Skip to content
Home » “Sedih & Terkilan Tengok Orang Ramai Beratur di JPJ” – Menteri Pengangkutan

“Sedih & Terkilan Tengok Orang Ramai Beratur di JPJ” – Menteri Pengangkutan

    Kesesakan di JPJ mendapat perhatian Menteri Pengangkutan

    Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa menjadi tumpuan ramai individu untuk menyelesaikan beberapa perkara penting seperti pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau lebih dikenali sebagai roadtax dan juga Lesen Memandu Malaysia (LLM). 

    Boleh dikatakan hampir setiap hari, kebanyakan cawangan JPJ dilihat dipenuhi orang awam yang beratur untuk menguruskan hal mereka, meskipun dalam tempoh pandemik pada ketika ini.  

    Dapat perhatian Menteri

    Senario orang awam beratur dengan begitu panjang di luar JPJ bukanlah perkara yang baru.

    Isu itu seterusnya telah mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong baru-baru ini apabila beliau pada akhirnya menegur JPJ Johor berhubung kesesakan yang berlaku di pejabat jabatan tersebut khususnya pada hari Ahad.

    Malah, beliau turut meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila melihat orang ramai terpaksa beratur panjang dan berjemur dalam cuaca yang panas.

    “Secara terus terang, saya sedih dan terkilan apabila melihat orang ramai masih beratur panjang di sekeliling bangunan JPJ Johor. Saya terus menyiasat punca yang menyebabkan queue panjang,” katanya memetik laporan.

    Sistem JPJ kuno

    Menurut Wee, sistem perkhidmatan kaunter JPJ sedia ada yang telah berusia 10 tahun terlalu kuno dan perlu dimodenkan selari dengan era digitalisasi.

    “Ada yang memberitahu saya bahawa Lesen Memandu Malaysia (LMM) tidak dapat diperbaharui di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pejabat Pos selain ada yang mempersoal sistem MySikap yang transaksinya dibuat secara dalam talian, namun masih lagi perlu hadir ke JPJ untuk urusan percetakan.

    “Selain itu, daripada 4 mesin cetak LMM yang dibekal Percetakan Keselamatan Nasional (PKN), hanya dua mesin sahaja yang berfungsi di Pejabat JPJ Johor ini.

    “Perkara ini amat mengecewakan dan saya terus menghubungi serta mengarahkan PKN segera membaiki atau menghantar mesin cetak LMM,” ujarnya.

    Renew roadtax secara online

    Kesesakan di JPJ boleh dikatakan berlaku setiap hari, apatah lagi semakin ramai pemilik kenderaan mungkin giat memperbaharui semula roadtax sebelum moratorium pengecualian pembaharuan roadtax tamat pada 31 Disember ini.

    Namun tahukah anda, selain di JPJ, anda sebenarnya mempunyai cara yang lebih mudah untuk memperbaharui roadtax, iaitu dengan melakukannya secara online. 

    Bagaimanakan caranya?

    Perbaharui roadtax kereta atau motosikal anda secara online di Bjak

    Melalui Bjak, segalanya lebih mudah untuk anda kerana anda bukan sahaja dapat renew roadtax anda, tetapi juga dengan insurans sekaligus. Ia semestinya menjimatkan masa dan tenaga anda.

    Berikut merupakan langkah-langkah mudah untuk anda renew insurans kereta atau motosikal serta roadtax di Bjak.

    Renew roadtax dan insurans di Bjak lebih mudah

    Ketahui dengan lebih lanjut mengenai cara-cara untuk memperbaharui roadtax dalam perkongsian yang pernah dibuat sebelum ini.

    Tiada alasan untuk tidak renew roadtax

    Kesesakan yang berlaku di kebanyakan kaunter JPJ tidak bermakna anda perlu melengah-lengahkan pembaharuan roadtax.

    Dengan pelbagai platform online yang ada, anda kini boleh menghidupkan semula roadtax anda dengan lebih mudah, hanya di rumah.

    Malah lagi menarik, penghantaran roadtax anda juga akan terus dibuat ke rumah lebih-lebih jika anda menggunakan platform Bjak. Pasti lebih selamat kerana anda tidak terdedah dengan wabak Covid-19, dan boleh menjimatkan masa serta tenaga anda. Selain itu, polisi insurans kereta anda juga akan diaktifkan segera selepas pembayaran.

    Mudah kan? Jadi jom semak harga insurans dan roadtax secara online di Bjak hari ini!