Skip to content
Home » Ada Kereta Baru? Ini 5 Barang Anda Patut Beli & Letak Dalam Kereta 

Ada Kereta Baru? Ini 5 Barang Anda Patut Beli & Letak Dalam Kereta 

    kereta baru

    Wahh… impian selama bertahun-tahun akhirnya tercapai bila dah berjaya beli sebiji kereta baru hasil usaha keras dan titik peluh sendiri. Mesti rasa bangga dan teruja sangat kan?!

    Dalam keterujaan itu, janganlah terus fikir nak pergi modify kereta tu pula ya! Sabar dulu. Ada perkara lain yang anda kena fikirkan iaitu barang atau aksesori  ‘wajib’ yang perlu disimpan dalam kereta baru anda itu. Jom tahukah apa ia menerusi perkongsian di bawah ini.

    Karpet kereta

    Setiap kereta baru memang dah ada karpetnya sendiri. Namun, biasanya karpet yang didatangkan itu jenis yang mudah kotor dan susah sikit untuk dibersihkan.

    Jadi, untuk menjaga karpet baru tersebut, anda digalakkan untuk membeli satu set karpet yang murah dan tebal bagi kereta anda. Banyak je dijual di luar sana. Bahkan dekat DIY pun ada. Cari sahaja yang ngam dan sesuai dengan size kereta anda itu. 

    Tinted cermin kereta

    Ini juga boleh dikatakan antara perkara yang wajib ada dan dipasang pada kereta baru ya. Tujuan utama pemasangan tinted adalah untuk menyekat sinaran UV yang mana ia boleh merosakkan kulit anda pada jangka masa panjang bahkan juga terdedah kepada kanser seperti melanoma. 

    Selain itu, dengan adanya tinted cermin kereta ini, anda boleh mengurangkan risiko berlakunya kecurian pada barang di dalam kereta. Biasalah, sekarang ini ramai je pemilik kereta yang gemar menyimpan barangan peribadi mereka yang berharga seperti laptop, beg tangan, kasut dan lain-lain. Jadi dengan pemasangan tinted pada cermin kereta, ia boleh mengurangkan risiko barangan anda dicuri dan seterusnya akan lebih menjamin keselamatan anda.

    Dashcam 

    Dashboard Camera atau lebih sinonim dengan perkataan dashcam kini boleh dikatakan sebagai salah satu aksesori ‘wajib’ dimiliki oleh setiap pemilik kereta.

    Antara alasan utama anda perlu memasang dashcam pada kereta baru anda (jika masih tiada) adalah kerana fungsinya yang boleh dijadikan sebagai saksi atau bukti penting seandainya berlaku sesuatu terhadap kenderaan sendiri atau orang lain ketika di atas jalan raya.

    Pewangi kereta

    Bau kereta baru pun dah sedap, namun kalau nak lagi sedap apa kata anda beli pewangi untuk kereta anda itu. Lebih-lebih lagi jika anda gemar merokok, hisap vape atau bahkan kerap menggunakan kereta selepas bersukan di mana badan anda masih berpeluh. 

    Rugilah kalau baru beli kereta tapi dah ada bau tak menyenangkan, bukan? Cari je pewangi yang anda gemari di mana-mana kedai di luar sana. Banyak sangat pilihan dan pasti ada satu yang kena dengan cita rasa anda!

    Kabel jumper kereta

    Malang tidak berbau. Enjin kereta anda boleh mati pada bila-bila masa, tanpa mengira tempat dan masa. Jadi, untuk elakkan anda daripada ‘tersadai’ dengan begitu lama di tepi jalan raya, anda bolehlah menggunakan kabel ‘jumper’ kereta untuk menghidupkan kembali kereta anda. 

    Anda boleh membeli kabel jumper di mana-mana kedai aksesori kereta ataupun secara online. Harganya adalah sekitar RM50 dan ke bawah sahaja. Selain itu, ada juga kabel jumper kereta jenis mudah alih di jual di pasaran di mana ia hanya menggunakan powerbank khas tanpa perlu menggunakan kuasa daripada kenderaan lain. Semestinya lebih mudah bukan!

    Semoga perkongsian ini berguna untuk anda!


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: