Skip to content
Home » Nak Buat Hibah? Ketahui Dulu Rukun dan Syarat-syaratnya

Nak Buat Hibah? Ketahui Dulu Rukun dan Syarat-syaratnya

    Fahami makna Hibah

    Hibah merupakan pemberian atau ‘hadiah’ yang dilakukan oleh pemberi kepada penerima secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan ketika hayatnya. Hibah hanya berlaku apabila pemberi meninggal dunia sahaja.

    Sebelum melakukan hibah, anda perlulah mengetahui mengenai syarat-syarat dan rukunnya terlebih dahulu.

    Tanpa berlengah lagi, ayuh kita lihat apakah rukun dan syarat hibah yang perlu diikuti:

    Terdapat empat rukun hibah iaitu:

    1. Pemberi hibah
    2. Penerima hibah
    3. Barang/ harta hibah
    4. Akad

    Syarat bagi pemberi hibah adalah:

    1. Pemberi mestilah merupakan pemilik harta
    2. Dilakukan dengan rela hati dan tanpa paksaan
    3. Waras
    4. Cukup umur
    5. Layak untuk menguruskan hartanya

    Syarat bagi penerima hibah pula adalah:

    1. Mestilah masih hidup ketika hibah berlaku
    2. Layak (cukup umur) untuk terima barang hibah. Sekiranya masih belum cukup umur, barang atau harta tersebut akan dipegang dahulu oleh pemegang amanah yang dilantik.

    Syarat bagi barang atau harta yang boleh dihibahkan:

    1. Harta tersebut perlulah disahkan oleh syarak
    2. Harta tersebut perlu wujud ketika ijab dan qabul berlaku
    3. Harta tersebut perlulah bernilai
    4. Harta tersebut merupakan milik pemberi hibah

    Syarat akad hibah

    1. Lafaz ijab dan qabul
      • Lafaz ijab – lafaz yang diungkapkan oleh pemberi hibah kepada penerima
      • Lafaz qabul – lafaz yang diungkapkan oleh penerima sebagai tanda menerima harta tersebut

    2. Tidak bertempoh

    Hukum hibah

    Hukum melakukan hibah adalah sunat dan digalakkan dalam Islam.

    Kadar yang boleh diserahkan

    Berbeza dengan faraid atau wasiat, kadar harta yang boleh diberikan kepada penerima adalah tidak terhad kepada 1/3 sahaja dan ia boleh dilaksanakan tanpa persetujuan waris.

    Perlu juga anda ketahui bahawa hibah boleh diberikan kepada penerima tertentu samada ahli keluarga atau bukan ahli keluarga atas dasar kasih sayang.

    Jadi, lakukanlah perancangan dari awal dan uruskan harta pusaka anda dengan baik dan menurut syarak.

    Bjak turut menyediakan pelan perlindungan Takaful dari harga serendah RM150/ bulan. Dapatkan perlindungan Takaful dari sekarang dan lakukan hibah untuk yang tersayang. Jika anda terdapat persoalan mengenai perlindungan Takaful, sila jangan teragak-agak untuk bercakap ejen tanpa komisen kami pada bila-bila masa.