Skip to content
Home » 4 Mitos Mengenai Kereta Second-Hand

4 Mitos Mengenai Kereta Second-Hand

    Mitos mengenai kereta second hand

    Nak beli kereta? Tapi bajet tidak begitu banyak dan anda hanya mampu untuk beli kereta terpakai atau kereta second hand?

    Terdapat pelbagai pendapat mengenai pembelian kereta second hand. Ada yang memandang positif mengenainya, namun ada juga sebaliknya dan menganggap ia suatu kerugian.

    Justeru pada artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda beberapa mitos mengenai pembelian kereta second hand yang anda mungkin kena tahu sebagai rujukan.

    Mitos mengenai kereta second hand

    Di bawah ini merupakan beberapa mitos mengenai kereta second hand yang anda kena tahu.

    Kereta second hand tiada warranty

    Jika kereta terpakai itu dijual pada tempoh kurang 5 tahun daripada pembelian, maka anda masih menggunakan baki warranty

    Pandangan itu mungkin tidak tepat. Seperti yang anda tahu, kereta baharu pada kebiasaannya diberikan warranty selama lima tahun. Justeru, jika kereta baharu tersebut dijual semula dalam tempoh tempoh waktu kurang 5 tahun, anda masih boleh menggunakan baki tempoh warranty kereta itu.

    Jadi, sila semak dengan penjual kereta anda dulu sekiranya anda masih mahu memastikan kereta second hand yang dibeli itu mempunyai warranty atau tidak bagi mengelakkan kerugian dan kekeliruan.

    Kereta second hand tidak selamat

    Ini adalah mitos yang paling tidak tepat. Meskipun ia adalah kereta second hand, ia tetap selamat kerana setiap kereta yang dikeluarkan mempunyai ciri keselamatan moden seperti air bag, brek antikunci dan kawalan kestabilan.

    Anda tidak perlu risau kerana kerana kebanyakan ciri-ciri keselamatan ini telah diwajibkan atau diwartakan untuk disertakan dalam setiap kereta baharu. Melainkan anda membeli kereta second hand yang betul-betul lama (vintage), maka anda anda tidak perlu risau tentang ciri-ciri keselamatan yang sememangnya ada dalam setiap kereta.

    Tak boleh mohon pinjaman untuk beli kereta second hand

    Anda masih boleh membuat pinjaman bank meskipun ingin membeli kereta terpakai

    Untuk makluman anda, tiada perbezaan ketara antara kereta baharu dengan kereta second hand bagi permohonan pinjaman pembiayaan kenderaan. Sama seperti semua pinjaman lain, meskipun anda ingin memohon untuk pembiayaan bagi pembelian kereta second hand, pihak bank tetap akan menyemak gaji dan skor kredit anda bagi menentukan sama ada anda layak atau tidak mendapatkan pinjaman.

    Kereta second hand pasti buruk

    Terdapat banyak kereta second hand yang dijual di pasaran berada dalam keadaan baik dan cantik

    Siapa kata asal kereta second hand je mesti buruk? Ini tidak semestinya ya. Jika kereta yang anda pilih dan ingin beli itu baru beberapa tahun sahaja digunakan, maka kondisinya pasti masih baik dan berada dalam keadaan tip top. Ingat, orang jual kereta mereka bukan kerana sudah buruk, tetapi mungkin ada faktor-faktor lain seperti ingin upgrade ke kereta yang lebih besar, canggih, atau sebagainya.

    Yang penting sebelum beli, cek dulu kondisi luar dan dalam kereta bagi memastikan ia selamat dan memuaskan hati anda.

    Apakah pula tips untuk beli kereta second hand?

    Berikut merupakan ringkasan bagi tips sebelum anda membeli kereta second hand. Untuk tahu dengan lebih lanjut, sila klik pada artikel yang pernah dikongsikan oleh Bjak sebelum ini.

    1.Tentukan bajet – tetapkan bajet yang bersesuaian ikut keperluan, tahap kewangan dan keperluan anda

    2. Buat survey – Rajinkan diri membuat survey dengan beberapa platform jual kereta terpakai online atau di kedai-kedai penjualan kereta terpakai bagi mendapatkan kereta terbaik pada harga yang lebih menguntungkan.

    3. Hadkan tahun pengeluaran – Anda disarankan untuk membeli kereta second hand mengikut tahun pengeluaran setakat 5 tahun sahaja. Ia bagi mengelakkan risiko kereta tersebut mudah meragam dan cepat rosak.

    4. Semak mileage – Anda digalakkan untuk memastikan nilai mileage pada kereta tersebut tidak terlalu tinggi dan berada di tahap yang sederhana sahaja

    5. Kereta murah tidak semestinya bagus – Ingat, tawaran harga yang terlalu murah mungkin disebabkan beberapa perkara seperti; i) pernah terlibat kemalangan teruk ii) nilai mileage tinggi iii) sering bertukar pemilik

    6. Tahu jadual servis pemilik terdahulu – Pastikan kereta second hand yang bakal dibeli diservis dengan konsisten mengikut jadual oleh pemilik terdahulu

    7. Periksa bahagian luar dan dalam kereta – Lihat jika ada sebarang kerosakan atau kecacatan di bahagian luar atau dalaman kereta. Jika ada, cuba berunding dan dapatkan diskaun dengan penjual kereta, bersesuaian dengan tahap kerosakannya.

    8. Periksa kelengkapan dan peralatan asas – Pastikan semua kelengkapan dan peralatan asas kereta seperti wiper, signal, lampu di semua bahagian, hon, aircond, radio, tali pinggang keledar, tayar simpanan dan lain-lain masih berfungsi dengan baik. 

    9. Periksa enjin – Jika anda tidak arif untuk memeriksa bahagian enjin, dapatkan bantuan daripada pakar seperti makenik kereta bagi mengelak daripada ditipu.

    10. Pandu uji – Pandu uji kenderaan terlebih dahulu dan beri perhatian kepada beberapa perkara penting.

    Berhati-hati, manfaatkan tips yang dikongsikan

    Membeli kereta merupakan satu komitmen jangka masa panjang. Jika anda mempunyai bajet yang terhad, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli kereta second hand, mengikut tips-tips yang dikongsikan di atas. 

    Jangan tergesa-gesa dan pilihlah kereta terbaik yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.