Skip to content
Home » 5 Sebab Anda Kena Pergi Travel

5 Sebab Anda Kena Pergi Travel

    travel

    Salah satu cara untuk menghilangkan tekanan mental dan fizikal selepas sekian lama bertungkus lumus mencari rezeki, sudah tentulah dengan pergi melancong. Baik travel di dalam mahupun luar negara, aktiviti melancong sememangnya agak menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

    Namun perlu anda tahu selain untuk menghilangkan tekanan mental dan fizikal kita, aktiviti melancong juga memberikan pelbagai kebaikan dan manfaat lain untuk seseorang tau!

    Boleh mempelajari budaya lain

    travel boleh bantu seseorang mempelajari budaya atau perkara baru

    Sebenarnya, aktiviti melancong boleh membantu dan membuka minda anda untuk mempelajari budaya baru. Dengan melancong, anda pastinya akan didedahkan dengan pelbagai budaya yang mungkin agak asing bagi anda, lebih-lebih lagi jika anda melancong ke luar negara. 

    Cuba ambil kesempatan pada waktu ini untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan dan memahami adat mereka. Mana tahu, anda juga boleh kongsikan adat serta budaya yang diamalkan oleh anda dan seterusnya menarik orang luar untuk melancong ke negara kita pula, kan?

    Anda mungkin sudah tahu serba sedikit mengenai adat yang diamalkan oleh mereka menerusi pembacaan yang dibuat di internet ataupun buku. Namun, ia sama sekali berbeza dengan pengalaman apabila anda sendiri dapat melawat dan mengenali sesebuah budaya itu!

    Menjadikan minda anda lebih aktif dan kreatif

    Sedar atau tidak, aktiviti melancong boleh membuatkan otak seseorang lebih aktif dan kreatif apabila dapat melihat betapa luasnya dunia dengan pelbagai ragam manusia. 

    Anda juga boleh gunakan kesempatan ini untuk mencari idea-idea baru yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian anda, atau bahkan mungkin ‘sedikit’ untuk pekerjaan anda. 

    Bak kata orang, lebih jauh perjalanan, lebih luas pemandangan. Jadi, gunakan waktu bercuti anda sebaiknya ya!

    Mencipta kenangan bersama tersayang

    Mungkin kedengaran sedikit ‘cliche’, namun melancong sememangnya secara tidak langsung boleh membantu anda mencipta kenangan baru dan manis bersama teman melancong anda tidak kiralah suami/ isteri, anak, ibu atau ayah atau bahkan kawan rapat. 

    Beberapa tahun kemudian, anda boleh kenang semula pelbagai aktiviti/ perkara yang telah dilakukan bersama ketika melancong. Contohnya seperti pengalaman tertinggal train, tersesat di suatu tempat, makanan terbaik anda pernah nikmati di sana dan pelbagai lagi. Ya, anda mungkin sudah ‘rekod’ kenangan itu di dalam telefon bimbit anda, namun yang pasti kenangan itu pasti lebih tersemat di dalam hati dan boleh dikenang sepanjang masa.

    Makanan!

    nikmati makanan terbaik ketika travel

    Selain untuk menenangkan fikiran, antara tujuan utama ramai orang ingin pergi melancong adalah untuk merasai serta menikmati pelbagai jenis makanan yang ada di negara itu.

    Jangan takut untuk untuk cuba makanan baru (pastikan ia halal jika anda seorang Muslim)! Pergilah ke tempat-tempat makanan yang dicadangkan oleh penduduk tempatan agar anda boleh merasai ‘local foods’ yang terbaik! 

    Meningkatkan keyakinan diri anda

    Sedar atau tidak, sebenarnya melancong juga boleh membantu meningkatkan keyakinan pada diri anda. Ini kerana apabila melancong, banyak perkara baru yang anda akan dan perlu lalui. Apatah lagi apabila berada di negara orang, anda terpaksa melakukan semuanya sendiri bagi memastikan percutian anda lancar dan baik sepanjang masa. 

    Daripada pengembaraan tersebut, anda boleh belajar cara untuk menangani masalah yang berlaku, berfikir di luar kotak dan menjadi lebih berani berbanding sebelum ini. Waktu ini jugalah anda boleh lebih kenal siapa diri anda dan teman travel anda!

    Jadi, pergilah melancong agar anda dapat mengutip kebaikan dan manfaat-manfaat ini ya! Jika tidak mampu ke luar negara, bercuti sahaja di dalam negara. Tidak ada salahnya pun!

    Dapatkan travel insurance sebelum melancong

    Namun, dalam keterujaan untuk pergi melancong, jangan lupa untuk memastikan bahawa diri anda telah dilindungi dengan travel insurance terbaik. Travel insurance atau disebut juga sebagai insurans perjalanan sangat penting supaya anda boleh dilindungi dan membuat tuntutan sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini baik sebelum atau ketika perjalanan, termasuklah pembatalan percutian, penerbangan ditunda, kehilangan bagasi dan lain-lain.

    Untuk mendapatkan insurans perjalanan ke luar negara kini tidak sukar. Anda boleh beli sahaja secara online terutamanya menerusi Bjak yang pasti akan menawarkan pelan terbaik pada premium terendah.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: