Nak Pergi Bercuti Sempena Cuti Sekolah? Jom Lihat Dulu Checklist Ini Sebelum Mulakan Perjalanan Anda!

Jangan lupa untuk memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik sebelum mulakan perjalanan untuk bercuti sempena cuti sekolah.

Info

Written by:

Musim cuti sekolah sudah bermula! Ibu ayah di luar sana pastinya teruja untuk membawa anak-anak pergi bercuti kan? Apatah lagi ini dah hujung tahun. Pasti anda ingin meluangkan masa bersama anak-anak anda selepas hampir setahun bekerja keras mencari rezeki.

Namun untuk yang merancang ingin bercuti di dalam negara sahaja menggunakan pengangkutan darat seperti kereta, terdapat beberapa perkara yang anda perlu berikan perhatian dahulu sebelum memandu sempena musim cuti sekolah ini!

Ini bagi memastikan perjalanan anda dan keluarga lebih lancar dan selamat sepanjang tempoh percutian. 

Checklist sebelum mulakan perjalanan sempena cuti sekolah

Periksa mileage

Periksa mileage atau tempoh servis kereta anda

Penting! Sebelum ingin memulakan perjalanan jauh, pastikan anda lihat dan periksa tempoh servis atau mileage pada kereta anda. Jika salah satunya sudah menghampiri had yang ditetapkan, pastikan anda hantar sahaja kereta anda untuk diservis. Buat janji temu dari sekarang dengan pusat servis jenama kenderaan anda supaya anda tidak terlepas. Jangan bertangguh ya!

Periksa tayar

Pastikan tayar kereta berada pada tekanan yang secukupnya

Tayar merupakan satu-satunya komponen yang menghubungkan kereta anda dengan jalan raya. Cengkaman tayar (tyre grip) adalah elemen yang paling kritikal apabila berlaku keadaan yang mencemaskan.

Jadi, adalah sangat penting untuk anda memeriksa tayar kereta anda dan melihat sama ada ia mempunyai tekanan yang optimum dan bunga tayar masih berada dalam kondisi yang bagus.

Periksa brek

Sistem brek penting bagi keselamatan anda ketika memandu

Checklist ketiga yang anda perlu lakukan adalah memeriksa brek kereta anda. Ia sangat penting bagi memastikan pemanduan anda sepanjang perjalanan selamat dan mengurangkan risiko berlakunya kemalangan.

Brake pad bukan satu-satunya komponen yang terlibat dalam ‘proses’ memberhentikan kereta anda. Anda juga perlu memastikan minyak brek diperiksa bagi memastikan ia berada pada tahap yang disyorkan.

Periksa minyak enjin

Minyak enjin penting untuk memastikan kereta anda senyap (lancar) dan perjalanan jauh tidak mengalami masalah

Untuk makluman anda, minyak enjin acap kalinya akan ditukar setiap kali kereta anda dihantar ke pusat servis. Namun jika anda tidak menghantar kereta ke pusat servis, anda juga boleh memeriksa dan menukarnya sendiri menggunakan minyak enjin yang berkualiti. 

Caranya mudah sahaja, letakkan oil dipstick untuk melihat warna dan takat yang disyorkan. Dalam pada itu, anda diingatkan untuk tidak membiarkan minyak enjin kereta melebihi had yang ditetapkan kerana ini boleh meninggalkan keladak yang akan melekat dan menebal pada bahagian dalam enjin. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah lain pada enjin kelak.

Ingat, minyak enjin penting untuk memastikan kereta anda senyap (lancar) dan perjalanan jauh tidak mengalami masalah.

Periksa aircond

Periksa kondisi aircond kereta anda

Sila periksa aircond kereta anda dengan menghidupkan suhu maksimum dingin dan suhu maksimum blower

Kipas aircond perlu berputar dan periksa sign glass untuk lihat kondisinya. Ia tidak boleh mempunyai buih udara di dalamnya. Jika terdapat buih, maka gas berada dalam tahap rendah atau berlaku kebocoran paip.

Wipers

Wiper memainkan peranan yang amat penting terutamanya ketika cuaca hujan

Mungkin ada yang terlepas pandang. Namun sebelum mulakan perjalanan jauh, pastikan wiper kereta anda berada dalam keadaan yang baik. Ini bagi mengelakkan penglihatan anda daripada terganggu khususnya ketika waktu hujan. Jika wiper kereta anda dilihat seolah-olah tidak mampu mengelap air dengan baik lagi, maka anda dinasihatkan untuk menukarnya dengan segera.

Untuk ketahui cara-cara memilih wiper yang terbaik, sila rujuk pada artikel yang pernah Bjak kongsikan sebelum ini.

Periksa lampu

Periksa lampu kenderaan anda

Jangan lupa untuk lakukan pemeriksaan pada setiap jenis lampu yang ada pada kenderaan anda. Ia penting bagi memastikan anda kekal memandu dalam keadaan selamat terutamanya pada cuaca gelap atau hujan. 

Pastikan anda periksa lampu-lampu ini:

  • Lampu hadapan
  • Lampu belakang
  • Lampu brek
  • Lampu signal
  • Lampu amaran kecemasan
  • Lampu kabus
  • Lampu undur

Bateri

Tukar bateri kereta sekiranya merasakan ia sudah lemah

Bergantung pada kenderaan yang anda pandu, jangka hayat bateri pada kebiasaannya bertahan selama purata kira-kira dua tahun. Jika anda merasakan bahawa bateri kereta anda sudah lama tidak ditukar, sila buat pemeriksaan dan tukarnya dengan segera.

Antara tanda-tanda awal bateri kereta anda lemah adalah apabila enjin kereta anda susah atau tidak boleh dihidupkan.

Top up kad Touch ‘n Go anda

Pastikan kad Touch 'n Go anda mempunyai baki yang mencukupi

Sekarang ini, semua tol di lebuh raya memerlukan anda menggunakan kad Touch ‘n Go untuk anda melepasinya. Jadi, jangan lupa untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go (kalau boleh untuk pergi dan balik terus) bagi memastikan perjalanan anda lancar dan mengelak daripada berlakunya kesesakan di tol.

Kini, di mana-mana sahaja anda boleh tambah nilai kad Touch ‘n Go anda. Malah secara online juga boleh iaitu menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Jadi tiada alasan lagi ya!

Pastikan insurans dan roadtax belum tamat tempoh

Pastikan insurans dan roadtax kereta anda masih sah

Ini juga penting! Sebelum memulakan perjalanan sempena cuti sekolah, pastikan kereta anda dilindungi dengan insurans terbaik dan mempunyai roadtax yang masih belum tamat tempoh. Bukan sahaja untuk mengelakkan saman ketika melalui sekatan jalan raya, malah ia sangat penting untuk memastikan anda diberikan perlindungan oleh syarikat insurans andai kata berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Renew segera hari ini jika insurans dan roadtax anda sudah hampir tamat tempoh. Untuk perbaharui insurans, anda hanya perlukan masa kurang daripada 10 minit sahaja apabila lakukan secara online di Bjak.

Jangan ambil remeh ya. Ini bagi mengelakkan anda berdepan dengan beban kewangan sekiranya terlibat dalam kemalangan. 

Semoga perjalanan anda selamat dan lancar. Jangan lupa untuk semak dan lakukan checklist di atas bagi memastikan kenderaan yang dipandu oleh anda berada dalam keadaan baik.

Hargai nyawa anda dan yang tersayang!


Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: