Skip to content
Home » 3 Salah Faham Mengenai Hibah Takaful yang Sering Berlaku

3 Salah Faham Mengenai Hibah Takaful yang Sering Berlaku

    Seperti yang anda mungkin telah ketahui, hibah Takaful dimaksudkan sebagai pemberian atau ‘hadiah’ oleh pemegang polisi Takaful (peserta) kepada penerima secara sukarela tanpa mengharapkan balasan ketika hayatnya.

    Melalui hibah, penerima tidak lagi perlu melalui proses faraid dan kesemua wang pampasan tersebut menjadi milik penerima secara terus.

    Jika pada artikel sebelum ini kami telah berkongsikan mengenai konsep hibah Takaful, fungsi serta kelebihannya, kali ini kami akan kongsikan pula beberapa salah faham mengenai hibah Takaful yang sering berlaku. Selamat membaca!

    1. Hibah sebahagian daripada produk Takaful

    Ini adalah salah faham yang sering berlaku mengenai hibah. Ramai individu tidak kira pelanggan mahupun ejen Takaful yang masih menganggap dan mempromosikan hibah sebagai salah satu produk Takaful.

    Anda perlu tahu bahawa Takaful dan hibah mempunyai fungsi yang berbeza walaupun saling berkait rapat. Takaful adalah sejenis produk perlindungan manakala hibah adalah kaedah bagaimana pembahagian pampasan itu dilakukan.

    Anda juga perlu memahami bahawa proses hibah ini hanya boleh dilakukan kepada waris selepas kematian pemberi sahaja. Selagi si pemberi masih hidup, maka hibah juga tidak akan berlaku.

    2. Hibah hanya untuk ahli keluarga sahaja

    Salah! Pemberian hibah tidak hanya ditetapkan kepada ahli keluarga sahaja.

    Pemberian hibah boleh diberikan kepada penerima tertentu samada ahli keluarga atau bukan atas dasar kasih sayang dan tanpa mengharapkan balasan.

    3. Penamaan benifisiari hibah tidak boleh ditukar

    Sebenarnya, pemegang polisi boleh membuat penukaran nama (benifisiari) sekiranya ingin berbuat demikian.

    Penukaran penamaan boleh dibuat pada bila-bila masa dan penamaan yang baru secara tidak langsung akan membatalkan penamaan sebelumnya secara automatik.

    Namun sekiranya pemegang polisi ingin menamakan semula seseorang, permohonan baru perlulah dilakukan semula.

    Jelas bukan? Sebenarnya mungkin terdapat banyak lagi salah faham mengenai hibah yang berlaku dalam kalangan kita. Untuk memahami lebih lanjut mengenai hibah Takaful, anda juga boleh menghubungi ejen Bjak atau membaca penjelasan kami mengenai hibah pada artikel sebelum ini.

    Moga bermanfaat!