Skip to content
Home » 3 Sebab Anda Perlu Kerap Bersihkan Windscreen Kereta

3 Sebab Anda Perlu Kerap Bersihkan Windscreen Kereta

    Jaga windscreen kereta

    Cermin hadapan kereta atau lebih mudah disebut sebagai windscreen adalah satu-satunya komponen kereta yang membolehkan pemandu melihat apa yang berlaku di depan dan kawasan sekitar.

    Tanpa windscreen yang baik, ia boleh mengganggu penglihatan pemandu terutama ketika cuaca kurang elok seperti hujan. Sebenarnya windscreen kereta anda terdedah kepada kotoran termasuklah habuk, najis burung serta sisa minyak.

    Malangnya, ramai pemilik kereta hanya lebih menitikberatkan soal penjagaan wiper atau pengelap cermin sebagai faktor utama untuk memastikan penglihatan lebih jelas ketika memandu. Namun tahukah anda sebenarnya, keadaan windscreen yang baik dan bersih juga sangat memainkan peranan penting.

    Justeru pada artikel kali ini, Bjak akan jelaskan kepada anda tiga sebab utama anda perlu kerap membersihkan windscreen kereta anda. 

    Kenapa anda perlu bersihkan windscreen kereta?

    Jom tahu tiga sebab mudah anda perlu kerap membersihkan windscreen kereta anda:

    Supaya tidak mudah rosak

    Untuk makluman anda, kotoran yang melekat pada permukaan windscreen kereta anda mungkin terdiri daripada debu, pasir halus atau partikel kecil yang boleh menjejaskan cermin anda. Sisa-sisa kotoran tersebut sebenarnya boleh mencalarkan cermin anda hingga sukar dibaik pulih dan secara tidak langsung boleh melemahkan kekuatan struktur cermin.

    Jika kesan calar itu dibiarkan, lama kelamaan cermin kereta anda boleh mengalami keretakan terutama jika terkena pula lantutan batu kecil. Jadi disebabkan itu, rajin-rajinkanlah diri anda untuk memastikan windscreen kereta anda sentiasa bersih.

    Penglihatan lebih baik

    Seperti yang dinyatakan tadi, windscreen adalah satu-satunya komponen kereta yang membolehkan anda sebagai pemandu melihat apa yang berlaku di hadapan dan kawasan sekitarnya.

    Pemanduan pada cuaca yang buruk seperti hujan lebat boleh menjejaskan penglihatan anda. Jika ditambah pula dengan kondisi cermin yang kotor, maka ia boleh mengurangkan lagi tahap penglihatan anda dan seterusnya menjejaskan pemanduan.

    Ingat, cermin yang sentiasa bersih boleh membuatkan anda sebagai pemandu lebih selesa untuk memandu termasuklah ketika cuaca buruk. Jika ia dibiarkan kotor terlalu lama, maka anda mungkin terpaksa membuat rawatan cermin untuk memulihkan kotorannya. 

    Menjaga personaliti anda

    Sedar atau tidak, kondisi kereta anda sebenarnya mencerminkan personaliti anda. Jika bersih kereta anda, maka anda akan dianggap sebagai individu yang sentiasa mementingkan kebersihan dan pandai menjaga kereta.

    Jadi, pastikan kereta anda termasuk di bahagian windscreen sentiasa bersih. Jika terdapat sisa najis burung atau berdebu, segera cucinya. Jangan dibiarkan terlalu lama sehingga boleh menjejaskan prestasi cermin anda.

    Moga bermanfaat!

    Moga tips kali ini berguna untuk anda khususya pemilik kereta pertama. Ingat, harga untuk menukar cermin kereta tidak murah ya. Jagalah ia sebaiknya supaya ia sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh menjimatkan wang anda.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: