Skip to content
Home » 4 Tips Mudah Hilangkan Calar Pada Kereta

4 Tips Mudah Hilangkan Calar Pada Kereta

    Cara hilangkan calar pada kereta

    Jika anda seorang pemilik kereta, anda pastinya ingin memastikan kereta anda kekal cantik, dan bebas daripada sebarang kecacatan seperti kesan calar bukan?

    Tetapi sudah menjadi lumrah. Calar pada kenderaan sememangnya boleh berlaku dalam sekelip mata. Kalau bukan kita (pemilik kenderaan) sendiri yang buat, mungkin orang atau kenderaan lain yang mencalarkan kereta kita. Bila perkara ini berlaku, sudah pasti perasaan sakit hati timbul dalam diri.

    Mana tidaknya, nak menghilangkan kesan calar di kedai pun menelan belanja yang banyak. Jadi kesudahannya, ramai yang memilih untuk biarkan sahaja kesan calar itu ada pada kenderaan tanpa menghilangkannya semula.

    Jadi jika anda malas untuk hantarnya ke kedai, apa kata ikuti sahaja tips berguna untuk hilangkan kesan calar pada kereta seperti yang dikongsikan Bjak pada kali ini. ‘DIY’ je di rumah. Lagi jimat dan memuaskan hati.

    Jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara-caranya.

    Gunakan WD-40

    WD-40 boleh membantu menghilangkan kesan calar pada kereta dengan mudah

    WD-40 boleh dianggap sebagai penyelesaian kepada bermacam-macam jenis masalah. Ia boleh menghilangkan karat, menanggalkan kotoran, menghilangkan kesan chewing gum dan bermacam-macam lagi.

    Mudah sangat untuk anda dapatkan spray WD-40 ini. Anda boleh beli di DIY dengan harga di bawah RM15 sahaja. Bahkan, nak guna WD-40 untuk hilangkan kesan calar pada kereta juga tidak susah. Ikuti sahaja cara-cara di bawah ini:

    1. Basuhkan dulu permukaan kereta dengan air biasa dan hilangkan kotoran yang kasar
    2. Semburkan sedikit sahaja WD-40 pada kesan calar
    3. Gosok dengan perlahan-lahan menggunakan sponge
    4. Perhatian! Setiap kali gosok, tengok dulu sponge tersebut dan lihat ada tak warna kereta yang terkeluar? Jika ada, ini bermakna anda sudah gosok terlalu kuat
    5. Jika masih terdapat kesan calar, sembur lagi WD-40 dan gosok lagi
    6. Bilas dengan air dan gunakan kain bersih untuk lap segala kotoran yang tertanggal

    Ubat gigi

    Picitkan sedikit sahaja ubat gigi dalam saiz 50 sen pada kesan calar yang ada pada kereta

    Percaya atau tidak, ubat gigi juga boleh membantu untuk menghilangkan kesan calar pada kereta anda. Bahan ini semestinya ada di setiap rumah bukan? Jadi, ia semestinya lebih memudahkan anda dalam usaha untuk menghilangkan kesan calar pada kereta.

    Jom lihat bagaimana caranya menerusi langkah-langkah yang dikongsikan di bawah ini:

    • Mula-mula, bersihkan dulu dengan air biasa pada bahagian yang mempunyai kesan calar dan lap bahagian tersebut sehingga kering untuk menghilangkan kesan kotoran atau pun habuk yang ada.
    • Kemudian, picitkan sedikit sahaja ubat gigi dalam saiz 50 sen pada kesan calar yang ada pada kenderaan anda.
    • Gosok dan sental sehingga hilang kesan calar tersebut.
    • Sekiranya masih ada kesan calar, ulang dan tambahkan lagi ubat gigi sehingga anda berpuas hati

    Super 8 scratch remover

    Super 8 scratch remover boleh didapati dengan mudah di mana-mana kedai Eco dengan harga RM2.10

    Selain WD-40 dan ubat gigi, anda juga boleh menggunakan ‘Super 8 scratch remover’ untuk menghilangkan kesan calar pada kereta anda.

    Mana nak beli? Mudah je, anda boleh dapatkannya di mana-mana kedia Eco pada harga RM2.10 sahaja. Cara-cara nak gunakannya sama sahaja seperti yang telah dikongsikan di atas. Guna sahaja krim ini dan calitkan sikit pada sponge sebelum disapukan pada kesan calar.

    Namun ingat ya, jangan lap terlalu kuat bagi mengelakkan cat kereta anda tertanggal.

    Magic sponge

    Penggunaan magic sponge dipercayai turut boleh menghilangkan calar pada kereta

    Untuk pengetahuan anda, magic sponge sememangnya sangat berguna ya. Ia bukan sahaja boleh menghilangkan kesan kotoran degil, tetapi juga calar pada permukaan kereta.  

    Tak susah pun nak guna magic sponge ni. Anda hanya perlu basahkan sedikit sponge tersebut dan sentalkan sahaja pada kesan calar yang ada. Tak perlu letak sabun pun tau!

    Nak beli magic sponge ni pun mudah dan murah je. Anda turut boleh mendapatkannya di mana-mana kedai Eco pada harga RM2.10. Sememangnya lebih menjimatkan dan berbaloi!

    Moga bermanfaat!

    Diharapkan perkongsian ringkas ini dapat membantu menghilangkan kekusutan anda untuk menghilangkan kesan calar yang ada pada kereta.

    Anda boleh cuba dulu tips-tips di atas untuk mengetahui keberkesanannya. 


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.