Sila jawab semua soalan kesihatan dengan teliti, jujur dan sepanjang pengetahuan anda. Perlu diingat bahawa kegagalan untuk memberikan maklumat yang tepat boleh mengakibatkan pembatalan kontrak, penolakan tuntutan atau perubahan terma.
1.
Adakah anda mempunyai sebarang penyakit atau gangguan atau telah didiagnos atau mempunyai sebarang gejala atau sedang menerima nasihat perubatan atau rawatan untuk:
jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, sistem pencernaan, sistem saraf atau organ reproduktif (termasuk payudara dan kelenjar prostat);
kanser / ketumbuhan;
strok;
darah tinggi; atau
kencing manis
2.
Dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini, adakah anda pernah mengalami mana-mana keadaan berikut?
sebarang keadaan perubatan yang memerlukan rundingan perubatan, perhatian, ubat atau rawatan berterusan;
menjalani sebarang penyiasatan perubatan seperti yang dinasihatkan oleh doktor (contohnya, pemeriksaan perubatan, imbasan x-ray, ujian darah, ujian air kencing dan / atau ECG) untuk pengesahan keadaan perubatan / diagnosis, selain daripada pemeriksaan rutin dengan keputusan normal; atau
menjalani sebarang pembedahan atau pernah dinasihatkan untuk menjalani pembedahan
Bahagian C: Deklarasi dan Kebenaran Peserta
Pelan ini diunderait oleh:
SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA KELUARGA BERHAD [198401019089 (131646-K)] adalah dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.