(Melalui Sistem Kamera AES, AWAS & JPJ)
Memandu Melebihi Had Laju
Sistem AES (Automated Enforcement System) secara automatik mengesan kenderaan yang melebihi had laju di kawasan ditetapkan.
Melanggar Lampu Isyarat Merah
Kamera AES di persimpangan akan merakam gambar jika anda terus memandu semasa lampu merah.
Guna Lorong Kecemasan Tanpa Kecemasan
Kamera di lebuh raya boleh mengesan kenderaan yang salah guna lorong kecemasan — walaupun semasa kesesakan lalu lintas.
Tidak Pakai Tali Pinggang Keledar (Pemandu & Penumpang Depan)
Kamera dalaman atau AES boleh mengesan jika pemandu atau penumpang hadapan tidak memakai tali pinggang keledar.

Guna Telefon Bimbit Semasa Memandu
Jika dirakam menggunakan telefon semasa memandu, terutama oleh kamera mudah alih, saman boleh dikeluarkan secara automatik.
Tidak Mematuhi Garisan Jalan (Contoh: Potong Garisan Berkembar)
Melanggar garisan jalan seperti memotong di garisan berkembar boleh mengakibatkan saman automatik jika dirakam.
Tidak Memiliki Lesen Memandu Sah
Sistem pengecaman nombor plat boleh semak maklumat dengan JPJ. Jika tiada lesen sah, saman boleh dijana secara automatik.
Tiada Cukai Jalan atau Insurans Aktif
Sistem pengesanan kamera boleh semak nombor plat dengan pangkalan data JPJ untuk mengesan kenderaan tanpa roadtax atau insurans.
Baca juga :
Bayar Insurans Guna Tunai di 7-Eleven atau KK Mart – Ini Caranya!
Buy Now Pay Later (BNPL) Untuk Insurans Kereta – Berbaloi atau Tidak?
Apa Itu EPP (Easy Payment Plan)? Cara Guna Untuk Renew Insurans Kereta Anda