fbNoScript fbNoScript
bjak logo
EN
BM
中文

Fahami Insurans Kereta dan Motosikal Anda

panduan insurans kereta

Fahami maksud roadtax (Lesen Kenderaan Motor - LKM)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan agar semua pemilik kenderaan untuk memiliki LKM atau roadtax yang sah untuk kenderaan digunakan di atas jalan raya.

Insurans diperlukan untuk memperbaharui roadtax. Pemilik kenderaan perlu memperbaharui insurans dan roatax sebelum ia mencapai tarikh luput

Pemilik kenderaan digalakkan untuk memperbaharui insurans kereta dan motosikal serta roadtax 2 bulan sepelum tamat tempoh

Kepentingan Insurans Kereta dan Motosikal

Memiliki insurans kereta atau motor adalah penting untuk kesenangan pemilik kenderaan pada masa akan datang. Melalui perlindungan insurans, seseorang pemilik kenderaan tidak akan rasa terlalu terbeban apabila sesuatu berlaku pada diri sendiri atau kenderaan kelak.

Jenis-jenis polisi insurans

Pihak pertama/ komprehensif

Menyediakan perlindungan paling menyeluruh. Syarikat insurans akan memberi perlindungan kepada anda termasuk jika berlaku kemalangan, kecurian, kebakaran. Selain itu, pihak insurans juga akan membayar perlindungan jika berlaku kemalangan terhadap kenderaan anda dan juga pihak yang anda langgar. Polisi ini sesuai untuk kenderaan berumur 10 tahun ke bawah.

Pihak ketiga, kecurian dan kebakaran

Memberi perlindungan jika berlaku kebakaran atau kecuaian pada kenderaan anda (kejadian berlaku tanpa sengaja). Jika berlaku kemalangan (anda pesalah), pemilik kenderaan (anda) perlu membaiki kereta sendiri, namun kereta yang dilanggar anda akan dilindungi oleh pihak insurans anda.

Pihak ketiga

Hanya memberi perlindungan kepada pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan. Tiada perlindungan akan diberikan jika berlaku kemalangan (seorang diri), kecurian mahupun kebakaran. Bergantung kepada kelulusan insurans

Jumlah perlindungan yang bakal diperoleh

Jumlah perlindungan bermaksud jumlah maksimum kenderaan yang akan diinsurankan mengikut nilai pasaran semasa. Boleh lihat sini untuk rujukan.

Jumlah perlindungan boleh ditentukan dalam dua nilai yang berbeza iaitu:

Nilai yang dipersetujui - Pemilik kenderaan dan syarikat insurans bersetuju dengan nilai kereta pada permulaan kontrak dan juga pada setiap pembaharuan.

Contoh: Jika jumlah yang diinsurankan adalah RM35,000 dan kemudian berlaku kejadian, syarikat insurans akan membayar ganti rugi penuh iaitu sebanyak RM35,000.

Nilai pasaran - Ia mengikut kepada nilai kereta seseorang sebelum berlaku sebarang kejadian.

Contoh: Sekiranya jumlah yang diinsurankan adalah sebanyak RM35,000 dan kemudian nilai pasaran kereta ketika waktu kemalangan telah susut ke RM30,000, syarikat insurans akan membayar ganti rugi bergantung pada harga pasaran RM30,000.

Kadar peratus NCD (No Claim Discount) bagi kereta dan motor

NCD bermaksud diskaun insurans kereta yang ditawarkan kepada anda oleh pihak insurans jika pemilik kenderaan tidak pernah membuat sebarang tuntutan pada tahun tersebut. Jumlah peratusan NCD akan lebih besar jika masih tiada sebarang tuntutan pada tahun berikutnya.

Kadar peratus bagi kereta dan motor adalah berbeza seperti di bawah:

Kadar NCD bagi kereta:

Tahun pertama - 0%
Tahun kedua - 25%
Tahun ketiga - 30%
Tahun keempat - 38.33%
Tahun kelima - 45%
Tahun keenam dan ke atas - 55% (maksima)

Kadar NCD bagi motosikal:

Tahun pertama - 0%
Tahun kedua - 15%
Tahun ketiga dan ke atas - 20% (maksima)

Bagaimanapun diingatkan, jika anda telah mempunyai NCD sebanyak 55% dan membuat tuntutan pada tahun tersebut, kadar NCD anda pada tahun berikutnya akan menjadi 0% semula.

Cara harga insurans kereta ditentukan

Premium* =
Asas - NCD + sebarang perlindungan insurans tambahan + SST + Duti Setem

* Premium bermaksud harga yang perlu dibayar untuk insurans.

Jenis perlindungan insurans tambahan yang boleh diambil/dibeli

Di bawah ini merupakan beberapa senarai perlindungan insurans tambahan yang biasa ditawarkan oleh kebanyakan syarikat insurans dan Takaful. Walau bagaimanapun, terma dan syarat bagi setiap syarikat insurans dan Takaful mungkin berbeza antara satu sama lain.

Cermin kereta
Pemandu tambahan
Semua pemandu
Bencana alam (Peril khas)
Rusuhan dan kemusnahan awam
Perlindungan penumpang
Kemalangan individu
Khidmat tunda

Cara untuk perbaharui insurans kereta atau motor dengan harga yang murah

Renew insurans kereta/ motor anda lebih awal dari tarikh luput.

Bandingkan harga berserta perlindungan yang diberikan.

Renew di BJAK.my. BJAK.my menawarkan pengguna harga yang lebih jimat berbanding biasa. Di BJAK.my, pelanggan boleh membuat perbandingan dengan lebih 10 syarikat insurans.

scroll up