Di dalam polisi insurans kereta, antara terma yang akan sering dijumpai adalah ‘betterment’. Namun, adakah anda sudah betul-betul fahami apakah yang dimaksudkan dengan betterment dan apakah kaitannya dengan tuntutan untuk kenderaan anda?
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai maksud betterment, teruskan membaca artikel ini.
Definisi betterment
Untuk makluman anda, betterment merujuk kepada kos tambahan yang pemegang polisi perlu tanggung bagi alat ganti baru semasa membuat tuntutan di pusat servis jenama kenderaan mereka.
Dalam erti kata lain, betterment bermaksud kos yang perlu ditanggung oleh anda (sebagai penuntut insurans) untuk perbezaan kos penggantian komponen lama kepada komponen baru.
Contoh:
Bumper kereta telah dilanggar dan perlu dibaiki sepenuhnya kerana terdapat bahagian yang sudah pecah. Jadi, keseluruhan daripada bumper tersebut perlu ditukar dan digantikan dengan bumper baharu. Apabila membuat tuntutan, akan ada caj tambahan kerana nilai bumper baharu tidak sama dengan bumper terpakai. Maka, perbezaan harga inilah yang dinamakan sebagai betterment.
Nota: Ketika membaik pulih, kebanyakan perlindungan insurans hanya akan menanggung kos bagi penggunaan alat ganti terpakai (bagi kenderaan berusia 5 tahun ke atas).
Satu perkara lagi yang anda perlu ketahui adalah meskipun kerosakan pada bahagian kereta tersebut bukan berpunca daripada anda (bermakna anda dilanggar oleh pihak lain), namun anda tidak akan dapat menuntut kos betterment daripada pihak yang melanggar.
Mengapa? Ini kerana yang akan mendapat manfaat daripada penggantian komponen baharu itu nanti adalah anda.
Pada siapakah caj betterment dikenakan?
Meskipun polisi insurans komprehensif sememangnya merangkumi kos pembaikan kereta akibat kemalangan, namun bagi pemilik kenderaan/ pemegang polisi bagi kenderaan yang berumur 5 tahun ke atas, caj betterment akan dikenakan sekiranya alat ganti baharu diperlukan untuk pembaikan kereta.
Secara ringkasnya, caj betterment hanya dikenakan pada kereta yang berusia 5 tahun dan ke atas sahaja.
Mengapa caj betterment dikenakan?
Selain untuk pengurusan risiko syarikat insurans, ia bagi membantu untuk mencegah perbuatan merosakkan komponen kereta dengan sengaja dan menggunakan tuntutan insurans untuk menukar kepada komponen baharu.
Berapakah kadar caj betterment yang dikenakan?
Berikut merupakan kadar kos/ caj betterment yang dikenakan:
Bagaimanakah cara untuk mendapat pengecualian pembayaran caj betterment?
Untuk pengetahuan anda, anda boleh mengecualikan diri daripada dikenakan caj betterment iaitu dengan mempunyai perlindungan tambahan waiver of betterment di dalam polisi insurans anda.
Apakah manfaat waiver of betterment?
Untuk memahami manfaat memiliki perlindungan tambahan waiver of betterment, sila fahamkan situasi di bawah:
Kereta anda telah berusia 7 tahun dan alat ganti baharu yang perlu ditukar pada kenderaan anda bernilai 3,000. Maka, anda sepatutnya perlu mengeluarkan wang sendiri iaitu sebanyak RM750 (25%) manakala baki RM2,250 (75%) lagi akan ditanggung oleh pihak insurans.
Namun dengan adanya perlindungan tambahan waiver of betterment, anda tidak perlu membayar atau dikecualikan untuk membayar caj betterment sebanyak RM750 itu tadi kepada syarikat insurans, dan kos alat ganti baharu tersebut akan dibayar sepenuhnya oleh pihak insurans.
Nota: Kos tambahan ini adalah hanya bagi barangan alat ganti sahaja dan tidak termasuk kos upah.
Dengan waiver of betterment, anda secara tidak langsung boleh mendapatkan alat ganti yang baru berbanding second-hand. Barang-barang yang akan digunakan juga adalah terus dari kilang dan bukannnya diambil daripada kereta lain yang sudah tidak digunakan lagi.
Siapakah yang boleh mendapatkan perlindungan tambahan waiver of betterment?
Perlindungan tambahan ini hanya layak kepada kenderaan berusia 5 hingga 10 tahun sahaja (namun ia mungkin berbeza mengikut syarikat insurans).
Kesimpulan
Sebagai pemegang polisi dan pemilik kenderaan, anda digalakkan untuk memahami setiap terma yang ada di dalam polisi, contohnya betterment ini. Dengan memahami terma tersebut, ia boleh mengelakkan salah faham dan memudahkan urusan tuntutan anda dengan pihak insurans.
Dalam pada itu, jika kereta anda sudah berusia lebih 5 tahun, dapatkanlah perlindungan tambahan waiver of betterment. Ia bagi mengelakkan anda daripada perlu membayar caj betterment sekiranya alat ganti baharu diperlukan untuk membaiki kerosakan pada kereta. Selain lebih murah berbanding terpaksa membayar caj tersebut, anda juga boleh mendapatkan alat ganti baharu tanpa sebarang masalah.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai perlindungan tambahan waiver of betterment dan syarikat insurans yang menyediakannya, sila baca artikel berkaitannya seperti yang pernah dikongsikan sebelum ini.
Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.