Skip to content
Home » Tips Renew Roadtax Paling Mudah & Pantas!

Tips Renew Roadtax Paling Mudah & Pantas!

    renew roadtax

    First time cuba nak renew roadtax sendiri? Ada yang mungkin masih rasa keliru dengan proses pembaharuan roadtax, lebih-lebih lagi jika baru memiliki kenderaan. Namun, jangan risau! Sebenarnya tidak susah pun nak renew cukai jalan atau roadtax anda. Dengan pelbagai tips renew roadtax yang akan dikongsikan di bawah ini, pastinya ia akan dapat bantu anda renew sendiri dengan mudah dan pantas!

    Jom teruskan baca perkongsian kami!

    Apa anda perlu tahu mengenai roadtax?

    Sebelum kami teruskan perkongsian mengenai tips renew cukai jalan paling mudah, ringkas dan pantas, pertama sekali anda kena faham apakah itu roadtax dan apakah beza di antara roadtax dengan insurans kereta.

    Untuk makluman anda, roadtax merupakan sejenis cukai yang mana ia dikenakan ke atas setiap pemilik kenderaan bermotor di Malaysia sebelum kenderaan itu dibenarkan untuk dipandu/ dibawa di atas jalan raya.

    Kenapa kena renew roadtax?

    Roadtax atau cukai jalan yang anda bayar itu akan digunakan sebagai keperluan utama pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) untuk membaiki, membina serta menaik taraf jalan raya di Malaysia ya!

    Baiklah! Berbeza dengan roadtax, insurans pula berperanan untuk memberikan perlindungan kepada anda sebagai pemilik kenderaan jika berlaku sesuatu contohnya kemalangan, kecurian atau kebakaran pada kenderaan. Selain itu, insurans ini juga sangat penting untuk melindungi anda khususnya daripada tuntutan pihak ketiga sekiranya anda menyebabkan kemalangan ketika sedang memandu.

    Tapi, boleh ke tak renew insurans, hanya renew roadtax je?

    Jawapannya tidak boleh! Anda memerlukan insurans yang sah sebelum boleh meneruskan dengan pembaharuan roadtax. Perlu anda ingat, biasanya tarikh luput untuk insurans dan roadtax anda akan sama ya. Jadi ini bermakna, anda perlu renew kedua-duanya sekali bagi memastikan kenderaan anda kekal dipandu secara sah di atas jalan raya.

    Tips renew roadtax mudah dan pantas

    Dah faham mengenai perbezaan cukai jalan dan insurans? Ayuh kami kongsikan pula tips untuk anda perbaharui roadtax dengan paling mudah dan pantas!

    Periksa dulu tarikh tamat roadtax

    Sebelum nak perbaharui roadtax, anda perlu pastikan dahulu tarikh luput roadtax anda. Cek sama ada ia sudah melepasi tarikh tamat tempoh atau belum.

    Cara nak semak mudah sahaja. Anda boleh lihat di atas kertas/ sticker roadtax anda atau bahkan menerusi portal JPJ atau aplikasi MyJPJ. 

    Cek saman tertunggak

    Sebelum renew cukai jalan, pastikan anda sudah membuat semakan mengenai sebarang tunggakan saman yang ada kerana biasanya ketika pembaharuan roadtax, perkhidmatan dalam talian JPJ akan periksa sama ada anda miliki sebarang tunggakan saman dan rekod senarai hitam di kedua-dua sistem pengkalan data JPJ dan PDRM.

    Renew insurans dulu

    Seperti yang dinyatakan di atas tadi, anda perlukan insurans yang masih aktif sebelum boleh meneruskan dengan pembaharuan roadtax. Jadi ini bermakna, sebelum ingin renew roadtax, pastikan anda sudah renew insurans anda dahulu.

    Nak lebih mudah, anda boleh gunakan platform yang membolehkan anda untuk renew insurans dan roadtax sekaligus, seperti di Bjak. Dengan cara itu, anda tidak perlu bersusah-payah renew satu per satu dan seterusnya membazirkan wang serta masa anda.

    Renew roadtax digital di Bjak

    Ini adalah langkah terakhir dan cara paling mudah untuk anda perbaharui roadtax anda! Dapatkan sahaja roadtax digital di Bjak kerana proses pembaharuannya sangat ringkas dan pantas.

    Dengan roadtax digital, anda tidak perlu lagi kunjungi mana-mana cawangan JPJ/ Pejabat Pos atau bahkan tunggu rider kami sampai ke pintu rumah anda untuk mendapatkan sticker roadtax. 

    Anda hanya perlu download sahaja aplikasi MyJPJ dan tarikh pengaktifan roadtax anda boleh terus dilihat di situ sahaja! 

    Ini cara untuk renew dan dapatkan cukai jalan digital di Bjak:

    Tips renew roadtax digital di Bjak

    “Berapa harga roadtax saya?”

    Untuk makluman anda, harga roadtax adalah sama pada setiap tahun selagi anda miliki kenderaan yang sama. Anda boleh mengetahui harga roadtax anda menerusi sticker roadtax sedia ada anda ataupun rujuk sahaja perkongsian kami pada artikel sebelum ini.

    Semak harga roadtax menerusi sticker roadtax

    Apa yang penting adalah anda hanya perlu mengetahui model kereta, kapasiti enjin kereta anda serta lokasi tempat tinggal terkini.

    Mudah sahaja, kan? Jadi, jom perbaharui roadtax anda sekarang jika ia sudah hampir tamat tempoh!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: