Skip to content
Home » Adakah Jadi Seorang Perokok Beri Kesan Kepada Insurans Nyawa Anda?

Adakah Jadi Seorang Perokok Beri Kesan Kepada Insurans Nyawa Anda?

    Anda merokok?

    Ia adalah salah satu soalan yang akan ditanya oleh ejen insurans apabila anda memohon untuk insurans nyawa.

    Teruskan membaca untuk ketahui sebabnya.

    Syarikat insurans menentukan premium insurans nyawa berdasarkan tabiat merokok anda

    Apabila anda memohon untuk insurans nyawa, syarikat insurans akan menilai risiko kesihatan anda dan mengira jumlah perlindungan yang anda layak. Ini bagi memastikan premium atau jumlah pembayaran yang mereka kenakan ke atas anda bersesuaian dengan tahap risiko kesihatan anda.

    Dalam menentukan premium, syarikat insurans mempertimbangkan beberapa faktor termasuk umur anda, pekerjaan dan tabiat merokok. Anda diminta untuk ‘mendedahkan’ maklumat-maklumat ini ketika memohon untuk insurans anda.

    Mengapa menjadi seorang perokok beri kesan kepada insurans nyawa anda?

    Merokok meletakkan anda ke risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit yang berkaitan merokok. Dengan risiko tersebut, syarikat insurans akan mengenakan premium yang lebih mahal kerana beranggapan mereka perlu menanggung risiko yang lebih tinggi (mengambil kira kos rawatan yang mahal untuk merawat penyakit serius). Dengan kata lain, jika anda adalah seorang perokok, syarikat insurans menganggap anda mempunyai kemungkinan besar untuk mendapatkan rawatan perubatan, justeru sebab itulah premium yang lebih mahal perlu dibayar oleh anda.

    Katakan individu A merupakan perokok tegar yang menghisap 17 batang rokok sehari, dia mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit serius seperti kanser, penyakit jantung, strok, dan kencing manis. Disebabkan oleh tabiat merokoknya, dia perlu membayar sebagai contoh lebih RM50 berbanding individu B yang tidak merokok.

    Perbezaan pada harga mungkin tidak banyak tetapi anda perlu ingat bahawa syarikat insurans mungkin tidak menyediakan perlindungan untuk sesetengah penyakit yang disebabkan oleh merokok. Jadi, selain perlu membayar lebih untuk insurans, anda juga mungkin terpaksa menggunakan wang sendiri untuk rawatan perubatan yang tidak dilindungi oleh insurans anda.

    Adakah anda perlu memaklumkan kepada syarikat insurans bahawa anda merokok?

    YA, sudah semestinya!

    Adalah sangat penting untuk anda berlaku jujur dan memberitahu pihak insurans bahawa anda adalah seorang perokok meskipun anda hanya merokok pada waktu tertentu atau dengan kata lain ‘tidak kerap’ seperti seorang perokok tegar.

    Apa akan berlaku jika anda tipu syarikat insurans anda?

    Syarikat insurans anda mungkin tidak akan serta-merta ketahui sekiranya anda berbohong mengenai merokok. Namun sekiranya tiba waktu anda ingin membuat tuntutan insurans, bersiap sedialah! Syarikat insurans pasti akan melihat rekod perubatan anda. Dan sekiranya mereka mengesan anda berbohong mengenainya, anda mungkin tidak akan mendapat sesen pun dari insurans anda. Ini juga turut terpakai dengan sebarang kondisi kesihatan lain yang anda sorokkan ketika memohon perlindungan insurans nyawa.

    Syarikat insurans secara umumnya tidak akan membezakan variasi produk tembakau. Oleh itu sama ada rokok, cerut, tampalan nikotin, rokok pain, rokok elektronik atau vape, silalah nyatakan sama ada anda mengambil mana-mana produk tembakau ini.

    Adakah anda akan dapat premium lebih rendah selepas berhenti merokok?

    Bergantung kepada syarikat insurans, anda mungkin layak untuk mendapatkan premium bukan-perokok sekiranya anda berhenti merokok sekurang-kurangnya untuk tempoh 12 bulan. Bagaimanapun, anda perlu membuktikan bahawa anda bukan seorang perokok dengan:

    • Menandatangani deklarasi/ penyataan yang menyatakan bahawa anda sudah tidak merokok selama 12 bulan sebelum ini
    • Melakukan ujian air kencing bagi membuktikan tidak ada kesan nikotin di dalam tubuh anda
    • Memastikan bahawa tidak ada sebarang perubatan negatif terhadap kesihatan anda

    Keperluan terakhir itu mungkin sukar dibuktikan namun syarikat insurans ingin mengetahui apakah yang menyebabkan anda ingin berhenti merokok. Katakan bahawa ia adalah disebabkan penyakit paru-paru yang anda baru hidapi, jadi tidak mungkin syarikat akan mengubah kategori anda daripada seorang perokok kepada bukan perokok disebabkan oleh kondisi terkini kesihatan anda.

    Nikmati premium lebih rendah apabila anda berhenti merokok

    Jimat lebih banyak untuk insurans anda apabila anda bebas daripada sebarang produk tembakau! Untuk lebih jimat, ubah suai polisi insurans mengikut keperluan dan bajet anda di Bjak.

    Rujukan:

    Sumber 1

    Sumber 2

    Sumber 3