Skip to content
Home » 5 Cara Lindungi Barangan Peribadi Ketika Melancong

5 Cara Lindungi Barangan Peribadi Ketika Melancong

    cara jaga barang ketika melancong

    Saat melancong ke luar negara boleh jadi kenangan yang paling indah ataupun pahit. Pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh berlaku, termasuklah kehilangan barangan berharga yang dibawa bersama-sama dalam sekelip mata. 

    Kita semua pastinya mengharapkan agar perkara ini tidak berlaku kepada kita kan? Mana tidaknya, kalau betul terjadi, boleh spoil seluruh percutian. Justeru itu, jom kami kongsikan beberapa perkara yang perlu anda tahu bagi menjaga barangan peribadi anda ketika bercuti bagi mengelekkan ia daripada berlaku.

    Cara Lindungi Barangan Peribadi Ketika Melancong

    Buat list barang yang dibawa

    Buat senarai barang yang ingin dibawa

    Sebelum pergi bercuti, sila senaraikan setiap barang yang anda ingin bawa, terutamanya barang berharga. Double-check barang-barang tersebut sebelum anda zip bagasi anda supaya ia tidak tertinggal ya. 

    Pastikan anda letakkan barang berharga anda di dalam beg dengan cara yang paling selamat. Jangan biarkan ia bersepah di dalam beg anda dan jika boleh, asingkan barang seperti laptop dan kamera di dalam satu beg yang lain.

    Buat ‘pelaburan’ untuk peralatan melancong

    Anda sering melancong ke luar negara? Atau mungkin hanya beberapa tahun sekali sahaja? Tak mengapa. Saat ingin pergi melancong terutamanya seorang diri, pastikan anda membeli dan miliki peralatan pelancongan yang berkualiti untuk mengurangkan risiko ia rosak atau dicuri.

    Contohnya, belilah sturdy lock untuk diletakkan pada bagasi dan backpack anda. Dengan adanya lock (ibu kunci/ kunci mangga) pada beg anda, ia akan mengurangkan risiko barangan anda daripada dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab. Nak lebih selamat? Cari lock atau kunci mangga yang boleh dibuka melalui kata laluan juga. Jadi, andai kata kuncinya hilang, anda tidaklah perlu risau. Selain itu, anda boleh juga melaburkan wang untuk membeli backpack anti curi yang direka khas untuk mengurangkan risiko barang di dalamnya daripada dicuri. 

    Buat salinan untuk dokumen penting

    Passport, kad pengenalan, tiket kapal terbang, resit tempahan hotel dan lain-lain juga boleh hilang tanpa disedari akibat kecuaian sendiri ataupun dicuri oleh orang lain. Jadi sebaiknya, buatlah beberapa salinan untuk dokumen-dokumen tersebut . Tak nak photostat pun tak apa. Anda boleh juga menghantar satu salinan ke dalam email anda atau telefon bimbit.

    Letakkan password 

    Pada hari ini, boleh dikatakan semua perkara bernilai boleh diakses hanya melalui telefon pintar. Daripada emel, akaun media sosial, e-wallet dan nota (penting), semuanya boleh dilihat dengan mudah menerusi telefon pintar kita.

    Jadi, sangat penting ya untuk anda tetapkan kata laluan yang sukar untuk diagak oleh orang lain pada telefon pintar anda itu. Gunakan kata laluan yang kuat, susah dan hanya boleh diingati oleh anda sahaja.

    Selain daripada telefon pintar semata-mata, log keluar juga semua akaun media sosial dan emel anda. Jika boleh, pastikan juga anda meletakkan kata laluan untuk mana-mana aplikasi yang membolehkan anda untuk menetapkannya.

    Beli insurans perjalanan

    beli travel insurance

    Bukan insurans perubatan je penting, insurans perjalanan juga sangat penting ketika anda ingin melancong ke luar negara. Dengan adanya insurans ini, anda bolehlah membuat tuntutan insurans sekiranya barang peribadi anda hilang (bukan disebabkan kecuaian sendiri) ketika sedang bercuti.

    Laburkan sedikit wang untuk insurans perjalanan. Cari pelan terbaik yang dapat memberikan manfaat termasuklah kehilangan bagasi, barangan peribadi, penerbangan ditunda/dibatalkan dan lain-lain. 

    Bila perkara tidak diingini berlaku, sekurang-kurangnya anda boleh rasa sedikit lega kerana tahu anda telah dilindungi insurans.

    Ingat, kita semua pastinya menginginkan percutian yang lancar dan menyenangkan. Kadang-kala musibah tidak boleh dielak namun kita bolehlah mengurangkan risikonya dengan melakukan langkah-langkah pencegahan di atas. Dengan mengetahui cara lindungi barangan peribadi ketika melancong juga, ia secara tidak langsung dapat mencegah anda daripada risiko dirompak atau disamun ketika bercuti.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.

    Baca juga: