sauna? Ini 4 Tips Anda Boleh Lakukan!

Kabin Kereta Panas Macam Sauna? Ini 4 Tips Anda Boleh Lakukan!

    Kabin kereta panas

    Tindakan anda memarkirkan kereta di tempat terbuka sememangnya boleh menyebabkan kabin kereta anda menjadi panas yang luar biasa. Dan untuk pengetahuan anda, suhu di dalam kereta yang ditinggalkan di bawah sinaran cahaya matahari adalah lebih panas berbanding suhu di luar. Ia boleh mencecah sehingga 50 darjah celcius walaupun cuaca di luar hanya sekitar 32 darjah celcius!

    Untuk pengetahuan anda, membuka suhu penyaman udara ke tahap maksimum memang boleh membantu menurunkan suhu dalam kabin, namun ia akan mengambil masa yang lama. 

    Jadi untuk artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda beberapa tips lain yang boleh anda lakukan bagi mengelak anda terus berasa bahang dan kepanasan ketika berada dalam kereta dengan menyejukkan ruang kabin kereta anda.

    Hidupkan aircond sambil buka tingkap

    Buka aircond sementara kenderaan anda bergerak untuk seketika

    Udara panas lebih ringan daripada udara sejuk dan biasanya akan terapung di atas. Jadi apabila anda membuka tingkap, udara panas itu akan mengalir keluar dan udara sejuk pula akan mula mengisi ruang kabin.

    Untuk dapatkan kesan penyejukan dalam kabin dengan lebih cepat, buka tingkap depan dan belakang sepanjang jalan sambil aircond turut dibuka untuk beberapa ketika sehingga kabin terasa sudah sejuk. Kemudian, tutup tingkap depan terlebih dahulu dan biarkan tingkap belakang terbuka sedikit supaya baki haba panas dapat terus keluar dan pada masa sama udara sejuk dikekalkan.

    Letakkan alas kain pada tempat duduk

    Alas kerusi kereta anda

    Kereta anda dilengkapi dengan kerusi kulit? Maka semestinya ia akan menjadi panas yang luar biasa setelah seharian kereta diparkirkan di tempat terbuka.

    Nasihat kami, sebelum parkirkan kereta, alaskan terlebih dahulu kerusi anda itu dengan kain (lebih elok kain putih) kerana ia boleh bertindak sebagai pemantul cahaya.

    Dengan berbuat demikian, anda boleh mengurangkan ketidakselesaan anda daripada suasana kabin kereta yang panas.

    Turunkan sedikit cermin tingkap

    Kabin kereta anda boleh jadi sedikit sejuk apabila tingkap dibuka sedikit kerana udara lebih akan keluar menerusi ruang tingkap yang terbuka itu dan tidak terperap di dalam kereta.

    Walau bagaimanapun, elak turunkan tingkap dengan terlalu luas kerana ia berbahaya untuk keselamatan anda dan berisiko dipecah masuk.

    Pasang kipas solar

    Kipas solar dikatakan membantu mengurangkan bahang dalam kereta

    Cara ini dikatakan berkesan bagi membuatkan kereta anda kekal sejuk dan nyaman. Beli kipas solar yang akan berpusing setiap kali kereta anda berjemur di bawah sinaran cahaya matahari. Mungkin anda boleh cuba?

    Moga bermanfaat!

    Gunakan tips di atas untuk mengurangkan ‘rasa sauna’ di dalam kenderaan anda apabila perlu memarkirnya di tempat terik seharian. Namun jika anda mempunyai pilihan lain, parkirlah kereta anda di tempat teduh seperti di bawah pokok atau di kawasan tertutup dan berbumbung. Ia bukan sahaja boleh mengelakkan kabin kereta anda menjadi panas, bahkan juga boleh menjaga cat kereta anda.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: