Maksud Pemandu Berisiko Tinggi

Profil pemandu berisiko tinggi boleh menjadi penyebab premium insurans menjadi lebih mahal berbanding pemandu berisiko rendah.

Insurans Kereta

Written by:

Untuk makluman semua pemilik kenderaan, salah satu faktor yang akan menentukan premium ketika memperbaharui insurans adalah risiko pemandu itu sendiri. 

Ia selepas pelaksanaan langkah Liberalisasi Tarif Insurans Motor oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak 1 Julai 2017, di mana kadar premium bagi perlindungan jenis Komprehensif dan polisi Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian Motor telah diliberalisasikan dan harga premium ditentukan oleh penanggung insurans serta pengendali takaful masing-masing. 

Susulan daripada langkah liberalisasi ini, lebih banyak faktor akan diambil kira bagi menentukan premium insurans kenderaan oleh syarikat insurans dan pengendali Takaful, termasuklah faktor risiko pemandu. 

Secara dasarnya, semakin tinggi risiko pemandu, maka semakin tinggilah premium yang akan dikenakan oleh syarikat insurans terhadap pemilik kenderaan.

Apakah maksud pemandu berisiko tinggi

Terdapat beberapa ciri atau kriteria yang akan menentukan seseorang itu pemandu yang tinggi risikonya ataupun tidak.

Di bawah ini kami kongsikan maksud/ ciri pemandu berisiko tinggi untuk pemahaman anda:

Usia pemandu

Pemandu muda berusia antara 17 hingga 23 tahun dianggap sebagai berisiko tinggi kerana statistik menunjukkan banyak kemalangan serius melibatkan pemandu dalam lingkungan usia ini. 

Selain itu, pemandu berusia 50 tahun dan ke atas juga berada dalam kategori ini kerana lebih cenderung untuk mempunyai tidak balas yang perlahan serta terdedah kepada penyakit yang boleh menjejaskan pemanduan, seperti Demensia, lemah jantung dan Parkinsons.

Usia kenderaan

Kereta yang sudah lama khususnya berusia 10 tahun ke atas lebih tinggi risikonya untuk rosak berbanding kereta baru. Jadi pemiliknya akan dikategorikan sebagai pemandu berisiko tinggi oleh syarikat insurans.

Jantina pemandu

Jangan terkejut ya! Menurut PIAM, berdasarkan kajian yang telah dilakukan di kebanyakan negara-negara maju, pemandu lelaki sebenarnya berada dalam kelompok pemandu yang mempunyai risiko lebih tinggi berbanding pemandu wanita.

Rekod tuntutan pemandu

Pemandu yang kerap terlibat dalam kemalangan dan membuat tuntutan insurans dianggap sebagai berisiko tinggi dan mungkin perlu membayar premium insurans yang lebih mahal semasa pembaharuan insurans.

Pemasangan sistem/ peranti kecurian

Untuk makluman anda, kenderaan yang tidak memiliki sistem keselamatan anti-kecurian juga dikategorikan sebagai lebih berisiko tinggi berbanding yang memilikinya.

Rekod kesalahan lalu lintas

Penting untuk anda tahu, mereka yang kerap dikenakan tindakan undang-undang dengan melanggar peraturan jalan raya dianggap lebih berisiko tinggi dan mungkin dikenakan premium yang lebih mahal. Jadi, sila pandu dengan selamat bukan sahaja untuk merendahkan premium insurans anda, bahkan juga demi keselamatan anda dan pengguna jalan raya lain. 

Elak jadi pemandu berisiko tinggi

Sedar atau tidak, profil anda penting dalam memastikan anda mendapat premium yang lebih rendah ketika memperbaharui insurans. Jadi, sila pastikan anda menjaga profil anda sebaik mungkin supaya anda tidak berada dalam kategori pemandu berisiko tinggi. 


Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: