Tahukah anda bahawa pemakaian topi keledar yang betul boleh mengurangkan risiko kecederaan kepala sehingga 70% dan mengurangkan risiko kematian sehingga 40%?
Peratusan tersebut dikongsikan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Muar, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Malangnya, masih ada pengguna motosikal yang mengabaikan pemakaian topi keledar dan selamba sahaja bermotosikal tanpa memakai topi keledar.
Buktinya, Pasukan Penguatkuasaan BSPTD Muar telah mengeluarkan sebanyak 51 kompaun saman atas kesalahan tidak memakai topi keledar dalam Operasi Motosikal di Muar dari 9 sehingga 13 Februari lepas.
Operasi Motosikal tersebut mensasarkan kesalahan tidak memakai topi keledar. Operasi itu bertujuan menjadikan penunggang motosikal sebagai pengguna jalan raya yang bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Hal ini lantaran penunggang motosikal merupakan penyumbang tertinggi kemalangan maut, seperti yang dikongsikan oleh BSPTD Muar.
Tidak memakai topi keledar semasa menunggang boleh dikenakan saman
Seperti yang anda sedia maklum, tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal merupakan suatu kesalahan.
Penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar semasa menunggang boleh dikenakan kompaun maksimum sehingga RM300 mengikut Kaedah 4, Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973.
Kaedah pemakaian topi keledar yang betul
Topi keledar tidak dapat memberikan perlindungan yang terbaik, jika tidak kena cara pemakaiannya.
Anda perlu memasang dan mengikat tali topi keledar dengan kemas dan tidak longgar.
Sekiranya anda ingin menggunakan topi keledar yang dipasang dengan cermin pelindung muka, anda digalakkan untuk mendapatkan cermin pelindung muka yang jernih dan tidak berwarna.
Pakai topi keledar yang menepati ciri-ciri keselamatan
Di Malaysia, anda dinasihatkan untuk menggunakan topi keledar yang tulen serta mendapat kelulusan daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). Hal ini bagi memastikan topi keledar yang dipakai memenuhi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan.
Elakkan memakai topi keledar ‘kura-kura’ atau topi keledar separuh kerana boleh membahayakan pemakainya. Topi keledar separuh mungkin berbentuk menarik, tetapi topi keledar separuh tidak dapat menjamin keselamatan pemakainya berbanding memakai topi keledar biasa.
Berikut merupakan contoh topi keledar yang dapat memberikan perlindungan yang baik berbanding topi keledar separuh.
Pakai topi keledar, sayangi diri anda
Pemakaian topi keledar merupakan perkara asas yang setiap penunggang atau pembonceng motosikal wajib ikuti.
Fikirkan nyawa anda serta pembonceng dan patuhi setiap peraturan termasuk pemakaian topi keledar. Pastikan juga anda memakai topi keledar yang memenuhi ciri-ciri keselamatan dan mengikat tali topi keledar dengan kemas.
Di samping itu, sekiranya insurans atau roadtax motosikal anda hampir tamat, jangan berlengah. Renew sahaja insurans dan roadtax di Bjak dalam hanya 5 minit. Dapatkan sebut harga insurans motosikal percuma di Bjak hari ini.