Skip to content
Home » PEKEMA Sasar Jualan 500 Unit Tesla Setahun

PEKEMA Sasar Jualan 500 Unit Tesla Setahun

    Tesla dijual di Malaysia

    Dalam pembentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah membentangkan cadangan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik atau electric vehicle (EV). Turut dibentangkan ialah cadangan pengecualian cukai jalan sehingga 100% untuk kenderaan EV.

    Cadangan-cadangan tersebut dibuat berdasarkan potensi kenderaan elektrik yang mempunyai ciri-ciri jimat tenaga (energy efficient) yang dapat mengurangkan pencemaran udara.

    Susulan cadangan tersebut, Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) telah mensasarkan jualan sebanyak 500 unit Tesla setahun sepanjang tempoh dua tahun pengecualian cukai dan eksais untuk kenderaan EV.

    Sekiranya anda berhajat untuk mendapatkan kereta elektrik Tesla, kami kongsikan di sini info tentang kereta elektrik tersebut yang ditawarkan di Malaysia.

    Model Tesla

    Menurut laporan Paultan, PEKEMA telah mengambil hampir 40 unit tempahan bagi kereta Tesla. Unit-unit yang telah ditempah dijangka akan tiba dan diserahkan kepada pemilik bermula Januari 2022. 

    Antara model yang paling mendapat sambutan ialah Model 3 dan Model Y. Model Tesla lain yang turut ditawarkan ialah Model X dan Model S. 

    Model 3

    Model Y

    Model X

    Model S

    Warna dan tayar kereta

    Anda boleh mendapatkan kereta Tesla untuk model-model di atas dalam 5 pilihan warna pada harga yang berbeza seperti di bawah:

    • Putih (Tiada caj tambahan)
    • Hitam (+RM6,600)
    • Silver Metallic (+RM6,600)
    • Deep Blue (+RM6,600)
    • Red Multi Coat (+RM12,600)

    Saiz tayar berbeza juga ditawarkan bergantung kepada model seperti di bawah:

    • 18 inci (Tiada caj tambahan – Model 3)
    • 19 inci (Tiada caj tambahan – Model Y)
    • 19 inci (+RM9,000 – Model 3)
    • 20 inci (+RM12,600 – Model Y)
    • 22 inci (+RM33,000)

    Kereta Tesla dibawa masuk dari Hong Kong dan United Kingdom

    Menurut PEKEMA, kereta Tesla yang dijual dibawa masuk ke Malaysia dari Hong Kong. Selain itu, PEKEMA juga mempunyai kuota untuk membawa masuk kereta Tesla dari United Kingdom (UK). Tetapi terdapat perbezaan dari segi harga dan spesifikasi infotainmen kereta Tesla yang dibawa dari kedua-kedua negara tersebut.

    Tesla Model 3 yang dibawa masuk dari UK dijual pada harga bermula daripada RM323,928. Sementara itu, Tesla Model 3 yang dibawa masuk dari Hong Kong dijual pada harga yang lebih rendah bermula daripada RM288,888. 

    Dari segi spesifikasi infotainmen pula, sistem infotainmen untuk kereta Tesla yang dibawa masuk dari UK dilengkapi dengan sistem hiburan lengkap manakala kereta Tesla yang dibawa masuk dari Hong Kong tidak dilengkapi dengan sistem hiburan lengkap.

    Jaminan bagi model Tesla yang dibeli daripada PEKEMA 

    Berdasarkan laporan Paultan, Naib Presiden PEKEMA iaitu Raja Petra Marudin menyatakan setiap unit yang dibawa masuk oleh PEKEMA adalah unit baru dan bukannya terpakai atau secondhand

    Jaminan yang diberikan sama dengan jaminan antarabangsa yang diberikan oleh Tesla iaitu selama 8 tahun untuk bateri atau motor elektrik, yang boleh dituntut dari negara asal kereta berkenaan. Peralatan atau hardware lain pula mempunyai jaminan selama 4 tahun. 

    Berikut pula merupakan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh PEKEMA kepada pelanggannya dengan kos berasingan:

    • Pemasangan kad SIM penyedia telekomunikasi tempatan ke dalam kereta untuk membolehkan kemasikini secara Over-The-Air (OTA)
    • Memuat turun dan membuat tetapan bagi aplikasi Tesla untuk kegunaan telefon pintar pelanggan
    • Mengemaskini sistem peta dan navigasi untuk kegunaan di Malaysia
    • Menaiktaraf peranti dan perisian bagi sistem yang digunakan pada kereta
    • Remote diagnosis atau diagnosis kereta dari jauh melalui sistem Tesla untuk mengesan masalah yang mungkin ada
    • Gantian alat atau komponen

    Selain itu, PEKEMA juga telah menghantar beberapa juruteknik mereka ke Tesla Singapura sebagai persiapan untuk menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan. Dalam situasi tertentu, juruteknik PEKEMA juga boleh membuat kerja-kerja pembaikan kecil terus di rumah pelanggan. 

    Pengecas kereta elektrik  

    Menerusi PEKEMA, pengguna kereta elektrik Tesla boleh menggunakan kemudahan pengecasan pantas DC (direct current) yang disediakan di premis-premis ahli PEKEMA.

    Setakat ini, terdapat 7 stesen pengecas yang disediakan oleh PEKEMA di Malaysia. Untuk kemudahan pelanggan, PEKEMA akan menambahkan 5 lagi stesen pengecas menjelang hujung tahun 2021 menjadikan jumlah keseluruhan stesen pengecas sebanyak 12 stesen. 

    Pengecas kereta elektrik Tesla 
    Sumber: Tesla Hong Kong

    Perbandingan model 3, Y, X dan S

    Kami telah kongsikan model-model Tesla yang ditawarkan di Malaysia.

    Berikut dikongsikan pula spesifikasi terperinci untuk Model 3, Y, X dan S, untuk memudahkan anda membandingkan keempat-empat model:

    Model TeslaModel 3Model YModel XModel S
    SpesifikasiRear Wheel DriveLong RangePerformanceLong RangePerformanceBasic XX PlaidBasic SS Plaid
    Jarak (Range)272 batu (anggaran)358 batu (anggaran)315 batu (anggaran)330 batu (anggaran)303 batu (anggaran)348 batu (anggaran)333 batu (anggaran)405 batu (anggaran)396 batu (anggaran)
    Pecutan (Acceleration)5.8 saat
    0-60 batu/jam
    4.2 saat
    0-60 batu/jam
    3.1 saat
    0-60 batu/jam
    4.8 saat
    0-60 batu/jam
    3.5 saat
    0-60 batu/jam
    3.8 saat
    0-60 batu/jam
    2.5 saat
    0-60 batu/jam
    3.1 saat
    0-60 batu/jam
    1.99 saat
    0-60 batu/jam
    Kelajuan Tertinggi (Top Speed)140 batu/jam145 batu/jam162 batu/jam135 batu/jam155 batu/jam155 batu/jam163 batu/jam155 batu/jam200 batu/jam
    Pemanduan (Drive)RWDAWD Dual MotorAWD Dual MotorAWD Dual MotorAWD Dual MotorAWD Dual MotorAWD Tri MotorAWD Dual MotorAWD Tri Motor
    Tempat Duduk (Seating Capacity)555757755
    Kapasiti Kargo (Cargo Capacity)23 kaki padu23 kaki padu23 kaki padu76 kaki padu76 kaki padu88 kaki padu88 kaki padu28 kaki padu28 kaki padu
    HargaRM323,928RM370,728RM453,528RM417,528RM489,528RM817,128RM950,328RM712,656RM878,256

    Tempahan kereta elektrik Tesla

    Berminat untuk mendapatkan kereta elektrik Tesla?

    Teliti dahulu perkara-perkara penting seperti ciri-ciri, harga, waranti, stesen pengecas, kos penyelenggaran serta insurans kereta tersebut. 

    Sekiranya anda berminat, anda boleh hubungi PEKEMA untuk maklumat tentang tempahan model Tesla pilihan anda.


    Bjak menawarkan kemudahan memperbaharui insurans kenderaan dan roadtax secara online. Renew insurans dan roadtax anda di Bjak.my di mana sahaja anda berada. Dapatkan sebut harga insurans kereta percuma dalam hanya 3 minit hari ini. 

    Tags: