Skip to content
Home » Penyambung Tali Pinggang Keledar: Bila Anda Patut Gunakannya Dengan Selamat?

Penyambung Tali Pinggang Keledar: Bila Anda Patut Gunakannya Dengan Selamat?

    penyambung tali pinggang keledar

    Jika anda mendapati diri anda bergelut untuk memasang tali pinggang keledar di tempat duduk atau tali pinggang itu terlalu pendek untuk dipasang pada badan anda, maka penyambung tali pinggang keledar boleh digunakan bagi membantu anda.

    Sejak kebelakangan ini, penyambung tali pinggang keledar ini sering diiklankan untuk memudahkan kanak-kanak, orang berbadan besar, ibu mengandung, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, alat itu sering menjadi topik perdebatan kerana keselamatan penggunaannya.

    Dalam sesetengah kes, ia diiklankan sebagai penyelesaian tetapi ia juga dilaporkan telah menyebabkan kecederaan parah dan juga kematian kepada pengguna. Teruskan membaca artikel ini kerana kami akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai penggunaan penyambung tali pinggang keledar terhadap individu.

    Apakah kegunaan penyambung tali keledar?

    Tali pinggang keledar merupakan satu peranti keselamatan kenderaan yang memainkan peranan penting untuk melindungi pemandu atau penumpang daripada pergerakan berbahaya yang mungkin berlaku semasa pelanggaran. Tetapi apa yang berlaku jika anda tidak boleh menggunakan tali pinggang keledar yang ada pada kenderaan?

    Di sinilah penyambung ini akan digunakan sebagai bahagian tambahan bagi menjadikan tali pinggang keledar lebih panjang. Ideanya adalah untuk memudahkan individu berbadan besar menggunakan tali pinggang keledar dengan bantuan alat ini. 

    Ia datang dalam pelbagai saiz dan panjang biasanya adalah sehingga 24 inci (60.9cm). 

    Bila hendak menggunakan penyambung tali kedelar?

    Penyambung tali keledar sebenarnya satu aksesori yang bagus ada pada mana-mana kenderaan dan boleh membantu memastikan keselamatan atau keselesaan seseorang individu.

    Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa ia hanya selamat untuk digunakan di tempat duduk kereta pada orang dewasa dalam keadaan tertentu. Penyambung tali keledar ini sangat selamat jika digunakan dalam keadaan berikut sahaja:

    • Tempat duduk kereta dan kapal terbang yang sudah dilengkapi dengan tali pinggang keledar dipasang di kilang yang memenuhi piawaian sedia ada
    • Bagi orang dewasa yang mempunyai saiz badan yang lebih besar, obesiti, atau mempunyai mobiliti/ketidakupayaan terhad yang tidak boleh dimuatkan pada panjang tali pinggang keledar biasa
    • Merupakan produk original yang dikeluarkan oleh pengeluar terkemuka dan telah mematuhi semua piawaian dan peraturan yang ditetapkan 

    Mengapa bahaya menggunakan penyambung tali keledar?

    Walaupun ia mungkin kelihatan remeh pada anda, penggunaan tali pinggang keledar bagaimanapun berisiko kepada pemandu dan penumpang. Ia boleh membawa kepada peningkatan dalam kemalangan yang lebih teruk, dan seterusnya mengurangkan keberkesanan tali pinggang keledar. Inilah yang menyebabkan tali pinggang keledar berbahaya pada masa-masa tertentu.

    • Penyambung tali keledar boleh menyebabkan kegagalan ketika dalam kemalangan

    Ketika menggunakan penyambung tali keledar, adalah amat penting untuk pengguna menyeleraskannya mengikut keselesaan anda. Pastikan ia sepadan dengan ‘kepala’ tali pinggang keledar yang digunakan dalam kenderaan tertentu.

    Contoh: Penyambung tali keledar daripada pengeluar kenderaan (Honda) tidak bermakna ia akan sepadan dengan semua kenderaan Honda.

    Apa yang berlaku jika penyambung tersebut tidak sepadan dengan ‘kepala’ tali pinggang keledar yang ada pada kenderaan? Terdapat kemungkinan besar penyambung anda tidak akan dapat memastikan tali pinggang keledar tetap diikat apabila daya yang berlebihan dikenakan dalam kemalangan, oleh itu, membahayakan individu.

    • Penyambung boleh menukar geometri tali pinggang keledar pada badan

    Penyambung tali keledar menukar geometri tali pinggang keledar pada badan. Bagaimanakah ia akan memberi kesan?

    Penyambung ini akan membuatkan ‘kepala’ tali keledar lebih panjang. Apabila penyambung tali keledar semakin panjang, tali pinggang di bahagian bahu bergerak lebih jauh dari tulang kolar dan ke lengan individu. Untuk keselamatan, tali pinggang pada bahu mesti berada pada tulang kolar untuk menahan dada dan kepala ke belakang dengan betul semasa kemalangan.

    Bila anda TIDAK BOLEH menggunakan penyambung tali keledar?

    Penyambung tali keledar tidak selamat apabila digunakan untuk:

    • Kerusi keselamatan kanak-kanak
    • Kanak-kanak
    • Wanita hamil (kecuali saiz badannya tidak membolehkan tali pinggang keledar biasa digunakan)
    • Orang dewasa yang tidak mempunyai keperluan untuk menggunakannya

    Gunakan penyambung hanya apabila diperlukan

    Sila pastikan anda hanya menggunakan penyambung tali keledar jika perlu sahaja, mengikut cara yang betul. 

    Jika anda perlu menggunakannya, pastikan anda membeli penyambung yang serasi dengan kenderaan anda sahaja.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: