Skip to content
Home » Siapakah yang Boleh Memandu Kereta Anda?

Siapakah yang Boleh Memandu Kereta Anda?

    All driver coverage - cover

    Untuk makluman anda, secara amnya, syarikat insurans akan memberikan perlindungan kepada pemegang polisi dan pemandu dinamakan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini seperti kemalangan. 

    Jadi sebagai pemilik kenderaan, adalah sangat penting untuk anda memastikan kenderaan anda hanya dipandu oleh individu tertentu sahaja supaya tuntutan insurans boleh dilakukan jika berlaku sesuatu.

    Pada perkongsian kali ini, Bjak akan jelaskan secara ringkas kepada anda mengenai ‘individu’ yang boleh memandu kereta anda seperti yang termaktub dalam terma dan syarat polisi insurans untuk dijadikan sebagai panduan khususnya membabitkan tuntutan insurans.

    Siapakah yang boleh memandu kereta anda?

    Tahu syarat atau maksud 'pemandu yang dibenarkan'.

    Jangan risau, sebenarnya hampir sesiapa sahaja boleh memandu kereta anda asalkan:

    1. Individu tersebut mempunyai lesen yang sah bagi memandu kelas kereta yang berkenaan
    2. Individu berkenaan tidak hilang kelayakan memandu dari segi undang-undang atau kerana sebab-sebab lain; memandu di bawah pengaruh alkohol, memandu di bawah pengaruh dadah
    3. Mendapat kebenaran pemilik kenderaan untuk memandu

    Penting!

    Walaupun sesiapa sahaja yang mematuhi syarat di atas boleh memandu kereta anda, namun anda mungkin perlu menanggung ekses tambahan berdasarkan umur pemandu, jenis lesen yang dimiliki pemandu atau sama ada pemandu adalah bukan pemandu dinamakan

    Selain itu, jika anda mahupun pemandu dibenarkan tidak layak memandu atau memungkiri mana-mana terma dan syarat (polisi), ia juga mungkin boleh menyebabkan tuntutan insurans anda ditolak. Seandainya syarikat insurans terpaksa juga membayar, syarikat insurans boleh menuntut semula wang yang telah dibayar serta perbelanjaan yang ditanggung oleh syarikat insurans daripada anda atau pemandu dibenarkan.

    Risiko membiarkan ramai pemandu memandu kenderaan anda

    Berdasarkan syarat ketiga di atas, ia menyatakan bahawa sesiapa sahaja boleh memandu kenderaan anda asalkan mendapat kebenaran daripada anda sebagai pemilik kenderaan.

    Ya, ia mungkin nampak biasa. Namun, penting untuk anda tahu risiko yang bakal dihadapi, antaranya masalah dalam tuntutan insurans.

    Bagi memastikan kenderaan anda sentiasa dilindungi oleh pihak insurans dan mengelakkan pertikaian dalam tuntutan, pastikan individu yang memandu kenderaan anda itu telah dinamakan di dalam polisi.

    Caranya mudah sahaja. Anda boleh mendapatkan perlindungan tambahan sama ada i) perlindungan pemandu yang dinamakan atau ii) perlindungan semua pemandu di dalam polisi insurans anda.

    Apa jadi jika pemandu tidak dinamakan memandu kenderaan anda dan terlibat kemalangan?

    Jika ia berlaku, anda masih boleh membuat tuntutan insurans namun ekses wajib sebanyak RM400 akan dikenakan terhadap anda memandangkan individu berkenaan tidak ada dalam jadual polisi. 

    Ambil perlindungan tambahan semua pemandu

    Secara kesimpulannya, solusi terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan mendapatkan perlindungan untuk semua pemandu di dalam polisi insurans kereta anda. Sesetengah syarikat insurans memberi anda peluang untuk menamakan dua hingga empat individu di dalam polisi. Ia mungkin tidak cukup lebih-lebih lagi jika kenderaan itu digunakan oleh ramai individu. Jadi, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli perlindungan untuk semua pemandu agar anda tidak perlu berdepan risiko serta kerugian pada masa akan datang.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: