Skip to content
Home » 6 Sebab Perlu Ada Insurans Perjalanan Ke Luar Negara

6 Sebab Perlu Ada Insurans Perjalanan Ke Luar Negara

    insurans perjalanan

    Bila sebut sahaja mengenai insurans, ramai dalam kalangan kita secara automatik akan fikirkan mengenai insurans hayat atau insurans perubatan. Namun tahukah anda, terdapat satu lagi insurans yang anda perlu pertimbangkan untuk miliki, iaitu insurans perjalanan khususnya untuk mereka yang ingin bercuti ke luar negara.

    Apakah maksud insurans perjalanan

    Sama seperti insurans nyawa dan insurans perubatan yang menawarkan pampasan jika berlaku sesuatu terhadap anda (mengikut syarat polisi), insurans perjalanan juga turut memberikan pampasan dan melindungi anda akibat daripada kejadian tidak diingini ketika dalam percutian seperti kemalangan, kerugian atau gangguan perjalanan. Pada kebiasaannya, insurans ini terhad kepada waktu dan tempoh perjalanan seseorang. 

    Antara perlindungan insurans perjalanan yang sering disediakan syarikat insurans adalah kemalangan diri, kehilangan passport, kehilangan dan kelewatan bagasi, penghantaran pulang jenazah dan pelbagai lagi.

    Siapakah yang perlu ambil insurans perjalanan ke luar negara?

    Selain insurans nyawa dan insurans perubatan, insurans perjalanan juga sebenarnya sangat penting khususnya bagi mereka:

    • kerap melancong ke luar negara
    • ingin bercuti ke luar negara sama ada untuk tempoh jangka masa panjang atau pendek
    • sering out-station ke luar negara atas urusan kerja

    Ingat, perancangan kita ke luar negara tidak selalunya akan berjalan dengan lancar, dan mungkin beberapa perkara yang tidak diingini boleh berlaku contohnya seperti kehilangan luggage, penerbangan ditunda dan lain-lain lagi. 

    Justeru itu, di sinilah insurans perjalanan ini akan memainkan peranannya. Baca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut sebab anda perlu memiliki insurans perjalanan sebelum melancong ke luar negara. 

    Sebab anda perlukan insurans perjalanan ke luar negara

    Penerbangan delay atau batal

    Tiket perjalanan ditangguh atau dibatalkan

    Ini adalah salah satu kejadian yang kerap berlaku bagi mereka yang ingin melancong ke luar negara. Walaupun mungkin ia tidak pernah terjadi kepada anda sebelum ini, namun jangan menganggap bahawa ia tidak akan berlaku kepada anda sampai bila-bila.

    Penerbangan yang ditunda atau dibatalkan secara tiba-tiba sememangnya amat mendukacitakan dan boleh mengganggu perjalanan yang telah dirancang. 

    Namun dengan adanya insurans perjalanan, anda boleh menuntut pampasan jika berlakunya kelewatan atau sebarang perubahan dan jadual penerbangan yang disebabkan oleh masalah tertentu daripada pihak syarikat penerbangan itu sendiri seperti isu teknikal, penyelenggaraan pesawat atau juga akibat faktor cuaca.

    Kecemasan dalam perubatan

    Kemalangan mahupun diserang penyakit secara tiba-tiba boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan dimana-mana sahaja. Insurans perjalanan boleh melindungi anda dengan membantu anda mendapatkan rawatan perubatan sehingga jumlah had tertentu seperti yang telah dipersetujui di dalam polisi. 

    Selain itu, anda juga mungkin anda diberikan bantuan pengangkutan ke destinasi perubatan terdekat atau perbelanjaan ke rumah, bergantung kepada bentuk perlindungan yang diberikan di dalam polisi insurans anda. 

    Ingat, kos bagi mendapatkan bantuan perubatan di luar negara adalah sangat tinggi berbanding di negara sendiri. Dengan adanya insurans ini, ia sangat membantu anda untuk mengurangkan beban kewangan disamping menjamin rawatan anda sekiranya berlaku sesuatu ketika sedang melancong.

    Perlindungan kematian akibat kemalangan & kemalangan penerbangan

    Kematian atau kecederaan yang serius akibat kemalangan semasa perjalanan boleh berlaku tanpa diduga. Jika ia berlaku, insurans perjalanan akan memberi perlindungan di mana ahli keluarga pemegang polisi akan diberikan pampasan dalam bentuk kewangan.

    Tapi dah ada insurans hayat?

    Bagus, ia satu bonus untuk anda. Insurans hayat sememangnya turut menawarkan perlindungan dalam bentuk pampasan sekiranya berlaku kematian atau kecederaan serius sehingga hilang upaya kekal terhadap pemegang polisi. Namun begitu, insurans perjalanan boleh dijadikan sebagai manfaat tambahan kepada manfaat yang disediakan di dalam polisi insurans hayat anda dan seterusnya membolehkan waris anda mendapat wang tambahan.

    Kehilangan bagasi

    Kehilangan bagasi juga boleh berlaku, jadi disebabkan itu penting untuk ada insurans perjalanan ke luar negara

    Ia mungkin tidak pernah berlaku kepada anda ketika melancong sebelum ini, namun tidak salah untuk anda menyediakan payung sebelum hujan. Dengan adanya insurans perjalanan, anda boleh menuntut kerugian terhadap kehilangan bagasi anda. 

    Walaupun anda mungkin boleh menuntut pampasan daripada syarikat penerbangan di atas kehilangan bagasi anda, namun prosesnya akan memakan masa yang lama dan proses tuntutannya tidak semudah proses tuntutan dengan syarikat insurans. 

    Batalkan perjalanan atas sebab peribadi

    Kita merancang, tapi Tuhan yang menentukan bukan? Tidak semua perancangan kita akan menjadi seperti yang dikehendaki.

    Contohnya mudah. Mungkin beberapa hari sebelum anda ingin melancong, anda berasa tidak sihat atau jatuh sakit sehingga terpaksa membatalkan perjalanan anda. Namun dalam masa yang sama, anda telah membelanjakan ribuan ringgit untuk percutian anda itu.

    Di sinilah insurans perjalanan anda akan memainkan peranannya. Anda boleh mendapat bayaran balik untuk kos perjalanan yang telah dibayar lebih awal yang tidak boleh dibayar oleh agensi pelancongan. Namun perlu anda tahu juga, insurans ini hanya akan memberi bayaran balik untuk sebab yang dilindungi sahaja, bergantung pada perjanjian di dalam polisi insurans anda.  

    Kehilangan wang, passport atau dokumen penting

    Kehilangan dokumen penting seperti passport

    Insurans ini juga akan melindungi anda akibat daripada kejadian yang tidak diduga seperti kehilangan wang, passport atau dokumen penting. Walaupun insurans ini tidak menjamin keselamatan barangan penting ini secara 100%, namun ia boleh mengurangkan risiko kerugian jika perkara itu berlaku.

    Contohnya jika passport anda hilang ketika sedang melancong, maka insurans perjalanan yang anda ambil itu boleh membantu membayar anda dari segi kewangan ketika dalam proses untuk mendapatkan permit perjalanan sementara, kos pengangkutan ke pejabat kedutaan dan lain-lain.

    Nota: Syarikat insurans bagaimanapun tidak akan menanggung kehilangan yang disebabkan oleh kecuaian sendiri.

    Dapatkan insurans perjalanan ke luar negara sebelum melancong

    Menyedari akan kepentingan adanya insurans perjalanan, justeru kami amat menggalakkan anda yang ingin melancong ke luar negara untuk turut membeli insurans tersebut sebagai persediaan.

    Kecelakaan dan kemalangan boleh berlaku tanpa diduga. Tidak salah untuk anda mendapatkannya bagi mengelakkan kerugian pada masa akan datang.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia dan telah dipercayai lebih 3 juta pengguna. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.

    Baca juga: