Skip to content
Home » Allianz : Perlindungan Lengkap, Sesuai Untuk Semua & E-Hailing

Allianz : Perlindungan Lengkap, Sesuai Untuk Semua & E-Hailing

    Allianz bukan nama baru dalam dunia insurans. Untuk perlindungan kenderaan, mereka tawarkan pakej yang lengkap dengan servis percuma, kelulusan segera, dan perlindungan tambahan menyeluruh. Sesuai untuk pemandu harian atau e-hailing – memang pilihan terbaik di Bjak!


    Apa Yang Anda Dapat Secara Percuma:

    Dengan setiap pelan Allianz, anda akan menikmati servis tambahan tanpa caj:

    •  Khidmat tunda kecemasan 24-jam sehingga 150km
    • Bantuan Tepi Jalan 24-jam, pertukaran/penghantaran: tayar,petrol,bateri
    •  Tambahan 1 pemandu percuma
    •  Sesuai untuk pengguna e-hailing seperti Grab

    Allianz Malaysia bukan sekadar sebuah syarikat insurans — ia adalah rakan perlindungan jangka panjang anda. Sama ada anda memandu ke tempat kerja, balik kampung, atau membawa penumpang secara e-hailing, Allianz memastikan anda dan kenderaan anda sentiasa dilindungi.Jika anda mencari perlindungan yang menyeluruh, dipercayai, dan bernilai, Allianz adalah pilihan yang tepat.


    Apa itu Allianz “Road Warrior” ?

    Road Warrior sesuai untuk perlindungan asas, manakala Enhanced Road Warrior menawarkan perlindungan tambahan, keselesaan lebih tinggi, dan bantuan antarabangsa — sesuai untuk pemandu yang kerap atau memandu jarak jauh.

    “Enhanced Road Warrior”

    • Termasuk semua manfaat “Road Warrior”
    • Perlindungan banjir
    • Tuntutan teksi, sewa kertea & penginapan hotel
    • Bantuan luar negara (cth : Singapura , Thailand) 

    “Allianz Road Ranger”

    Allianz Road Rangers ialah perkhidmatan bantuan tepi jalan dan kemalangan secara percuma di seluruh negara yang disediakan kepada semua pemegang polisi insurans kenderaan komprehensif Allianz — meliputi kereta dan motosikal.

    “Allianz Bike Warrior”

    Allianz Bike Warrior ialah pelan bantuan lengkap khas untuk pemilik superbike (≥250 cc) di Malaysia, menawarkan perlindungan kemalangan, bantuan kecemasan, dan sokongan merentas sempadan pada harga tahunan yang berpatutan — sesuai untuk penunggang yang mahukan keselamatan dan ketenangan di jalan raya.


    Tambahan Perlindungan PA (Kemalangan Diri):

    Nak lebih perlindungan? Allianz juga sediakan pelan PA (Personal Accident) yang boleh ditambah kepada pelan asas. Berikut ialah pampasan yang disediakan:

    Kematian / Hilang upaya kekal	"10,000"
Hilang 2 tangan/kaki/penglihatan penuh	"10,000"
Lumpuh penuh / Kuadraplegia	"10,000"
Hilang sebelah tangan/kaki/mata	"5,000"
Tidak siuman kekal / Hilang pertuturan	"5,000"
Hilang pendengaran kedua-dua telinga	"5,000"
Hilang semua jari kaki	"2,000"
Tidak siuman kekal akibat kemalangan	"5,000"

    Kenapa pilih Allianz?

    Allianz ialah syarikat insurans global yang dipercayai, menawarkan perlindungan kenderaan yang fleksibel dan menyeluruh untuk semua jenis pemandu, termasuk pemandu harian dan pemilik superbike. Dengan bantuan tepi jalan 24/7 percuma melalui Allianz Road Rangers, proses tuntutan yang pantas, serta manfaat tambahan seperti perlindungan banjir dan bantuan merentas sempadan, Allianz memberikan ketenangan, kemudahan dan nilai hebat dalam satu pakej lengkap yang boleh dibeli di Bjak


    Allianz, sesuai untuk e-hailing, khidmat tunda jarak jauh, tambahan perlindungan mampu milik

    Tambahan Perlindungan Mampu Milik? Tambah Allianz4All!


    Allianz4All ialah pelan mikroinsurans di bawah inisiatif Perlindungan Tenang, direka khas untuk memberikan perlindungan mampu milik kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya golongan B40. Dengan sumbangan serendah RM50 atau RM75 setahun, ia meliputi kematian akibat kemalangan, hilang upaya kekal, dan manfaat khairat kematian. Ringkas, mampu milik dan mudah diakses — Allianz4All memberi perlindungan asas tanpa membebankan kewangan.


    Allianz sediakan perlindungan yang menyeluruh untuk anda dan kenderaan anda, dengan proses yang mudah dan faedah yang berbaloi. Untuk sebut harga atau maklumat lanjut, boleh semak di laman platform BJAK.


    Baca juga:

    Perlindungan Ringkas & Mampu Milik Untuk Semua

    Apa yang dilindungi : Jenis perlindungan 1st Party/ Komprehensif

    Panduan Perbaharui Roadtax secara talian guna BJAK