Skip to content
Home » Soalan Lazim Mengenai Perlindungan Cermin Depan Kereta

Soalan Lazim Mengenai Perlindungan Cermin Depan Kereta

    perlindungan cermin kereta

    Cermin depan kereta atau windscreen diketahui antara komponen kereta yang paling terdedah dengan kerosakan. Jika bukan berpunca daripada kemalangan sekalipun, ia boleh retak atau rosak disebabkan oleh kenderaan lain, contohnya pantulan serpihan batu kecil daripada kenderaan berat. 

    Disebabkan itu, perlindungan cermin kereta sangat digalakkan untuk diambil ketika anda perbaharui insurans dengan pelan komprehensif. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perlindungan cermin kereta ini, sila rujuk soalan-soalan lazim yang akan dikongsikan di bawah:

    Apakah itu perlindungan insurans windscreen dan bagaimana ia berfungsi?

    fungsi perlindungan insurans cermin kereta

    Sama seperti namanya, insurans untuk cermin depan kereta memberi perlindungan kepada windscreen tersebut daripada sebarang keretakan atau kerosakan. Secara amnya, perlindungan ini akan membolehkan pemilik kenderaan claim insurans bagi membaiki atau menggantikan cermin yang telah rosak tanpa sebarang caj tambahan mahupun penolakan NCD. 

    Adakah semua pemilik kenderaan di Malaysia wajib mengambil perlindungan cermin kereta?

    Tidak. Perlindungan ini tidak diwajibkan oleh pemilik kenderaan, termasuklah pemilik kereta. Bagaimanapun, anda mempunyai pilihan dan digalakkan untuk menambah perlindungan ini apabila memperbaharui insurans dengan pelan komprehensif pada setiap tahun.

    Mengapa? 

    Ini penting untuk menjaga NCD anda. Andai kata cermin anda rosak dan perlu diganti, anda boleh claim insurans bagi menggantikannya dengan yang baharu tanpa sebarang penolakan kadar NCD semasa anda.

    Berapakah harga yang perlu ditambah untuk mendapatkan perlindungan cermin kereta?

    Biasanya, premium untuk perlindungan tambahan bagi cermin kereta adalah sekitar 15% daripada jumlah diinsuranskan untuk cermin kereta. Jadi, andai kata harga untuk cermin kereta anda adalah RM800, anda perlu membayar sebanyak RM120 untuk premium bagi perlindungan ini, setahun.

    Anda juga boleh rujuk perkongsian artikel kami pada sebelum ini bagi mengetahui jumlah yang anda perlu bayar untuk mendapatkan perlindungan cermin kereta bagi setiap jenama dan model kenderaan.

    Bagaimanakah cara untuk saya menentukan jumlah perlindungan yang sepatutnya diambil bagi cermin kereta?

    Jumlah perlindungan yang sesuai untuk insurans cermin depan kereta adalah berbeza-berbeza bergantung kepada beberapa faktor:

    • Keperluan anda
    • Bajet anda
    • Jenis/ model kenderaan anda
    • Nilai kenderaan anda: lebih tinggi nilai kenderaan anda, lebih tinggi jumlah perlindungan yang diperlukan

    Adakah syarikat insurans berhak untuk menolak permohonan saya bagi mendapatkan insurans windscreen?

    Ya, sesetengah pemilik kenderaan mungkin pernah berdepan situasi di mana permohonannya untuk menambah insurans ditolak oleh pihak insurans. Ini mungkin disebabkan oleh:

    • Faktor usia kereta – sesetengah syarikat insurans mungkin mengenakan had umur kenderaan yang layak untuk beli insurans cermin kereta. Kenderaan yang sudah lama mungkin tidak lagi layak untuk mendapatkan perlindungan ini.

    Adakah syarikat insurans berhak menolak claim saya untuk penggantian cermin kereta?

    Faktor yang menyebabkan claim insurans cermin kereta ditolak

    Ya, syarikat insurans mungkin akan menolak claim anda kerana:

    • Kerosakan/ keretakan tersebut adalah kerosakan sedia ada – Sesetengah syarikat insurans tidak akan menerima claim insurans yang dibuat bagi kerosakan sedia ada (contohnya, cermin sudah retak sejak beberapa tahun lalu)
    • Jenis kerosakan: kerosakan cermin kereta akibat bencana alam atau kecurian mungkin ditolak
    • Pembaikan yang tidak sah: Biasanya syarikat insurans tidak akan menerima claim anda jika didapati ia ditukar/ diganti di bengkel BUKAN panel/ diiktiraf oleh syarikat insurans.

    Cermin kereta retak tapi saya tiada insurans cermin kereta. Bolehkah saya tetap claim insurans di bawah polisi asas?

    Ya, boleh. Namun anda perlulah:

    • Mempunyai polisi komprehensif
    • Polisi anda masih sah

    Bagaimanapun, ada akibat yang perlu anda tanggung iaitu kadar NCD anda akan menjadi 0% semula dan secara tidak langsung premium yang perlu anda bayar ketika pembaruan insurans di tahun berikutnya menjadi mahal. 

    Apakah cara untuk saya claim insurans cermin kereta?

    Caranya sangat mudah! Anda hanya perlu:

    1. Hantar kereta anda ke bengkel panel yang diiktiraf oleh syarikat insurans anda. Sekiranya anda tidak pasti, segera hubungi talian awam syarikat insurans anda.
    2. Isi borang tuntutan di bengkel tersebut. Pastikan anda beritahu pekerja di bengkel bahawa anda ingin membuat tuntutan daripada syarikat insurans anda.
    3. Selepas pembaikan, anda boleh bawa pulang kereta anda. Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk mana-mana caj pembaikan dan juga kos buruh.

    Semoga perkongsian ini bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: