Skip to content
Home » Insurans Kereta Etiqa – Renew Dengan Pelan Komprehensif Untuk Manfaat Terbaik!

Insurans Kereta Etiqa – Renew Dengan Pelan Komprehensif Untuk Manfaat Terbaik!

    TAKAFUL ETIQA

    Anda nak renew insurans, tapi masih tercari-cari apakah pelan terbaik boleh anda miliki?

    Kami ada jawapannya! Dapatkan pelan takaful insurans kereta Etiqa komprehensif yang semestinya bakal memberikan manfaat yang lebih meluas buat anda dan kenderaan. Kenapa insurans kereta Etiqa? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya.

    Kenapa kena renew dengan takaful insurans kereta Etiqa? 

    insurans kereta etiqa

    Untuk pengetahuan anda, takaful insurans Etiqa kereta merupakan salah satu insurans yang menawarkan perlindungan menyeluruh dan manfaat menarik untuk pengguna. Walaupun begitu, untuk dapatkan manfaat menarik tersebut, anda perlulah bijak untuk mencari pelan yang ditawarkan, bersesuaian dengan keperluan serta bajet anda. 

    Pelan insurans komprehensif takaful motor Etiqa akan membolehkan anda dilindungi daripada kerugian atau kerosakan kenderaan anda, kehilangan kenderaan akibat dicuri atau terbakar atas perbuatan khianat, serta liabiliti terhadap pihak ketiga. 

    Tidak perlu risau, takaful insurans kereta Etiqa menggunakan konsep Wakalah iaitu perwakilan dan Tabarru’ iaitu derma, serta selamat dari tiga unsur atau ciri yang dilarang oleh Islam iaitu ragu-ragu, judi dan riba’. 

    Lebih menarik, Etiqa juga telah berjaya menerima anugerah Syarikat Takaful Motor Terbaik pada 2019 oleh iBanding. Ini bermakna, anda tidak perlu meragui lagi jika ingin mempertimbangkan untuk memperbaharui insurans dengan takaful motor Etiqa.

    Manfaat utama untuk pelanggan

    Di Etiqa takaful, anda bukan sahaja layak menerima perlindungan asas yang diberikan di dalam polisi anda, malah juga pelbagai manfaat menarik lain seperti senarai di bawah::

    Memberi perlindungan untuk semua pemandu

    Di dalam pelan takaful motor Etiqa komprehensif, anda boleh menerima perlindungan untuk semua pemandu, yang mana anda tidak perlu meletakkan senarai nama pemandu lain di dalam polisi kerana Etiqa Takaful menyediakan manfaat perlindungan untuk semua pemandu secara percuma dan automatik tanpa tambahan premium.

    Nilai yang dipersetujui, bukan nilai pasaran

    Tuntutan anda akan dibayar mengikut nilai yang dipersetujui semasa pembaharuan. Ini bermakna sekiranya kereta anda dicuri atau rosak teruk (total lost) akibat kemalangan, anda akan diberi pampasan dengan jumlah penuh yang diinsuranskan. 

    Tiada ekses

    Sesetengah syarikat insurans meminta anda untuk membayar sebahagian kos untuk kerosakan sendiri apabila terlibat dalam kemalangan, yang mana ia dipanggil sebagai ekses. Dengan prinsip ‘tiada ekses’ yang disediakan oleh Etiqa Takaful ini, maka anda (pemandu berusia 21 tahun ke atas) tidak perlu membayar sebahagian kos untuk kerosakan tersebut.

    Kereta ihsan percuma selepas kemalangan

    Etiqa Takaful menawarkan kereta ihsan percuma selama 14 hari. Ia adalah manfaat yang sangat jarang diberikan oleh mana-mana syarikat takaful atau insurans lain dan berguna terutamanya jika anda sangat bergantung kepada satu-satunya kereta anda sebagai pengangkutan harian.

    Bantuan tepi jalan 24 jam 

    Jika berlaku kerosakan kereta di tepi jalan, anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada pasukan dedikasi takaful Etiqa yang sedia berkhidmat 24 jam. 

    Cara membuat tuntutan takaful insurans kereta Etiqa 

    Fahami langkah-langkah untuk membuat tuntutan insurans dengan betul

    Proses tuntutan bagi takaful motor Etiqa tidaklah rumit. Ikut sahaja prosedur di bawah ini bagi memastikan tuntutan anda berjalan lancar. 

    Apa perlu anda lakukan dulu?

    1. Segera hubungi talian hotline Etiqa di 1-300-88-1007 dalam tempoh 7 hari selepas insiden untuk maklumkan mereka tentang kejadian yang menimpa anda.
    2. Sediakan dokumen yang lengkap 
      • Borang tuntutan Etiqa yang telah diisi
      • Laporan polis (original)
      • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu pemilik kenderaan
      • Geran kereta (salinan)
      • Gambar insiden kemalangan dan kerosakan yang dialami pada kenderaan
      • Surat polis yang menyatakan pihak mana yang dikompaun
    1. Buat tuntutan melalui email (claims@etiqa.com.my), Whatsapp di nombor +60327804677 atau melalui aplikasi Etiqa Auto Assist.

    Selesai memahami perkara utama di atas, kini ketahui jenis tuntutan apa yang boleh dilakukan sebelum anda mengemukakan tuntutan.

    Tuntutan daripada syarikat insurans sendiri

    Jika kereta anda rosak akibat kemalangan yang berpunca daripada diri anda sendiri, maka anda perlu mengemukakan tuntutan kerosakan sendiri (Own-Damage Claim), di bawah polisi anda sendiri. Kesan daripada tuntutan ini adalah kadar NCD anda akan kembali ke kadar 0% dan menyebabkan premium insurans anda mahal di tahun berikutnya.

    Sebaliknya jika kemalangan disahkan bukan berpunca daripada anda, maka anda boleh membuat tuntutan kerosakan sendiri knock-for-knock yang mana prosesnya lebih cepat berbanding tuntutan pihak ketiga. Menerusi tuntutan ini, kos kemalangan anda akan ditanggung oleh syarikat Etiqa dahulu, dan pihak takaful akan menuntut semula daripada insurans pihak ketiga. Anda tidak rugi jika membuat tuntutan ini kerana NCD anda tidak akan terjejas bahkan tuntutan insurans juga lebih pantas. Selain itu, anda juga boleh menuntut excess dan loss of use daripada syarikat insurans pihak lain.

    Tuntutan pihak ketiga

    Anda boleh membuat tuntutan pihak ketiga jika disahkan kemalangan tersebut bukan berpunca daripada diri anda. Bagi membuat tuntutan pihak ketiga, anda perlulah:

    • Menghantar kenderaan anda ke bengkel panel
    • Melantik penyelaras (adjuster) bagi menilai kerosakan pada kenderaan adna
    • Menyediakan dokumen seperti yang dinyatakan di atas
    • Selain itu, anda juga perlu mengemukakan laporan adjuster dan  bil kos pembaikan kereta

    Berikut merupakan proses penuh untuk tuntutan insurans: 

    1. Hubungi syarikat takaful Etiqa anda atau Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan yang menyediakan khidmat pelanggan 24 jam di talian 15500 jika kereta anda mengalami kerosakan yang teruk dan memerlukan perkhidmatan trak tunda
    2. Kumpulkan bukti dengan i) catatkan lokasi dan masa kemalangan, dan ii) ambil gambar kejadian kemalangan serta kerosakan kenderaan yang terlibat
    3. Bertukar maklumat dengan pihak lain yang terlibat seperti i) nombor lesen memandu, ii) nombor telefon, iii) model dan nombor pendaftaran kenderaan, dan iv) syarikat insurans/takaful
    4. Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam 
    5. Maklumkan kepada syarikat takaful anda dalam masa 7 hari dari tarikh kemalangan dan kemukakan tuntutan secepat mungkin
    6. Hantar kereta anda ke bengkel panel syarikat insurans/takaful
    7. Dapatkan adjuster untuk menaksir kerosakan kereta anda
    8. Kemukakan kepada syarikat insurans/takaful pihak lain dokumen berikut:
    • Salinan asal laporan polis
    • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu
    • Sijil pemilikan kenderaan (salinan)
    • Laporan adjuster
    • Bil kos pembaikan kereta anda
    • Dokumen polis yang menyatakan pihak yang dikompaun bagi kesalahan jalan raya
    1. Setelah selesai, pihak bengkel akan mengambil alih proses tuntutan insurans anda (pembaikan kereta).

    Di mana anda boleh dapatkan perlindungan insurans kereta Etiqa?

    Selain di laman rasmi Etiqa, anda juga boleh mendapatkan pelan insurans ini menerusi platform pembaharuan insurans kenderaan terbesar di Malaysia, Bjak.

    Anda hanya perlu membandingkan dahulu harga di antara Etiqa dengan syarikat takaful dan insurans lain bagi mendapatkan kepastian. Jika ia yang dirasakan terbaik untuk kenderaan anda, maka klik sahaja pelan tersebut dan seterusnya anda boleh nikmati pelbagai manfaat yang ditawarkan.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: