Skip to content
Home » Hampir 4 Juta Pemilik Kenderaan Belum Renew Roadtax

Hampir 4 Juta Pemilik Kenderaan Belum Renew Roadtax

    3.78 juta pemilik kenderaan belum renew roadtax

    Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau lebih dikenali sebagai roadtax diketahui sememangnya wajib untuk dimiliki oleh setiap pemilik kenderaan berdaftar di Malaysia.

    Kegagalan mana-mana pemilik kenderaan untuk memaparkan roadtax yang sah boleh menyebabkan tindakan saman sebanyak RM300 dikenakan terhadap mereka seperti yang termaktub di bawah Akta JPJ 1987.

    Pengecualian pembaharuan roadtax

    Namun, anda juga pasti sudah sedia maklum bahawa kerajaan telah memberikan moratorium pengecualian pembaharuan roadtax sehingga 31 Disember ini susulan daripada pandemik Covid-19 yang melanda sejak awal tahun lalu.

    Ia secara tidak langsung membenarkan pemilik kenderaan untuk terus menggunakan kenderaan di jalan raya meskipun tiada roadtax yang sah, namun dengan syarat perlindungan insurans untuk kenderaan tetap perlu ada dan aktif.

    Perhatian! Berbaki sebulan sahaja lagi

    Moratium pengecualian pembaharuan roadtax akan tamat pada 31 Disember 2021

    Setelah moratorium pengecualian pembaharuan roadtax ini diberikan oleh kerajaan sejak pertengahan tahun ini, pemilik kenderaan rata-ratanya hanya memperbaharui insurans bagi memastikan ia sah digunakan di atas jalan raya.

    Namun sedarkah anda, hanya berbaki sebulan sahaja lagi sebelum moratorium ini tamat dan semua pemilik kenderaan wajib untuk memiliki semula roadtax yang sah bagi membolehkan kenderaan digunakan di jalan raya bermula 1 Januari 2022 nanti?

    Masih ramai belum renew roadtax

    Bagaimanapun, laporan yang dikeluarkan oleh JPJ memaklumkan bahawa sebanyak 3.78 juta kenderaan di seluruh negara dikesan masih belum memperbaharui roadtax setakat 16 November lalu.

    Ia dinyatakan sendiri oleh Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedly Fadly Ramli dalam satu laporan baru-baru ini. 

    Angka itu dilihat masih banyak meskipun pembaharuan roadtax secara walk-in di kaunter JPJ atau pejabat pos mahupun secara online sudah boleh dilakukan sejak September lalu.

    Jangan renew di saat akhir

    Kesesakan di JPJ boleh berlaku jika ramai pemilik kenderaan renew roadtax saat-saat akhir

    Justeru itu, semua pemilik kenderaan yang masih belum memperbaharui roadtax dinasihatkan untuk segera menghidupkan semula roadtax dan tidak menunggu hanya di saat-saat akhir kerana ia boleh menimbulkan kesesakan di kaunter JPJ dan pejabat pos.

    “JPJ memang menjangkakan berlaku serbuan pada saat-saat akhir kerana situasi itu adalah perkara biasa yang berlaku setiap kali tarikh akhir sudah semakin dekat. Serbuan luar jangka oleh orang awam itu nanti bukan sahaja akan berlaku di pejabat JPJ malah ia juga berlaku di pejabat pos,” kata Aedly.

    Anda perlu tahu bahawa sehingga ke hari ini, masih tiada lagi arahan daripada kerajaan untuk menyambung moratorium tersebut dan sebagainya. Justeru dengan isyarat ini, anda perlu sedar bahawa roadtax perlu segera diperbaharui untuk mengelakkan anda daripada disaman selepas 31 Disember nanti.

    Renew online lebih mudah

    Situasi pandemik Covid-19 yang masih melanda negara pada ketika ini mungkin menyebabkan anda berasa tidak begitu selesa untuk beratur dan bersesak di kaunter JPJ mahupun pejabat pos bagi memperbaharui roadtax.

    Namun, ia bukanlah alasan untuk anda tidak memperbaharuinya. ‘Jalan’ lain yang anda ada adalah memperbaharui roadtax dan insurans anda secara online seperti di Bjak. Roadtax anda bukan sahaja akan dihantar terus ke rumah, malah anda juga boleh mengaktifkan insurans dalam hanya 5 minit sahaja. 

    Tidak pasti cara untuk perbaharui roadtax dan insurans di Bjak? Jangan risau, lihat sahaja cara untuk memperbaharuinya menerusi perkongsian yang pernah dibuat sebelum ini. 

    Minta sebut harga percuma dalam hanya 3 minit sekarang.