Skip to content
Home » Tips Memarkirkan Kereta di Kawasan Berbukit atau Curam

Tips Memarkirkan Kereta di Kawasan Berbukit atau Curam

    Tips parking di kawasan bukit

    Tahukah anda? Jika anda meletakkan kenderaan di kawasan berbukit dan curam, tarikan graviti boleh membuatkan kenderaan anda bergolek/ bergerak menuruni bukit jika tidak diparkirkan dengan betul. 

    Ia bukan sahaja boleh membahayakan kenderaan anda, bahkan juga kenderaan lain serta individu yang mungkin berada di situ.

    Jadi untuk mengelakkan kejadian sedemikian daripada berlaku, penting untuk anda tahu cara yang betul memarkirkan kereta di kawasan bukit atau curam. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya.

    Tips parking kereta di kawasan bukit atau curam

    Berikut beberapa tips jika anda ingin parkirkan kenderaan di kawasan berbukit atau curam:

    Kereta manual

    Bagi kereta manual

    Bagi kereta manual, sila tarik handbrake setelah kereta berada dalam kawasan yang selamat. Kemudian, masukkan gear 1 atau reverse pada kereta dan biarkan sahaja kereta anda seperti itu. Masukkan gear 1 untuk parkir di kawasan menaik, dan masukkan gear reverse untuk parkir di kawasan bukit menurun supaya kereta anda tidak bergerak.

    Kereta auto

    Bagi kereta auto

    Bagi kereta transmisi automatik pula, jika ingin parkir di kawasan bukit atau curam, anda perlu menekan brek semasa gear masih lagi berada di kedudukan ‘D’ untuk memberhentikan kereta. Kemudian, tarik handbrake dan tukar gear kepada ‘P’ dan matikan enjin kenderaan anda. 

    Bukit menurun

    Bukit menurun

    Sekiranya anda ingin letakkan kereta di kawasan bukit yang menurun, anda digalakkan untuk memusingkan tayar hadapan anda menghadap ke arah tembok sisi jalan. Biarkan kereta anda bergerak ke depan secara perlahan-lahan sehinggalah tayar itu menyentuh tembok jalan tersebut. Dengan itu, tembok tersebut boleh dijadikan sebagai penghalang jika kereta anda bergolek secara tiba-tiba.

    Bukit menaik

    Untuk parking kereta di kawasan bukit yang menaik pula, sila pusingkan tayar berlawanan dari arah tembok tepi jalan. Biarkan kereta anda perlahan-lahan mengundur sehingga tayar depan kereta anda menyentuh tembok tepi jalan itu. Ini kerana, jika kereta anda mengundur secara tiba-tiba, tayar depan anda akan dihalang oleh tembok jalan dan mengelakkan kereta dari terus mengundur ke bawah. 

    Bukit/ curam tanpa tembok jalan

    Jika kawasan bukit atau curam tersebut tidak mempunyai tembok yang boleh dijadikan sebagai penghalang, anda boleh pusingkan tayar ke arah yang berlawanan daripada arah trafik. Ini bagi mengelakkan kereta anda daripada bergerak ke arah jalan raya. 

    Semoga bermanfaat!


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: