Skip to content
Home » Perodua Myvi 2022: Info Terkini

Perodua Myvi 2022: Info Terkini

    Myvi 2022

    Perodua Myvi yang terkenal dengan gelaran ‘King of Highway’ sudah mencuri hati ramai pemilik kereta di Malaysia. Oleh itu, tidak hairan jika peminat-peminat Myvi sudah tidak sabar menanti keluaran Perodua Myvi 2022. Untuk makluman anda, menerusi laman web Perodua, Myvi terbaru ini akan didedahkan secara eksklusif di media sosial rasmi Perodua pada 18 November, pukul 9.00 malam. 

    Kami tahu anda juga tak sabar menanti. Oleh itu, kami kongsikan di sini info terkini tentang Perodua Myvi 2022.

    Video teaser daripada Perodua yang menampilkan ciri-ciri keselamatan pada Perodua Myvi 2022

    Myvi 2022 hadir dalam 6 warna

    Antara yang paling dinantikan oleh penggemar-penggemar Myvi ialah warna Myvi edisi terbaru ini. Perodua Myvi terbaru ini menampilkan warna baru iaitu Cranberry Red, yang hanya tersedia untuk varian AV. Warna-warna lain ialah Electric Blue, Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver serta Ivory White (Solid). Lihat visual di bawah untuk warna-warna tersebut.

    Warna-warna Myvi 2022
    Warna-warna yang ditawarkan oleh Perodua untuk Myvi 2022

    Myvi 2022 mempunyai 5 varian bertransmisi auto

    Perodua Myvi terbaru ini mempunyai 5 varian bertransmisi auto iaitu varian 1.5 liter AV (Advance), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X serta dua varian 1.3 liter G

    Untuk pengetahuan anda, semua varian hanya didatangkan dalam transmisi automatik kerana Perodua telah menghentikan transmisi manual.

    Ciri-ciri terbaru Myvi 2022

    Berdasarkan penulisan Mekanika, berikut merupakan ciri-ciri terbaru Myvi 2022:

    1. Perodua Smart Drive Assist (PSDA) – PSDA merupakan ciri keselamatan terbaru yang ditawarkan oleh Perodua. PSDA meliputi Sistem Amaran Keluar Lorong, Sistem Penghalang Keluar Dari Lorong, Sistem Pemanduan Kawalan Dalam Lorong, Sistem Pemanduan Adaptif serta Lampu LED Pintar.

    2. Lampu LED pintar – Myvi terbaru ini mungkin didatangkan dengan teknologi adaptif yang berupaya mengoperasikan sendiri lampu tinggi dan rendah dengan bantuan sistem PSDA. Jika Myvi terbaru ini turut menggunakan sistem lampu adaptif seperti Perodua Ativa, lampu kiri dan kanan akan beroperasi secara individu bagi suluhan tinggi dan rendah. Ini menyebabkan lampu kabus mungkin tidak lagi diperlukan.

    3. Daytime Running Light (DRL) atau Lampu Pencahayaan Siang – Daytime Running Light (DRL) membantu agar kereta mudah dilihat dari jauh pada waktu siang ketika cuaca gelap, sekali gus meningkatkan aspek keselamatan.

    4. Kamera perakam digital – Kamera perakam digital yang sebelum ini hanya digunakan pada model Perodua Ativa dan Aruz sahaja kini diperkenalkan pada model Myvi terbaru.

    5. Transmisi baru Dual Mode CVT (DCVT) juga digunakan untuk Myvi 2022, menggantikan unit transmisi 4 kelajuan automatik. DCVT ini meningkatkan kecekapan bahan api daripada 21.1km/liter kepada 22.2km/liter bagi varian 1.3. Tetapi, tombol gear Myvi terbaru ini tidak mempunyai ciri Shiftronic seperti Perodua Ativa.

    6. Warna baru – Seperti sebelumnya, Perodua memperkenalkan warna baru apabila memperkenalkan model naiktaraf baru. Untuk Myvi 2022 ini, Perodua memperkenalkan warna baru iaitu Cranberry Red seperti yang dikongsikan di atas. Namun, warna ini hanya terhad kepada varian AV. Selain itu, warna Lava Red yang sebelum ini diperkenalkan untuk Perodua Aruz juga digunakan untuk Myvi terbaru ini.

    7. Stereng rekaan baru – Roda stereng lama Myvi digantikan dengan stereng rekaan model Ativa. Sama ada butang Power yang ada pada model Ativa disediakan juga pada model Myvi 2022 belum dapat dipastikan.

    8. Paparan meter digital sepenuhnya – Myvi terbaru ini dilengkapi dengan paparan meter digital sepenuhnya dengan warna yang menawarkan infografik yang lebih menarik.

    9. Kemasan warna merah corong penyaman udara – Kemasan krom pada bahagian corong penyaman udara digantikan dengan kemasan warna merah.

    Harga Myvi 2022

    Tertarik untuk dapatkan Myvi terbaru ini?

    Untuk pengetahuan anda, julat harga bagi Myvi 2022 ini ialah daripada RM45,700 hingga RM58,800 (untuk Semenanjung Malaysia dan tanpa insurans serta tanpa cukai jualan.)

    Sekiranya anda bercadang untuk dapatkan Myvi terbaru ini, eloklah anda mendapatkannya sekarang atau selewat-lewatnya pada 30 Jun 2022 untuk menikmati harga tanpa cukai jualan kereta. Memandangkan pengecualian cukai jualan kereta hanyalah sehingga 30 Jun 2022, anda disarankan untuk rebut peluang ini jika anda bercadang untuk membeli kereta.

    Harga cermin kereta Myvi 2022

    Cermin kereta atau windscreen Myvi 2022 dianggarkan berharga sekitar RM1,000. Harga ini berdasarkan harga cermin kereta Myvi Advanced (2018+) untuk tahun 2021. 

    Seperti yang anda sedia maklum, windscreen ialah komponen yang sangat terdedah kepada risiko untuk retak atau pecah. Jadi, untuk menjimatkan wang anda, anda disarankan untuk turut mendapatkan perlindungan tambahan cermin kereta

    Dengan adanya perlindungan tambahan ini, anda dapat membuat tuntutan insurans untuk menggantikan atau membaiki cermin kereta anda, tanpa menjejaskan No Claim Discount (NCD) sedia ada. 

    Premium tambahan untuk perlindungan cermin kereta hanyalah 15% daripada jumlah diinsuranskan untuk cermin kereta. Jadi, sekiranya cermin kereta Myvi terbaru ini berharga RM1,000, premium tambahan yang perlu anda bayar hanyalah sebanyak RM150.

    Harga roadtax Myvi 2022

    Harga roadtax Myvi 2022 yang dianggarkan pula ialah seperti di bawah. Harga-harga yang diletakkan adalah berdasarkan harga-harga roadtax tahun 2021 untuk Perodua Myvi 1.3 dan 1.5.

    Model & Kapasiti Enjin Semenanjung Malaysia*Sabah & Sarawak**
    Myvi 1.3RM70RM56
    Myvi 1.5RM90RM72
    Nota: *Harga roadtax di Pangkor dan Langkawi ialah 50% daripada harga roadtax di Semenanjung Malaysia.
    **Harga roadtax di Labuan ialah 50% daripada harga roadtax di Sabah dan Sarawak.

    Tempahan Myvi 2022 telah dibuka

    Jika anda berminat untuk mendapatkan Myvi terbaru ini, anda boleh mula membuat tempahan di pautan https://bit.ly/PeroduaBookOnline atau membuat tempahan di mana-mana showroom Perodua berdekatan anda.

    Dapatkan insurans terbaik untuk kereta anda

    Kami telah kongsikan di atas info terkini yang anda perlu tahu tentang Perodua Myvi 2022. Di samping mendapatkan kereta yang terbaik, anda juga perlu mendapatkan insurans kereta yang terbaik.

    Untuk melindungi anda dan kereta kesayangan anda, kami sarankan anda untuk bandingkan insurans kereta yang ada di pasaran. Seperti membeli kereta, anda juga perlu bandingkan jenis perlindungan insurans, manfaat serta harga yang ditawarkan.

    Mudah sahaja untuk anda mendapatkan insurans kereta terbaik. Cuma layari Bjak dan dapatkan sehingga 15 sebut harga secara percuma. 

    Layari Bjak.my hari ini untuk perlindungan insurans kereta terbaik pada harga yang paling menjimatkan.

    Tags: