Skip to content
Home » Tahu Tempoh Renew Roadtax Selepas Renew Insurans

Tahu Tempoh Renew Roadtax Selepas Renew Insurans

    tempoh renew roadtax

    Adakah terdapat tempoh untuk bila anda perlu renew roadtax selepas insurans kenderaan diperbaharui? Pasti ada dalam kalangan pembaca di sini yang tertanya-tanya mengenai perkara ini, kan?

    Sebenarnya, ya memang ada tempoh yang dihadkan untuk anda boleh renew roadtax selepas anda renew insurans. Jadi bagi memastikan anda tidak terlepas tempoh waktu yang ditetapkan, jom teruskan membaca perkongsian ini.

    Apakah tempoh wajib untuk renew roadtax lepas renew insurans?

    Perlu anda tahu, tempohnya adalah berbeza-beza bergantung kepada di mana anda ingin buat atau perbaharui roadtax anda itu.

    Berikut dikongsikan tempoh wajib untuk anda renew roadtax selepas insurans telah diperbaharui:

    Tempat pembaharuan roadtaxTempoh yang diberikan selepas insurans diperbaharui
    JPJTidak lebih 14 hari dari tarikh insurans dihidupkan
    Pejabat PosTidak lebih 7 hari dari tarikh insurans dihidupkan
    MyEG (online)Seminggu selepas dapat insurans
    Bjak (online)Renew insurans & roadtax sekaligus

    Kesan jika renew roadtax lewat, melebihi tempoh yang ditetapkan

    Apa jadi jika anda lupa untuk perbaharui roadtax dan hanya mengingatinya selepas sekian lama insurans dihidupkan?

    Jawapannya adalah anda mungkin dikehendaki untuk memperbaharui roadtax bagi tempoh 6 bulan sahaja dan bukannya untuk 1 tahun terus. Selepas tempoh 6 bulan itu tamat, maka anda akan dikehendaki untuk perbaharui roadtax anda bagi tempoh 6 bulan lagi. 

    Namun begitu untuk membuat pembaharuan roadtax kali kedua (sambung lagi 6 bulan), anda diwajibkan untuk sambung atau tambah insurans terlebih dahulu agar roadtax dan insurans boleh tamat tempoh serentak.

    Apa jadi jika tidak renew roadtax terus lepas renew insurans?

    Jika anda langsung tidak perbaharui roadtax selepas memperbaharui insurans, maka anda sebenarnya akan berdepan tindakan saman oleh pihak berkuasa terutama apabila melalui sekatan jalan raya.

    Ia sebenarnya sangat merugikan kerana harga untuk renew roadtax adalah jauh lebih murah berbanding insurans. Disebabkan kecuaian anda yang tidak/ terlupa untuk renew roadtax itu, maka anda akhirnya terpaksa mengeluarkan wang yang jauh lebih banyak semata-mata untuk membayar saman. 

    Disebabkan itu untuk lebih mudah, anda gunakan sahaja platform pembaharuan insurans Bjak. Di platform ini, anda bukan sahaja boleh renew insurans, bahkan roadtax sekaligus dalam satu masa yang sama. Lagi best, anda juga boleh dapatkan roadtax digital sahaja! Kemudian, cek sahaja pengaktifan roadtax anda menerusi aplikasi myJPJ. Pastinya lebih mudah dan pantas!


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: