Skip to content
Home » Cukai Jalan Motosikal – Ini Cara Untuk Renew Dengan Mudah

Cukai Jalan Motosikal – Ini Cara Untuk Renew Dengan Mudah

    roadtax motosikal

    Sebagai pemilik motosikal, salah satu perkara yang wajib dilakukan pada setiap tahun adalah memperbaharui cukai jalan atau lebih sinonim disebut sebagai roadtax, bagi memastikan anda boleh menunggang secara sah di jalan raya.

    Namun malangnya, ramai pemilik motosikal yang dilihat mengambil ringan mengenai perkara ini dan dengan sesuka hati menggunakan motosikal mereka meskipun menyedari cukai jalan sudah lama tamat tempoh. 

    Anda perlu sedar, kegagalan anda untuk memiliki cukai jalan yang sah akan memberi akibat buruk kepada anda jika berlaku sesuatu, seperti yang pernah dikongsikan pada artikel sebelum ini. 

    Untuk perbaharui cukai jalan motosikal, ia bukanlah suatu perkara yang sukar sebenarnya. Anda boleh sahaja memperbaharuinya secara online mahupun offline, seperti yang akan dikongsikan di bawah.

    Sebab ada pemilik motosikal tidak renew cukai jalan

    1. Anggap motosikalnya jarang digunakan
    2. Bajet untuk renew insurans dan roadtax motor tiada
    3. Banyak tunggakan saman
    4. Roadtax telah tamat lebih 3 tahun dan enggan melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM

    Cara renew cukai jalan motosikal secara online

    Renew roadtax motosikal di MySikap

    Mungkin ada yang masih belum tahu, anda sebenarnya boleh memperbaharui semula roadtax motosikal anda menerusi aplikasi MySikap. MySikap ini dibangunkan oleh JPJ khusus bagi memudahkan urusan orang ramai yang ingin memperbaharui roadtax atau lesen, tukar hak milik kenderaan, beli nombor plat terkini setiap negeri, semakan saman trafik dan banyak lagi. 

    Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah di bawah untuk memperbaharui cukai jalan motosikal di MySikap.

    Cara untuk perbaharui cukai jalan motosikal di MySikap

    Renew cukai jalan motosikal di Bjak

    Selain insurans, anda juga boleh terus memperbaharui roadtax motosikal anda di Bjak ya! Ikut sahaja langkah-langkah di bawah ini untuk tahu cara renew roadtax dan insurans di platform kami:

    Cara renew cukai jalan motosikal di Bjak

    Cara renew cukai jalan motosikal secara offline

    Renew roadtax di Pejabat Pos

    Selesai renew insurans secara online? Maka, anda boleh memilih untuk renew roadtax anda secara offline dengan mengunjungi ke mana-mana cawangan pejabat pos berhampiran anda. 

    Hanya bawa kad pengenalan anda sahaja. Anda tidak perlu membawa sebarang dokumen lain pun, termasuklah nota perlindungan insurans anda. Maklumat anda (pengesahan anda telah memperbaharui insurans) secara automatik telah dikemaskini di dalam sistem bagi membolehkan anda memperbaharui roadtax. 

    Renew roadtax di JPJ

    Jika roadtax motosikal anda sudah tidak dihidupkan melebihi tempoh 3 tahun, maka anda wajib untuk memperbaharui roadtax bagi motor anda itu di cawangan JPJ. 

    Tiada sebarang dokumen diperlukan, anda hanya perlu mengemukakan MyKad apabila memperbaharui roadtax di JPJ.

    Nak renew roadtax untuk motor lama? Ini yang apa perlu anda buat

    Jika roadtax motosikal anda sudah tidak dihidupkan lebih 3 tahun, terdapat beberapa prosedur tambahan yang perlu anda lalui ya.

    1. Buat pemeriksaan di PUSPAKOM

    Anda wajib lakukan dulu pemeriksaan di PUSPAKOM sebelum boleh memperbaharui roadtax motosikal anda. 

    Pemeriksaan di PUSPAKOM adalah sangat penting bagi memastikan kenderaan itu selamat digunakan di atas jalan raya dan tidak membahayakan penunggang, pembonceng serta pengguna jalan raya lain. 

    Pemeriksaan meliputi ujian brek, pelepasan asap, semakan pengenalan dan banyak lagi yang ditetapkan oleh pihak PUSPAKOM.

    1. Selesaikan tunggakan saman

    Ketika proses pembaharuan roadtax, rekod tunggakan saman dan senarai hitam anda akan dipaparkan di dalam sistem pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Kegagalan anda untuk menyelesaikan tunggakan saman akan menyebabkan pembaharuan roadtax anda tidak boleh diproses sama ada secara offline mahupun online.

    1. Renew dulu insurans motosikal

    Tanpa insurans, anda tidak boleh meneruskan pembaharuan roadtax anda. Jika motosikal anda sudah lama, anda boleh dapatkan sahaja polisi paling asas, iaitu polisi pihak ketiga untuk motosikal anda. 

    Semoga membantu!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: