Skip to content
Home » Harga Roadtax Vellfire 3.5 Berapa?

Harga Roadtax Vellfire 3.5 Berapa?

    roadtax vellfire 3.5

    Berapa harga roadtax Vellfire 3.5? Perkongsian kali ini khusus kepada pemilik kereta Toyota Vellfire 3.5 yang ingin mengetahui harga roadtax atau cukai jalan yang perlu dibayar pada setiap tahun. Apabila sudah tahu harga, bajet pun mudah untuk ditetapkan!

    Namun sebelum itu, jom ketahui dahulu beberapa perkara mengenai roadtax kereta anda.

    Apa yang pemilik kereta wajib ada?

    Sebagai pemilik kereta tidak kiralah apa jenama kereta sekalipun, anda wajib memiliki tiga perkara ini bagi memastikan kenderaan anda boleh dipandu secara sah di atas jalan raya:

    i. Lesen memandu kereta

    ii. Insurans kereta

    iii. Roadtax kereta

    Dan perlu anda tahu juga, ketiga-tiga perkara di atas memainkan peranan yang berbeza di mana:

    1. Lesen memandu berfungsi atau penting untuk membuktikan bahawa anda telah menjalani dan lulus ujian untuk memandu dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
    2. Insurans kereta berperanan untuk memberikan perlindungan khususnya daripada tuntutan pihak ketiga terhadap pemilik kenderaan sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri mereka atau kenderaan akibat daripada kemalangan yang berpunca daripada anda. 
    3. Roadtax kereta yang dibayar digunakan sebagai keperluan utama pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) bagi membaiki, membina, dan menaik taraf jalan raya di Malaysia.

    Bila anda perlu renew roadtax Vellfire 3.5?

    Anda hanya boleh renew roadtax Vellfire 3.5 sebaik sahaja anda selesai memperbaharui insurans untuk kereta tersebut. Tanpa perlindungan insurans kereta yang sah, proses untuk pembaharuan roadtax Vellfire 3.5 tidak akan dapat diteruskan baik secara online mahupun offline.

    Untuk lebih mudah, anda boleh mencari platform yang membolehkan anda untuk perbaharui kedua-dua insurans dan roadtax sekaligus, seperti Bjak. Bukan sahaja kedua-duanya akan diaktifkan secara serta-merta, malah anda juga boleh mendapatkan lebih penjimatan untuk insurans kereta anda.

    Harga roadtax Vellfire 3.5

    Harga roadtax kereta adalah berbeza mengikut beberapa faktor. Faktor utama yang memainkan peranan dalam penentuan harga roadtax kereta adalah kapasiti enjin, lokasi geografi, jenis kenderaan serta pemilikan kenderaan. 

    Untuk harga roadtax Vellfire 3.5 (cc), anggaran harganya adalah seperti di bawah:

    Semenanjung Malaysia: RM2,440.00

    Sabah & Sarawak: RM1503.00

    Labuan: RM751.50

    Nota: Kereta Toyota Vellfire 3.5 dikategorikan sebagai kenderaan jenis non saloon jadi biasanya harga roadtax akan lebih mahal berbanding kenderaan jenis saloon

    Adakah harga roadtax Vellfire berubah setiap tahun?

    Tidak. Biasanya, harga roadtax adalah tetap dan kekal sama pada setiap tahun selagi anda pemilik kenderaan yang sama.

    Berbeza dengan roadtax, harga insurans pula akan berubah dan berbeza-beza pada setiap tahun. Anda mungkin akan membayar harga insurans lebih murah pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya, dan juga sebaliknya. Disebabkan itu, sebelum renew insurans anda sangat digalakkan untuk membuat perbandingan terlebih dahulu dengan beberapa buah syarikat insurans bagi mendapatkan perlindungan pada harga terbaik.

    Bolehkah anda renew roadtax Vellfire 3.5 untuk 6 bulan?

    Untuk cukai jalan, anda mempunyai pilihan untuk memperbaharuinya bagi tempoh 6 bulan atau 12 bulan (1 tahun) sekaligus. Pilihannya terletak di tangan anda!

    Jika anda memilih untuk memperbaharui roadtax Vellfire bagi tempoh 6 bulan sahaja, harga yang perlu anda bayar untuk roadtax itu adalah setengah daripada harga yang dikongsikan di atas tadi. 

    Selepas tempoh 6 bulan berakhir, anda perlu memperbaharui lagi roadtax anda untuk tempoh baki 6 bulan yang ada agar kedua-dua insurans dan roadtax anda kekal aktif sepanjang masa.

    Cara cek harga roadtax 

    Terdapat dua cara mudah untuk anda semak harga roadtax kereta iaitu:

    Semak harga roadtax secara online

    Untuk mengetahui harga roadtax kereta anda, anda boleh rujuk perkongsian kami pada artikel sebelum ini. Apa yang penting adalah anda hanya perlu mengetahui model kereta, kapasiti enjin kereta anda serta lokasi tempat tinggal terkini.

    Semak harga roadtax kereta pada kertas roadtax

    semak harga cukai jalan

    Sedar atau tidak, kertas roadtax kereta kita juga sebenarnya ada memaparkan harga roadtax. Anda boleh semak kertas roadtax kereta anda pada tahun sebelumnya untuk ketahui harga roadtax anda bagi pembaharuan kali ini. 

    Pada kertas tersebut, ada tertera harga roadtax kereta anda untuk tempoh 6 bulan atau 12 bulan bergantung pada sebelum ini berapa lama anda menghidupkan tempoh roadtax kereta tersebut.

    Pastikan roadtax Vellfire 3.5 anda kekal aktif!

    Dah tahu anggaran harga roadtax kereta anda? Pastikan anda perbaharuinya sebelum tamat tempoh bagi memastikan kenderaan anda sentiasa dipandu secara sah di atas jalan raya ya!

    Ingat, tanpa roadtax yang sah, risiko anda untuk dikenakan saman oleh pihak berkuasa adalah sangat tinggi!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: